Thursday, March 29, 2012

BE MY FRIEND UNTIL DIE?

ramai tinggalkan aku tapi ramai jugak yg datang jadi orang baru dalam hidup aku. dan aku berharap yg baru ni semua tak tinggalkan sepertimana yg lain lakukan pd aku. if they do the same, i don't give a fuck. orang datang dan pergi dalam hidup aku perkara biasa. cuma aku kepingin nak merasa sesuatu yg namanya 'kawan sampai mati.'


orang pandang sinis tatkala aku mengejar impian aku. yg menyokong hanya sekerat, yg menyokong tapi masih juga bercakap belakang terlalu banyak, tak terkira pulak untuk yg menyumpah seranah dan pinggirkan aku. masa tu, aku cuma ada kawan2 yg sama2 mahu capai impian sama seperti yg aku lakukan sekarang ni. tapi ada antaranya tak kuat semangat dengan caci maki orang luar yang memang suka nak jatuhkan kita, jadi mereka pergi.


kadang tu aku pun rasa tak kuat, terlalu ramai yg mahu jatuhkan aku dari yg mahu tengok aku sampai ke puncak. bilamana aku kasi orang lain semangat, aku terlupa. siapa yg mahu kasi aku semangat? semangat aku dah disalurkan kepada mereka2 yg lagi sikit nak jatuh.

semangat. sesuatu yg subjektif. andai kata ia boleh dibeli, aku beli seberapa banyak yg boleh, tak kira berapa harganya. Allah is merciful, aku cuma ada Dia bila aku rasa jatuh terduduk. manusia, memang normal bila susah baru sebut namaNya.


jatuh terduduk itu sakit. amat sakit. terlalu dan bertambah sakit bila aku jatuh terduduk dan aku dikelilingi orang2 yg dari dulunya nak tengok aku jatuh. mereka tertawakan aku, mereka tuding jari dengan muka gembira. ya Tuhann, aku tahu Kau bersama aku. jauhkan mereka, bagi aku semangat!


bodoh aku kalau aku marahkan mereka. bodoh aku kalau aku ke depan dan caci mereka. mereka jahil, mereka kosong ilmu. sebutir kata aku keluarkan, sejuta kata tak berasas mereka balas. jadi aku diam. diam dan biarkan badan aku ditujah dengan kata2 kesat. memang sakit!


tarik nafas. hela.


harini aku tak pergi kelas. badan aku terlalu sakit untuk bangun, kepala aku macam diketuk dengan tukul, sakit! aku kerap kali sakit sejak kebelakangan ni. migrain aku semakin teruk. bukan untuk minta simpati, cuma luahan. abaikan jika kau tak suka, jgn benda kecik mcm ni pun mahu kau jadikan sbg bahan umpatan kau.


mental dan fizikal aku sudah cukup sakit. jadi, berhenti sakitkan aku lagi. kau dah dapat apa kau nak. nak teruskan jugak? go on if that makes you happy. tapi aku akan terus berjalan. tak boleh berjalan, aku merangkak. sebab aku percaya, Allah itu lagi besar kuasaNya dari kau, manusia keji.



Assalamualaikum.

Friday, March 16, 2012

LEMME LIVE MY LIFE THE WAY I WANT IT TO BE

bersawang lelabah belogku ini, tanpa coretan dari jari jemari comel. ah ahh~ (mukadimah gedik namanya)


terlalu banyak yang berlaku sejak kebelakangan ni. sampai tak tercerita, so just keep it personal. apa yang boleh aku simpulkan, life aku sejak sejak ni umpama track motor cross, berliku liku. tapi aku tak keseorangan, itu yang  pasti. Angah, which is my future husband (insyAllah) juga merangkap bestfriend forever, sentiasa kami tempuh bersama kesusahan yang kadangnya melumpuhkan semangat untuk terus bangun dan bangun. tapi kami terus saja bangun, sebab kami percaya, satu hari nanti track yang lurus pulak akan muncul tiba.


orang datang dan pergi, ludah dan lari. pergi jahanam. jangan pernah muncul dalam hidup aku kalau setakat nak singgah, buat taik, blah. faham?

Monday, March 5, 2012

KREDIT UNTUK ORANG-ORANG YANG SUKAA NAK MENJATUHKAN AKU :)

ini pagi aku tak pergi kelas, memang buat gila. nama aku dah hampir dapat 3 warning letter dari 3 subjek yang berlainan. nak diikutkan, semua aku boleh dapat warning letter. pftt. yang kelakar, orang-orang dah takda modal nak jatuhkan aku kata aku jadi macamni; tidur dalam kelas, lesu, selalu absent sebab business yang aku tengah running. haiii kesian sungguh..cer carik modal best sikit boleh tak?




nak kata aku tidur dalam kelas, memang dari form 1 aku suka tidur dalam kelas, dah jadi hobi. nak kata aku sasek tak datang kelas, aku ni memang pemalas. masa kerja dulu pun aku asyik kena buang sebab selalu tak datang. so, kejadahnya kau kaitkan dengan business aku? kau yang bercakap macamtu pun aku tak kenal kau. eh, famous jugak aku kat poli ni ek. famous sebab mulut longkang kau, jaja cerita busuk aku yang haram tak betul.




tapi aku tak takut, kau nak jatuhkan aku macamana pun, aku ada matlamat yang aku nak kejar; bahagiakan mak bapak aku. aku yang selalu tak datang kelas ni pun, markah test aku lagi tinggi dari budak kelas aku yang tak pernah tak datang kelas. macamana tu? diorang buat business apa pulak?




takpayah nak sombong senang cerita. kau tak suka business aku, sudah. tapi jangan letak pasir dalam periuk nasi orang. golongan macam kau memang semua orang fuck sampai mati. senang tengok orang susah tapi susah tengok orang senang. get a life dude :)




umur kau dah 19, 20, 21. tapi kau masih mintak duit makbapak tiap bulan. eh dah pandai rosak anak dara orang, dah pandai beromen dengan jantan pun mintak duit mak bapak lagi? kesian..sini muka kau, cakap berapa kau nak aku boleh bagi.




bukan niat aku nak membongkak menyombong dekat sini, tapi aku juga ada tahap kesabaran. tapi satu aku tekankan, jatuhkan aku banyak kali sekalipun aku akan tetap bangun. sebab apa yang aku pegang, berapa banyak kali kita jatuh itu tak penting tapi berapa banyak kali yang kita bangun lebih penting.




come on dude, you guys dah besar, dah matang. dah pandai mabuk, main ganja, takkan laa takda kerja lain selain dari merosakkan periuk nasi orang. kalau kau takda keinginan nak bantu keluarga ataupun dah cukup kaya dengan harta MAKBAPAK, sudah, duduk diam-diam. aku ada banyak lagi orang miskin, orang yang berharap dekat aku untuk jayakan mereka. mana hati nurani kau nak kacau periuk nasi orang? 




aku tak pergi kelas ke, pergi kelas, aku tetap belajar. malam-malam aku stay up belajar, aku jarang balik rumah sebab aku belajar dengan kawan aku. dan sebenarnya itu kau tak perlu tahu pun, life aku, cara aku. sebenarnya, aku suka orang macam kau. sebab orang macam kau laa yang buat aku lebih berjaya. pembakar aku! terima kasih.




dan, aku tak pergi kelas pagi ni sebab kau. migrain sebab orang macam kau. tahniah.