Saturday, September 25, 2010

The Hurricane

halo halo, suka makan telur?
ok, lawak tak jadi.
dah lama aku tak update belog,
malas nak pergi CC,
poket pun kering.
ini pun pergi CC terlajak nak hantar adik aku pergi open house kawan dia.
abaikan, bukan tu yang aku nak cerita pun.

pertamanya aku nak cakap,
gambar bontot dekat entri sebelum ni,
its not mine ok!!
aku tak gila sampai nak letak bontot aku sendiri, ngek!

keduanya,
aku ni selain daripada bongok tak boleh nak diajar,
aku suka tengok TV,
macam addict pun ada jugak.
sehari kalau tak tengok TV rasa macam nak gila,
kau ceritalah apa movie pun dekat HBO, Starmovie ataupun mana-mana channel astro,
mesti aku pernah tengok.
dan semalam aku ada tengok satu cerita,
best tahap dewa kau!
menangis lah aku tengok, nasib baik aku tengok sengsorang kalau tak malu je.
cerita ni jugak mengajar aku,
bahawa kita kena ada pendirian yang tetap,
dan sentiasa meletakkan maruah diri kita di tempat yang paling tinggi.


tajuknya The Hurricane,
diadaptasi dari buku dengan tajuk yang sama,
dan kisah benar,
tu yang membuatkan aku lagi suka tengok.
internet memang macam bangang,
aku tak boleh upload gambar cerita ni,
tapi takpe tak penting sangat pun.


ceritanya lebih menjurus kepada racism,
memandangkan latar belakang dia dalam 40 tahun lepas,
masa zaman orang kulit hitam masih lagi ditindas.
Rubin Carter lahir tahun 1937,
dia masuk penjara beberapa kali sebelum jadi seorang peninju,
itu pun sebab difitnah,
dan lepas dia keluar penjara, dia jadi seorang peninju yang sangat terkenal.
dia femes dengan nama Rubin Hurricane Carter,
dalam masa tu,
dia dituduh membunuh 3 orang kulit putih,
dihukum penjara seumur hidup tanpa pembicaraan yang adil,
walaupun dia mempunyai alibi yang kuat.
hakim, pendakwa raya, polis, semua bersubahat untuk jatuhkan dia.


20 tahun selepas tu,
ada 4 orang muda dapat tahu pasal dia,
dan cuba untuk tolong dia.
memang susah nak tolong dia,
sebab rayuan untuk perbicaraan semula rubin carter selalu ditolak,
tapi disebabkan semangat, jati diri kuat dan keyakinan,
perbicaraan semula rubin carter telah berjaya,
dan dia dibebaskan selepas meringkuk dalam penjara kira-kira 30 tahun.

ok, mungkin aku cerita tak best sangat,
tapi cerita ni memang best gila aku cakap.
ayat aku macam india lah pulak..
aku syorkan kaorang tengok cerita ni,
tapi kalau tak best jangan marah aku,
taste orang lain-lain.
huhuuuu.

ada cerita yang lagi best dari yang atas tu,
kucing aku, Obama (dia betina tau)
dah beranak 4 ekor anak kucing yang comel-comel belaka!
jangan tanya kenapa nama dia Obama,
aku pun taktau, mak aku yang memandai-mandai letak macam tu.
aku akan berusaha besarkan anak-anak dia!
sebab biasanya setiap kali dia beranak,
mesti ada sekor dua yang mati.
aku taknak macamtu, nanti aku menangis lagi,
macam pondan!

SPM makin dekat,
dan aku ada masa lagi nak main-main.
entah bila nak sedar,
tunggu dapat result baru nak sedar agaknya.
min.. minnnn..

p/s: ku suka la entri ni.
3 cerita dalam 1 entri. hoo

Tuesday, September 21, 2010

Selulit??


ni bukan entri lucah,
bukan aku fokuskan ke bontot orang yang tak dikenali ni,
tapi selulit yang menepek di bontotnya.

kau ada?
aku tak malu mengaku,
AKU.ADA.
ok, this is embarassing. sikit laa.

segalanya bermula sejak aku masuk asrama,
3 tahun lepas,
kuat makan gila aku cakap kau,
satu pinggan nasik aku sama macam kau punya makan tengahari, petang, siang, malam,
sebab duduk asrama sangat meletihkan!

lepas tu terkumpul lah lemak-lemak tepu yang mengigau hidup aku,
aku bukan kisah sangat kalau gemuk,
tak kisah langsung pun, cuma aku takut jadi macam ni:


ok, takkan jadi macam ni rasanya,
ni obesiti terlampau.
aku cuma nak balancekan tinggi aku dengan berat aku,

mak aku suruh pakai losyen mustajab pati halia,
alaa yang Nora Danish iklankan tuu,
punyalah beriya aku pakai lepas mandi,
sebelum tidur,
konsisten habis lah orang kata,
tapi 3 hari je lepas tu dah malas, haha.

lemak dekat perut aku,
ada 3 lapis kau!
boleh lawan ke?
HAHA, sangat teruk.
nampak je badan aku macam Angelina Jolie,
tapi bila bukak baju,
macam Shanie daaa..

aku nak hilangkan selulit bulit segala macam dekat kulit aku ni,
ON THE SPOT.
ada tak produk macam tu agaknya ya?

Sunday, September 19, 2010

Baca Jelah

hari ni hari ahad,
esok hari isnin,
hari ni cuti,
esok sekolah.

whatt? sekolah?
ya, aku budak sekolah lagi.
umur baru nambelas sembilan bulan tahun (??)
tapi aku suka tipu umur aku,
nak lagi bila orang lain dengan senang hatinya panggil aku 'akak'.

pernah sekali pergi shopping dekat nilai dengan mak aku,
ada orang bangla tudung tu tersengih songah dekat aku,
ajak beli tudung dia,
kakak aku pulak berkenan dengan tudung kedai dia,
sementara kakak aku carik tudung dia,
kami berborak sepatah sepuluh kata..

bangla: haiyoo ini kakak comel (dia kata aku comel kau!) berapa umur?
aku    : 23 tahun dah, hehehe (gelak macam celaka sikit)
bangla: ohh, kerja apa ini?
aku    : kerja biasa-biasa je, engineer.. (sambil mendabik dada)
bangla: masyallaahh, belajar lagi tinggi dapat kerja lagi bagus laaa..
aku    : hehehehe, pergi dulu lahh, baibai..
bangla: tunggu sikijap, ada kad ni.
aku    : oh, terima kasih.

dia siap bagi kad dekat aku tuu!
kad bisnes dia,
cuba kalau aku kata umur aku setahun jagung,
kompem dia pandang aku ikut lubang jubur je.


muka aku ni matang ke?
ke nampak macam orang tua?
adakah aku mengalami proses penuaan yang awal?


fikir-fikirkanlah.

baideway, kakak aku yang terbenci dah kembali ke rahmatullah,
ok kidding. dia dah balik kajang,
bosan dan gembira lah dia balik,
bosan sebab takde tempat nak borak,
gembira sebab lapang sikit katil aku.


esok pulak sekolah,
bangun pagi,
masuk bilik air, tenung air 10 minit baru mandi,
solat, siap-siap,
panaskan enjin motor,
dan rempit ke sekolah!

ya, aku ke sekolah menunggang motorsikal NCE2386,
macam batman naik motorlah katakan,
menggerbang terbang baju dan tudung sekolah aku,
















MALASNYA NAK PERGI SEKOLAHH!!!

Thursday, September 16, 2010

Open House



830 AM
"Shahira, Syifa, Shahnaz! bangun tolong umi kemas rumah!"

"haa kejap, kejap"

930 AM
"hoii kaorang bangun! aku macam nak mati dekat dapur ni korang sedap je tidur!
kawan-kawan korang datang aku tak bagi makan baru tahu!"

"haaa dah bangun ni"

1030 AM
"kaorang nak bangun taknak ni? ni nak bagi kawan-kawan kaorang jugak melantak! bangun cepattt!"

"yee dah bangun dah, bising jela"

pukul 11 baru turun bawah, LOL.
itulah penangan kaki tidur THE SHAHRIMAN,
bangun terus turun bawah,
siap kemas apa yang patut,
pukul 3 kawan-kawan pun datang.

kawan aku ramai jate dari tino,
tino tokse kua rumoh,
ado ye balek kapo sumo,
timo kasih dekak ANGAH, AMAL G, APIT, IZZY, JIBAM,
JOHAN, MAS, FAIQAH, NAD, dan lainnya.
what a tiring day!

Wednesday, September 15, 2010

Kau Bengang Tak?



kalau korang berada dalam situasi berikut korang bengang tak??

situasi 1


A: weh, esok tolong hantar aku pergi *&^%# boleh tak?
B: haa ok boleh, boleh.

esoknya..


A: wehh, bangun laa. bangun laa, aku nak pergi dah ni.
B: alaa, malas lah nak bangun, ngantuk laa!

30 minit lepas tu..


A: weh bangun laa, dah 30 minit dah.
B: alahaii, pergi sendiri lah!
A: *diam
B: (bangun pergi mandi)

1 jam selepas itu..


A: cepat laa, aku dah lambat ni.
B: sabar lah dulu, aku nak makan lagi, nak cepat pergi sendiri laa,
A: *diam

haa itulah situasinya.
faham tak? tak faham?
kau dah mintak tolong orang tu,
lepas tu kau dah tunggu lama orang tu,
alih-alih dia taknak tolong,
siap ugut-ugut suruh pergi sendiri lagi?
WATAFAK?!


situasi 2


2 ekor babun telah berjanji untuk keluar sama-sama.

A: cepat laa, dah pukul berapa pulak ni.
B: sabar laa, aku tak siap lagi.
A: aduh, dah tau siap lambat, bangun laa awal.
A: bising lah! taknak pergi baru tau!

WATAFAK?!
dah janji nak keluar sama,
lepas tu suka pulak ugut taknak keluar,
hanya disebabkan dia siap lambat?!


yeahh, perubahan hormon aku kot jadi marah-marah macam ni.
urghhh!



Tuesday, September 14, 2010

Meet Mr.A Again :)

"alaa, pendeknya awak tulis pasal kita! nak panjang lagi!"

yeahh, itu dia keluhan membunuh yang aku dapat dari Mr.A,
entri sebelum ni dibuat dalam keadaan tergesa-gesa,
memang lah pendek..


aku kena reka cerita paling best untuk dijadikan tatapan buat cucu-cucu aku,
yelahh nak jugak dengar diorang cakap,
"makkk oii nenek ni power jugak muda-muda dulu kan? hottt gitu!"
bhahaa perasan kejab.


ok, aku mulakan dengan kelebihan yang angah ada.
setiap kali korang jumpa girlfriend or boyfriend korang,
mesti ada rasa cuak sikit,
campur nak terberak sikit,
cover sana cover sini,
si perempuan tak habis-habis betulkan make-up,
rambut tak kemas sikit dah pergi toilet,
si lelaki pulak tak habis-habis bajet cool,
urghhh i hate that type of couple!

tapi aku dengan angah lain,
aku sangat selesa dengan dia,
rasa macam lepak dengan kawan-kawan,
takda nak cover lawa ke apa,
taik hidung aku dia yang korek!
so, thanks for being my bestfriend ever Angah!


kelebihan kedua,
aku tak pernah dibiarkan berada dalam kesusahan,
means dia sentiasa berada dengan aku,
tak kira susah tak kira senang,
kalau aku susah, dia akan sedaya upaya tolong aku dengan cara yang paling baik,
thanks for being my guard angel!

kelebihan ketiga,
dia adalah orang paling baik pernah aku jumpa,
yang paling jarang dijumpai rasanya,
dia takkan membalas perbuatan jahat orang dekat dia,
dan kitorang ada satu prinsip,
"biar orang buat kita, jangan kita buat orang"
ramai orang buat tanggapan buruk tentang dia,
cuma disebabkan perlakuan dia yang agak di luar batasan kadangkala,
tapi tak kenal maka tak cinta,
dan jangan hanya korang adalah kawan dia,
korang kata korang dah kenal dia sangat,
sebab Angah,
aku sorang je yang faham dan kenal dia.

kelebihan ketiga,
dia tak suka gaduh dengan aku lama-lama,
kalau gaduh tu dia akan desak aku untuk elok-elok balik,
walaupun kadang tu aku rimas dengan perangai dia,
tapi aku suka jugak,
sebab ada couple yang tak kisah pun kalau diorang gaduh,
tapi Angah kena perbaiki cara pujuk Angah,
sebab takda style langsung!

banyak lagi kelebihan dia,
tak terungkap.
itu sahaja yang dapat aku ungkaikan.


ya memang sesetengah orang bagi tohmahan buruk,
"kau beriya bercinta ni entah sampai kahwin ke tak, buang masa je!"
"kau ni cinta monyet je min, tak ke mana nak bawak hubungan korang ni"
"alaahh, cinta budak-budak biasalahhh.. sebulan dua lagi tu break lah tu"
aku tak kata diorang salah,
diorang betul,
kitorang masih budak hingusan,
hingus pun mak yang lapkan,
tapi biar perangai yang hingusan,
jangan pemikiran!


di kesempatan ini,
kita nak mintak maaf dekat awak, Angah,

sebab awak adalah bestfriend kita,
tapi kita tak pernah jadikan kita kawan awak,

awak adalah guard angel kita,
tapi kita tak pernah lindungi awak,

awak sayangkan kita sampai sanggup hilang nyawa awak,
tapi kita tak pasti kalau kita sanggup buat macam tu untuk awak,

awak bersabar dengan kita,
tapi kita tak pernah sabar dengan awak.

awak kata awak sanggup tunggu kita bertahun lamanya,
tapi kita taktahu kita sanggup tunggu awak atau tak.

tapi satu yang pasti,
awak sayangkan kita,
dan kita pun sayangkan awak!
andai kata kita tak ada jodoh pun,
cerita kita tetap dijadikan tatapan buat cucu kita nanti :)


sesiapa yang bermusuh dengan Angah,
tidak bermusuh dengan aku,
tapi kalau diorang anggap aku musuh diorang jugak,
aku tetap anggap diorang kawan aku,
so korang buang masa buat dosa,
nak bermusuh dengan aku tak habis-habis
p/s: siapa makan pizza dia yang terasa cheesenya!


ikhlas dari jauh sudut hati,
"Shahira Yasmin Bt. Shahriman"

Monday, September 13, 2010

Meet Mr.A :)

aku selalu jugak baca blog orang,
diorang cerita pasal girlfriend boyfriend diorang,
ada jugak yang buat blog khas untuk hubungan percintaan diorang,
cinta mati tuuu!
yang aku punya lover pulak sibuk memaksa aku tulis entri pasal dia,
so, this entry credit to my Best Friend and my Boyfriend,
Mohamad Nur Firdaus Saharudin ataupun lebih popular dengan Angah.


kenapa Angah?
ramai orang yang tanya.
aku jawap ''sebab dia anak ke 2."
bila aku tanya Angah, kenapa orang panggil dia Angah,
dia jawap "sebab kita anak kedua"
jadi, panggil jelah dia Angah ya.


Al kisahnya macam ni pertemuan kitorang,
berjumpa dan berkenalan sejak tingkatan 1 di SMADKPM,
masa tu budak lagi,
taktau pun couple tu apa,
tingkatan 2 aku pindah sekolah lain,
dia masih lagi dekat sekolah tu,
tapi dalam tempoh kitorang berpisah sekolah tu,
we still keep in touch.


masa tingkatan 4, hubungan makin galak,
selalu jumpa dan lepak sebab aku dah tak duduk asrama,
aku terpikat dengan lawak-lawak antarabangsa yang selalu diketengahkan dia,
dia pun baik,
macam-macam lagi kebaikan dia yang aku nampak,
dan akhirnya tanggal 21 Jun 2009,
kami diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri tanpa akad nikah.


apa istimewanya hubungan kitorang?
aku api, dia air.
bila aku baran, dia akan tenangkan aku.
tapi bila dua-dua api,
gunung berapi pun meletup,
dan boleh terjadi pertumpahan darah yang amat dahsyat.


rahsia hubungan kekal lama?
aku tak kisah Angah nak berhubung dengan mana perempuan,
sebab dia pun masih remaja,
aku taknak dia hilang keseronokan remaja dia hanya disebabkan dia bersama aku,
yang belum lagi ada apa-apa ikatan sah.
kitorang pun akan sentiasa mempertahankan hubungan kitorang,
tak kira besar mana dugaan.


aku tak mengharapkan apa-apa dari hubungan kitorang,
kalau ada jodoh, aku bahagia,
kalau tak ada, aku tetap bahagia,
redha dengan ketentuan Allah,
kadang-kadang lepas solat,
aku selalu jugak doakan kepanjangan hubungan kitorang,
Insyallah dimakbulkan.


I Love You Angah.

p/s: lepas ni dah jarang update blog sebab dah nak balik Seremban lepas ni.
       rumah aku tak ada internet. :/

Sunday, September 12, 2010

Jalan-Jalan




semalam aku pergi jalan-jalan dengan kakak aku, adik, sedara dan makcik aku,
tapi kitorang berpecah sebab aku lepak dengan angah, my BFf,
yang lain pergi BB, aku pergi tengok wayang dengan angah dekat TS je.

da sampai tempat wayang tu kitorang pun beratur lah,
panjang jugak kena beratur,
kitorang pun berborak lah sampai turn kitorang tiba,
kitorang pergi kaunter perempuan india jaga..


aku: cerita apa paling terdekat?
dia: tak ada, resident evil 320, piranha full, yang lain semua full.
aku: tengok king of fighters tu (sambil tunjuk skrin)
dia: sit depan sahaja yang ada. nak?
aku: eh, taknak nanti tengkuk terkehel. err, old cow vs. tender grass?
dia: 420.
aku: haa tengok vampire sucks tu macam ada sit lagi jee.
dia: baris ke 3 2 1, mahu?
aku: taknak lah, depan sangat.
dia: yang ada sekarang 4 madu, 150, sit pun banyak kosong lagi, mahu?
aku: ahh tak suka lah cerita melayu!
dia: step up, 230 masih ada sit. premium tiket RM17.
aku: mak oooiiii 17 hengget? baik aku pergi makan Mcd.
dia: apa kata you pergi tengok skrin dekat depan sana lepas tu datang sini balik?
aku: alahaii, yelah! bak sini Vampire suck tu, bagi sit paling atas yang ada.
dia: sit 12 dan 13, enjoy your movie bitch! (dia cakap dalam hati agaknya)




padan muka india tu (padahal aku yang salah ni)
sudahnya aku tengok Vampire Sucks je laa
bukan cerita tu tak best tapi pasal aku dah tengok dekat rumah,
tapi fun jugak tengok berulang-ulang,
rasa nak baling betik busuk je dekat skrin tu.
kelakar siud cerita tu,
aku suka part ni..


"do you know who we are?"
"you're the black eyed peas?"
HAHA, babi je part ni,
tergelak sampai terkencing!


part atas ni pun macam celaka jugak,
tapi yang lagi celaka pompuan-pompuan belakang aku,
gelak macam kuda!
lepas tu bercakap tak habis-habis,
"ha, dia pergi sana tu, haa, dia dah masuk bilik! haa, dia pakai bra ada lampu! bla3"
aduhhai, skrin tu besar depan mata orang,
kenapa dia kena sebut balik setiap movement pelakon tu..
ada jugak orang macam tu dalam dunia.


lepas dah tengok wayang, kitorang jalan-jalan,
shopping sikit, pergi loyat hantar handphone nak repair,
lepas tu makan dan angah pun balik.
kitorang yang lain pergi Sogo,
makcik aku shopping situ,
aku dah terduduk dekat tangga depan Sogo,
dah letih tahap gaban dah sampai tak boleh jalan,
dalam 830 kitorang pun pulang ke rumah opah tercinta..

alia and me
halaamakk so gojes nyah!

Saturday, September 11, 2010

Michael Jackson


ini entri yang ke 3 untuk hari ini,
sungguh aku tak ada kerja nak buat.
aku peminat Michael Jackson, tapi lepas dia meninggal baru aku minat dia.
rasa menyesal pulak tak minat awal-awal.
so aku search pasal arwah pakcik aku ni,
dan aku jumpa banyak fakta menarik tentang dia.


orang ramai kata dia buat plastik surgery untuk putihkan kulit dia yang melegam,
ada jugak yang kata dia berpenyakit,
tapi mak aku kata ''takkan lah natural, dari hitam terus putih. kalau camtu umi pon nak!''
but the fact is,
arwah MJ menghidap satu penyakit kulit yang sangat jarang terkena pada manusia,
penyakit tu di panggil Alpha-1,
si pesakit kurang antrypsin dan penyakit ini hanya ada 1 daripada 8000 orang dalam dunia ni,
bestnya kalau aku kena,
takpayah nak tepek foundation kejadah semua.


korang pernah tengok tak video MJ yang buat action nak terjatuh tapi tak tu,
konon anti grafiti tuu,


dulu puaslah aku nak buat macam tu,
sampai tergolek dog,
punyalah memuji si MJ ni ada kaki magic,
rupanya dia ada kasut bot anti graviti khusus untuk melawan graviti.



MJ sign surat wasiat dia pada tarikh 7/7/2002

upacara penghormatan terakhir di buat pada 7/7/2009

MJ anak ke 7 dari 9 orang adik beradik

MJ dilahirkan pada tahun 1958, 19+58=77

MJ meninggal pada 25 haribulan, 2+5=7

dua lagu hits MJ iaitu ''Billie Jean'' ngan ''Black & White'' berada pada carta nombor satu dunia untuk 7 minggu

ada 7 abjad pada Michael dan Jackson

wallaweh, kebetulan atau disengajakan atau takdir?
cuba korang cari 1 common thing dekat aku?

Min kentut 7 kali setiap hari

Min korek hidung dan calit pada 7 tempat setiap taiknya

Min mentedarah 7 kali sehari

ahh, aku dah mula merepek,
back to the topic, in my own opinion aku rasa MJ ni sangat baik orangnya,
buktinya, MJ telah membelanjakan harta dia yang bertimbun-timbun tu dekat mangsa banjir, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan banyak lagi.


masa kes liwat MJ di siasat, dia melarikan diri ke Bahrain,
dekat sana dia jadi tetamu khas anak Sultan Bahrain,
masa tu laa dia belajar mengaji, sembahyang dan banyak lagi selama 3 tahun.
21 November 2008 baru lah MJ peluk Islam dekat rumah bestfriend dia.
dia jugak dah pergi haji dengan Sultan Bahrain dan anaknya.



untuk konsert dia yang terkahir, dia buat agenda tersendiri,
dia memaklumkan tu adalah konsert terakhir dia lepas tu dia ingat nak umumkan pengislaman dia masa tu,
MJ jugak berhasrat nak nyanyi lagu Give Thanks To Allah masa konsert tu dengan Yusof Islam, sebab tu lah MJ pilih London bukan USA,
buatnya dia tengah nyanyi tiba-tiba bom melepet dekat hidung dia tak ke naya!




pada jam 2.26 pagi 25 Jun 2009, MJ disahkan meninggal dunia,
masa call 911 untuk panggil ambulan,
banyak pulak soalan yang ditanya macam ''hah MJ? sapo tuh?''
kononnya tak tahu siapa MJ,
orang kata ada pihak nak melengahkan masa menyelamatkan MJ,
tambah pelik bila pihak hospital kata autopsi boleh dikeluarkan lepas 2 bulan,
sedangkan teknologi sekarang dah power sungguh.
sudahnya family MJ upah private doktor untuk buat autopsi.


keluarga MJ nak dia dikebumikan secara Islam,
tapi CIA ugut keluarga MJ,
kalau pengebumian secara Ilam disiarkan dekat tv,
mak MJ takkan dapat hak penjagaan anak-anak MJ,
tapi Debbie Row yang dapat.
akhirnya, diorang kebumikan MJ secara Islam dekat Neverland,
tapi dengan syarat satu pengebumian tipu-tipu secara Kristian dibuat,
sebab tu lah keranda si MJ ni tak terbukak time funeral tu,
sebab dia tak ada dalam keranda tu.
ini semua dilakukan semata-mata nak tunjuk kat dunia MJ bukan Islam.
apa yang nak diherankan kalau dia Islam pun,
ramai lagi artis Hollywood masuk Islam,
Snoop Dog, Chris Tucker, ramai lagi lah dah Islam.




ramai jugak yang kata MJ bunuh diri,
tapi takkan lah MJ nak bunuh diri lepas dah beriya berlatih 2 bulan untuk konsert dia tu.
hasil autopsi macam terkejut jugak,
orang kata rambut dia dah banyak gugur sampai dia kena pakai rambut palsu,
dia jugak tak makan apa-apa pun sebelum dia mati melainkan pil,
dekat badan dia jugak banyak kesan suntikan sana sini.



huduh bebenornya kome MJ!
entah betul entah tidak gambar ni,
layan jela.
sebelum aku minat dia,
i was wondering why people always make fun of him,
muka dia memang lah agak kelakar tapi orang asyik nak kata buruk pasal dia,
kata dia cabul budak lah apa kejadah haram semua,
tapi bila aku baca artikel pasal life dia,
aku sendiri dapat rasa MJ ni sangat baik orangnya.





Michael Jackson, 1958-2009.
Al-Fatihah.




Friday, September 10, 2010

Zaman Kegelapan




entri kali ni pasal journey hidup aku 2009,
tahun paling meriah, paling best dan paling motherfucker, bhahaa
terima kasih daun lidah buaya untuk FARIS AMLEE atas ihsannya bagi gambar dekat aku,
nanti aku bank in seploh sen ye.
masa tu selalu overnight Kuala Lumpur dengan kawan-kawan,
lepak depan Maybank,
entah apa yang best aku pun taktahu,
bila difikirkan balik, tersenyum tersengih, terkorek hidung sorang-sorang..
watak utama dalam entri ni ialah ANGAH, EYN AMLEE, FARIS AMLEE, ABBY, EDDY, HUDA.




tarikh gambar ini di ambil tak ingat,
masa ni kitorang on the way balik Seremban dari Port Dickson,
ada tragedi di sebalik semuanya muahaa.
aku telah di libas oleh syaitonnirrojim masa nak bla dari Teluk Kemang masa nak lari dari roadblock,
plan nak mandi pantai malam tu, sudahnya balik Seremban tangan kosong.





                        



gambar-gambar dekat atas ni pulak masa aku overnight KL sehari lepas excident,

dan jugak sehari lepas rumah eyn monroe kena rush dengan ehem ehem, haha
aku excident, terseret kaki dan tangan,
hasilnya sekarang, parut yang sangat hodoh untuk ditonton,
boleh buat budak kecik histeria, ngeee..




lelaki tetek berbulu



ini pulak malam yang lain,

overnight KL jugak, tak ada destinasi nak pergi lepak dekat Mcd Bukit bintang,
sit sebelah kitorang merupakan lelaki cina,
pakai singlet warna putih tengah tidur,
dan dia ada bulu di teteknya!!


abang Z awwww!
yang pemalu tu adalah abang Z,
penjaga kedai baju DOLL STORE,
terletak dekat Bukit Bintang, depan Kitaro,
kedai favourite kitorang setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur.
baju dekat kedai tu tak adalah mahal sangat,
tapi entah kenapa kitorang suka sangat mencuri baju dekat situ,
aku rasa ada dalam 40 helai lebih jumlah baju yang telah di curi,
gambar kat atas tu jugak di ambil untuk alih perhatian abang Z masa yang lain tengah membuat dosa,
nanti aku dah kerja aku bayar balik duit ko ye abang Z!



RAYA TAHUN 2009,
pakai baju kebaya warna putih yang sangat ketat,
tak boleh nak duduk,
kalau duduk, butang dari atas sampai bawah terbuka dengan senang hatinya..




masa tu dunia macam kitorang yang punya,
sex, party, drugs, alcohol, fame..
ok, tipu.

kitorang selalu lepak sama,
konon bestfriend porever lah,
akhirnya berpisah jugak.
macam yang En.Shahriman selalu cakap,
''kawan-kawan selalu bertukar, tapi keluarga tetap ada''
ecceh, tangkap syahdu kejab.


kitorang pernah main spirit of the coin sama-sama!
entah siapa punya idea aku taktahu,
malam pertama main tak jadi, eyn nampak benda tu,
so kitorang stop main.
esok paginya aku dengan faris main 2 orang, jadi siud.
lepas tu ketagih,
orang kata main benda tu syirik.
dengan jahilnya kitorang, setiap kali habis main kitorang akan mengucap dua kalimah syahadah,
taknak syirik tapi nak main jugak!
bodohhhh bengappp... *nada mengeluh


aku rasa tak semua orang pernah lalui apa yang aku lalui,
tak duduk dengan family berbulan lamanya,
ke hulu hilir macam orang takda masa depan,
lepak sana sini tak ingat dunia,
masa tu kita rasa kita je yang betul,
orang berkata-kata pasal aku,
sampai sekarang lagi kot,
tapi aku tak kisah.
we learn from mistakes we did.
so, kalau tak buat salah, nak belajar apa?
HAHA


harap kita dapat jumpa ramai-ramai macam dulu lagi, insyallah.
:)

Rayalah Kononnya

hallamakkk aku ke ni? walaweh!

puas control ayu, itulah hasilnya muahahaa.
salam lebaran, salam aidilfitri, salam sato malaysia.


raya pertama, tak begitu menyeronokkan,
masa terbuang dengan tidur dan tidur,
apa taknya, malam sebelum raya tu pegi beronggeng dekat jalan TAR sampai 5 pagi,
jalan jammed dah 2 jam, berjalan-jalan 3 jam,
sampai rumah dalam 5 suku, tidur tak sedar-sedar dah pukul 830,
aku ni tak habes-habes jalan TAR,
yelah takkan Pavillion pulak,
sehelai baju kat sana je baru duit belanja aku 2 minggu.


pagi raya, salam semua orang, buat muka toya, dapat duit raya,
opah bagi RM++
abu bagi RM++
paklong, paksu, pak uda bagi RM++
jumlahnya RM+++
kesiannya aku, orang lain hari pertama raya dah mencecah riban ribun..


apa-apa pun camat ari rayew yew tawan-tawan! mintark maawp if titew adew boowat wrong dewkat kowank! lurv u all cumewwwwwwww!




ok, kill me now.

Wednesday, September 8, 2010

Balik Kampung!

selamat tengahari kaorang!
dah lunch belum? sudah? dushhhh aku siku muka kau!
dasar tak puasa.
pejam tak celik-celik, tahu je dah hari last puasa
esok pulak raya.


tahun makin tahun, seri raya makin malap.
sebab apa pun aku tak tahu.
mungkin sebab usia makin meningkat maka duit raya pun berkurangan!


aku teringat masa darjah 3 4 dulu-dulu.
malam sebelum raya dekat taman nenek aku mesti buat takbir raya dari rumah ke rumah,
biasanya takbir raya lelaki je yang pergi kan,
aku dengan muka tak tahu malu ditepek taik lembu,
selamba badak je ikut join sekali dengan rombongan lelaki tersebut.
aku sorang je perempuan yang paling besar masa tu,
yang lain-lain budak setahun dua.
lumayan woooo, dalam satu malam tu duit raya boleh dapat dalam RM100 lebih,
penuh karung baju kurung aku menampung sampul raya.
balik rumah je lawan kira duit raya siapa paling banyak dengan sedara aku yang lain,
patutlah dah besar materialistik, sikit laa, sikit je.

tapi bila aku dah boleh berfikir,
dah tahu malu sikit, kata orang tu dah jadi anak dara lah,
aku tak ikut pergi takbir.
sekarang, malam raya aku pulak yang duduk kat rumah serve makanan dekat orang takbir.


ok stop with the memory lane.
sekarang aku dah ada dekat rumah opah,
semalam dah nak dekat berbuka baru bertolak,
lepas tu berhenti sekejap dekat R&R Seremban kot,
berbuka dekat sana.
makan sandwich telur dengan mi sup, nyumnyum!
lepas perut dah memboyot,
aku dengan adik beradik aku yang lain lepak kejap dekat situ hilangkan mual.
kakak aku keluarkan laptop, dan macam biasalah otak gila aku ni,
kitorang webcam macam orang zaman purba baru jumpa teknologi.


Anak tapir baru lepas guna Colgate
                                        

beruk kekenyangan
                                              

cicak makan lalat
                                                    

baru lah normal sikit.
Awwwwwww!
                                            
dah macam zoo dah,
tapir, cicak, beruk semua ada.
lepas tu baru lah gerak ke Kuala Lumpur,
bandar yang di agung-agungkan budak bodoh, haha.
kitorang pergi Jalan TAR sekejap, carik tudung raya,
aku pulak nak tekucil,
dah terkepit-kepit tengah orang ramai tu, tahan je lah,
sampai dah nak pukul 12 bapak aku call pulak tanya dah sampai  rumah opah belum,
punya cuak masing-masing nak menjawab,
ingatkan nak kena maki sebakul,
rupa-rupanya En.Shahriman suruh balik sebelum pukul 12 je.
itulah ending 1 hari yang panjang semalam.


apa-apa pun kan, aku nak buat dosa jugak hari last puasa ni.
aku terbaca blog sorang budak ni,
entri dia buat aku tersentap sekejab lah.
pasal dia curik idea penulisan aku yang tak berapa nak kreatif ni,
dia edit sana edit sini kasi tambah ayat power dia sikit,
biar nampak cool.
dia ingat aku tak perasan agaknya,
kesian minah tu, nak nampak best punya pasal sampai copycat orang,
PATHETIC.

*mengeluh
bila laaa follower blog aku ni nak cecah ratusan,
boleh letak nuffnang.
berangan lah kau minnnnn!

apa-apa pun selamat hari raya kaorang,
kumpul duit raya banyak-banyak sampai ribu riban,
boleh menunjuk kat sekolah nanti!

Tuesday, September 7, 2010

Depresi












tadi sahur, abu bising pasal spaghetti.

abang aku masak spaghetti pukul 2 3 pagi sebelum sahur,

beli barang semua pakai duit dia,

lepas tu makan dengan kakak aku dengan abang aku lagi sekor

yang abu bengangnya, abang aku tinggalkan seciput je untuk yang tak makan lagi.

yela, memang pakai duit dia,

tapi tak ke kecik hati orang lain yang tak dapat,

aku tak kisah sangat sebab aku tahu dia pun tak suka aku,

borak dengan aku pun tak pernah,

entah dia tahu aku wujud ke tidak.

abu kata, semua benda yang masuk rumah ni adalah milik semua orang.

kalau nak makan sorang-sorang, makan dekat luar.

yelah, aku pun bukan keluarga senang.

kalau nampak makanan sedap,

masing-masing macam serigala twilight.


aku depresi.

sejak-sejak nak raya ni aku tension.

sejak mula puasa lagi sebenarnya.

mana nak tension, house chores semua aku yang buat.

dari kemas bilik aku yang bersawang macam nak gila tu,

sampai kemas dapur semua aku yang buat.


ok, buka puasa.

aku yang sediakan meja, adik aku tolong sikit-sikit.

kalau ada kakak aku, dia tolong la jugak.

lepas buka, nak kemas meja semua aku yang buat.

dari angkat pinggan kotor sampai lap meja.

biasanya cuci pinggan adik aku,

tapi kalau dia lari dulu tak ke aku menyirap?

bila aku marah dia, mak aku kata aku berkira.


ok, buat kuih raya.

aku yang buat.

dari uli tepung sampai la bakar ke apa jadah semua.

kalau dah letih sangat aku biarkan je,

biar mak aku yang kemas.

boleh dia kata aku tak buat apa-apa?


kalau bangun pagi,

agak-agak dah pukul 11 ke 12 tak bangun lagi,

nama pertama disebut aku.

'' SHAHIRA! kau ni pemalas nauzubillah! tidur je kerja, tolong umi taknak! bla3!''

padahal yang lain jugak masih berselubung dalam selimut.

kalau nak buat apa-apa kerja,

''shahira, tolong buang sampah.. tolong sapu rumah.. tolong pergi kedai..''

padahal anak dia bukan aku sorang,

ada lagi 4 ekor terbungkang depan tv.

kalau aku jawap macam ni,

''alaa. asyik shera je yang kena buat. cuba suruh adik ke, syifa ke..''

mesti kena maki macam ni,

''kau nak berkira eh? kalau ikutkan aku punya berkira, aku tak masak, tak pergi pasar,

biar kaorang mati kebulur''

kalau bab cuci tandas, mesti dia memekak macam ni,

''SHAHIRA! kau ni anak dara pemalas! tandas pun malas nak cuci, berkulat! kalau muka lawa pun, tandas malas nak cuci, tak ada orang nak kahwin dengan kau!''

padahal bukan aku sorang pakai tandas tu,

ada lagi 4 ekor anak setan yang pakai.

teringin pulak nak dengar dia suruh orang lain yang cuci tandas tu.


bukan aku nak berkira.

tapi rasa macam di anak tirikan pulak.

kalau dia suruh aku sidai baju ke, sapu rumah ke tak kisah la,

kerja perempuan.

kalau buang sampah ke, apa salahnya 2 ekor anak jantan dia tu yang buat?

lepas tu dah semua kerja aku yang buat,

dia boleh kata aku duduk rumah ni tak mendatangkan faedah?


apa aku ni anak kutip ke dia layan aku macam ni?

entah-entah aku ni anak angkat kut.

haihh, nasib badan.

harap-harap lah aku di layan macam ni dapat pahala lebih.

tinggi sikit akaun pahala aku dari adik beradik yang lain.

aaaaaammiiiiinnnnn.


hari ni jugak,

aku dengan adik beradik aku yang lain pergi rumah opah tersayang aku dekat Sentul, KL.

abang aku yang drive.

mak bapak aku gerak esok agaknya.

taksabar nak jumpa opah aku lagi,

aku sayang dia.

hm tiba-tiba pulak sebak.


..

Saturday, September 4, 2010

Longtaimnosi Bebeh

rindunya aku dekat space ni,
dah lama tak jenguk sejak trial haritu.


sepanjang aku tak update blog aku,
banyak gila benda yang jadi.
but the pass is pass (betol ke?)


semalam aku shopping dekat area sini,
pergi Times Square pastu Jalan TAR.
nak pitam weh, tapi tahan sebab nafsu shopping mengatasinya.


lepas tu aku balik rumah opah aku,
tolong dia buat kuih raya.
kesian opah aku, dah tua kerepot,
lutut dah sakit-sakit,
tapi tak ada pun cucu dia yang nak tolong dai buat persiapan raya,
padahal cucu berderet,
harapkan aku, kakak aku dengan cousin tersayang, alia.


dulu kecik-kecik, cucu-cucu dia selalu tidur rumah dia,
tolong dia buat itu ini,
sekarang, nak tengok muka pun susah.
ada pulak cucu dia yang setahun 10 minit je boleh jumpa.


sedarlah weh, opah tu dah tua.
apa susah sangat ke kaorang nak balik rumah opah,
tolong apa yang patut?
bila nak mintak tolong, baru la dapat tengok muka kaorang kat rumah opah.


aku sayang opah aku.
aku harap dia ada masa aku kahwin, 7 tahun akan datang insyallah.
menggatal pulak aku.


opah, jangan bagi duit raya dekat cucu opah yang tak balik sini.
bagi dekat shera je.
:'(