Friday, May 25, 2012

Tentang Status yang Jadi Bualan

"ehem, malu sikit ye awak tu dah tua, tapi masih mengharap duit mak yang dah kerepot. kereta, rumah awak tu, semua orang tau bukan duit awak. jangan nak berlagak sangat lah okey?"


disebabkan statement aku di atas bertarikh 14 May, telah terjadi satu kekecohan besar. tak perlu aku ceritakan semuanya, cuma disini aku nak luahkan apa yang terbuku dalam  sanubari ku ini, cececehhh -__-
dan harap maklum, JANGAN NAK TERASA sangat dengan entri ni, sebab ianya dibuat UMUM, ulang taip, UMUM.

pertama sekalinya, apa tujuan facebook?
  1. untuk cari kawan lama dan berkenalan dengan kawan baru,
  1. untuk menambah ilmu pengetahuan tentang duniawi/ akhirati berdasarkan artikel2 yang dishare
  1. untuk merepek dan merapu apa yang kita suka dekat status

dan penjelasan seterusnya untuk point 3, ya semua orang tahu dari segi kemanusiaan yang penuh hati perasaan, tak sepatutnya kita mengeluarkan status yang kurang enak dibaca, samada dari segi sensitiviti perkauman ataupun sebagainya.

tapi semua orang pun tahu, apa yang ditulis adalah UMUM, selagi tidak disebutkan nama si polan dan si polan, boleh jadi status tersebut ditujukan untuk Mamat, Kasim ataupun Minah. 
seperti contoh:
"bodoh punya Mamat pegi mencurik kat rumah Leman, takde keje lain ke, bangang betoi"

maka dengan itu, sekiranya si Mamat tak buat sepertimana empunya badan cakap, ada hak untuk si Mamat marah, sebab terang2 namanya disebut dekat situ. melainkan, empunya badan cakap:

"bangang nak mampos pegi mencuri kat rumah orang tu buat apa"

tapi, sekiranya si Mamat tetiba mencelah "eh apahal kau kurang ajar sangat ni, bila aku mencurik?" tak ke dia mengantoikan diri sendiri? 

bermaksud, kesimpulan untuk point yang ini, anda TAK PERLU terasa dengan setiap status yang keluar dari facebook, dan jangan perasan semuanya adalah tentang anda. tak perlu ada facebook, kalau semua benda anda fikir ditujukan untuk anda. DAN kalau terasa sekalipun, tak perlu melenting selagi orang tak sebut nama anda. facebook adalah hak privacy semua orang, terpulang nak tulis pasal apa.

kenapa anda tak terasa bila saya bercerita tentang masak lemak daging salai? kenapa anda tak terfikir yang anda adalah daging yang disalai tu?


seterusnya, perkataan "kerepot" di atas. sebagai contoh, sekiranya status itu ditujukan untuk Meon, kemudiannya emak Meon berkecil hati. di sini, SAYA RASA TAK PERLU DAN TAK PATUT UNTUK BERKECIL HATI. kerana status itu adalah untuk Meon, Emaknya tak terlibat sama sekali

"kerepot" di atas bukan bermaksud untuk mengutuk bahawa emak si Meon adalah seorang tua kerepot tapi untuk MENEKANKAN bahawasanya mintak duit dekat orang tua yang dah kerepot itu tak elok, kesian. ada paham? bukan nak mengutuk tapi menekankan.


jadi, ini adalah kali pertama dan terakhir aku bagi penjelasan tentang status di atas yang telah membawa kekecohan besar selama berminggu2 dan mungkin akibatnya untuk selama-lamanya. tapi suka aku ingatkan di sini, kebenaran tak berpihak kepada orang yang lebih tua. maksudnya, tak semestinya anda lebih tua anda berada di pihak yang benar. habis tu, apa budak2 buat semua tak betul? kononnya setahun jagung tak tahu apa2 lagi? YOU MAKE ME SICK.

jadi lepas ni, aku tak akan layan apa2 provokasi dari anda2 semua yang tak habis2 mengutuk saya di belakang, dan raya pun nak dekat dah, memang aku jela jadi tajuk perbualan gosip hangat anda semua kan? :3

cakap apa hang nak cakap, aku tak kisah dahhhhhhhhhh. kang satgi blog aku pulak korang kutuk, macam aku tak tahu. sekian.

Wednesday, May 23, 2012

4 Wishes



  1. to earn money without working
  2. to be smart without studying
  3. to love without being hurt
  4. to eat without getting fat


imposibble?

Tuesday, May 22, 2012

Kita Ada Tuhan Untuk Terima Kita.

manusia ini pelik.
manusia ini bongkak.


sibuk dengan politikus2 kotor yang korupsi menelan duit rakyat. punah. benci aku tengok. kesian pada mereka yang masih menjilat bontot orang2 tersebut.
sadarlah.


sibuk dengan parti sana sini.
mabuk, perempuan, ganja.
aduh, tipikal.


sibuk dengan muzik.
muzik genre yang kaum kau saja dengar, berapa kerat saja kau bikin untung dengan itu.
perjuangkan muzik kau sampai dibiarkan keluarga dan kawan2.
macam orang tabligh.
malu la sikit, tabligh pun dapat pahala tau.


sibuk dengan hotstuff, baju fesyen terkini.
selalu kena update dengan fesyen terbaru.
tak mahu orang bilang kita ni old fashioned.
masuk kubur, bajunya semua sama kakak, abang.


sibuk dengan boyfriend girlfriend.
cinta mati, mati kalau dipisahkan.
apa ajal itu terletak pada cinta sampah kau itu?
cuba kau bilang kau perlu 500k dalam masa 1 hari,
apa mereka berusaha dapatkan atau bilang;
'aku cinta kau tapi aku tak dapat tolong kau, maaf'


sibuk dengan perkara duniawi kau.
tapi bilamana Allah swt memutuskan bahawasanya ajal kau telah tiba,
apa kau masih mahu bilang;
"nanti lah, aku sibuk dengan duniawi ni"


aku bercakap bukan sebagai si sombongbongkak yang baru ilmu agamanya setinggi pokok durian, tapi bercakap sebagai manusia.
manusia yang sombong dan pelik seperti kalian.
mengingatkan diri sendiri, serta kalian.


kerana ajal itu tidak dapat ditangguh walau sesaat pun.

Thursday, May 17, 2012

Kita Semua Pendosa


apa aku bakal coretkan, tentang hidup aku.
seperti yang kalian sediatahu, hidup aku yang paling membosankan.
jika perlu tutup tab, tutup sekarang.
aku tak ketagih cacimaki kalian.


aku benci untuk mengadu.
aku benci untuk merintih.
aku benci untuk meratap.


jelasnya, semua itu perlakuan si bodoh tak tahu bersyukur dengan nyawa yang telah dipinjamkan Allah, malahan merungut tentang hidup malangnya.


aku benci semua itu.
dan aku berharap itu bukan aku.


kalian hidup penuh suka duka,
masalah kalian setaraf umur kalian.


punya kawan baik, tidur sebantal, tapi tikam belakang.
punya wang ringgit, tapi tak punya kad bank untuk di-transfer ibuayah kalian.
punya kenderaan, tapi enjin sedikit masalah.
punya bf/gf tapi mereka merajuk kerana hadiah yang diberi tak menepati citarasa.
punya handphone canggih, tapi perlu tukar bagi mengikut peredaran zaman.
punya SEGALANYA, tapi tak cukup--kerana lumrah manusia. tidak pernah cukup.


masya-Allah, aku impikan masalah sekuman kalian itu, aku inginkan!
tapi sudah tertulis takdir oleh-Nya.
tiada siapa mampu melawannya.


aku tak punya rakan baik, kalian! sesuatu yang namanya SAHABAT, aku tak punya! tak perlu aku definisikan terperincinya apa itu sahabat, kalian punya otak, pakai. tapi, sepertinya, kalian ada.

aku cemburu, rakan2. cemburu bila lihat gambar2 kalian keluar bergembira, dengan caption "with my bffffffffff"
"eating together like sistaaa"
"having fun like hell with them"
--kerana aku tak pernah merasakan itu semua.



aku tak punya wang ringgit, keluarga aku bukan orang senang!
dan aku tak pernah minta sesen kuman pun dari kalian.
tatkala aku berusaha cari wang untuk hidup lebih senang.
ada yang mengutuk, mencaci, mengeji, memulau aku.

rakan2, usah senang melihat kejatuhan orang lain.
di atas sana, murka.


aku punya pacar. tapi kami hidup tak mewah.
kami tak pernah berbelanja mewah, makan seenaknya, berbelanja seenaknya, tak pernah!
kerana kami bukan anak orang senang.
tapi bila kami beli baju murah,
pergi berjalan di tempat orang2 biasa,
pakai apa kami rasa selesa,
ya, mengikut kemampuan kami,
kalian caci kami.
bilang kami tak punya class,
bilang kami selekeh.




persoalan--
anjingkah lahir dalam keluarga miskin?


manusia pesimis, manusia paradoks.
berbagai ragam.



cuma kadang itu aku terfikir kenapa pada semua tempat aku jejak,
aku lah yang dibenci,
disisih,
dipulau dimaki?
aku tak percaya itu takdir aku.
mungkin sesuatu yang ada pada diri aku sendiri, harus aku terjemahkan.




wallahualam bissawab.



Cerita A, B dan C






orang cuma nak dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.


defense:

1)
aku kata A orang faham B.
orang marah aku.
bila tanya "siapa kata B?"
orang kata aku degil,
tak makan nasihat.


soalan.
BILA aku kata B?


2)
aku tulis A bila aku kiaskan B.
orang cuma nampak A.
yang setuju apa aku kata tentang A akan puji2.
yang setuju apa aku kata tentang B akan julang tinggi.
yang tak setuju, maki2 dan caci2--bilang kurang ajar.


penyataan.
PEDULI APA kau setuju atau tidak apa aku rasa.
aku menulis APA aku rasa.


3)
aku cakap A.
A itu rakan ku.
rupa-rupanya ramai yang A juga.
tersinggung hati.
perasan aku kata dia.


soalan.
kau SIAPA?


BENARLAH--
orang cuma nak dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.




maka..


janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ni berkisar tentang KAU SAHAJA.


kalau kau cari diri kau dalam status2 manusia sekeliling, kau akan jumpa.


sebab kita manusia.
DOSA kita,
PAHALA kita,
lebih kurang sama.
cuma aplikasinya pada lain2 situasi dan masa.




berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah berkisar tentang KITA.




dan, usah berkata tentang umur.
setahun jagung aku, 
berlelehan hingus aku,
cerita kau bukan aku bikin sendiri.


---


tapi aku mendengarnya dari mereka yang seusia kau.
dari PANGKAL ke HUJUNG.


Wednesday, May 16, 2012

Fesyen Terkini: buat aku loya, bikin laki suka


ever heard of camel toe?


kalau belum pernah, jangan rasa anda ketinggalan zaman. sebab aku pun baru tahu maknanya tadi. *terima kasih google** aku memang tahu 'benda' itu cuma tak menggunakan istilah yang itu. aku pakai istilah aku sendiri...yang aku rasa tak patut ditulis dekat sini.


ye tapi di sini bukan aku nak tekankan aku ada ke tidak, (yang pastinya semua perempuan ada) tapi permasalahan fesyen di kalangan anak remaja, kakak-kakak ataupun mak janda yang dah dimakan usia. camel toe itu kecelakaan fesyen namanya kak dik oii.


pada yang taktahu kejadahnye camel toe, bak sini kak limah terangkan apekebendenye menatam tu. secara mudahnya, camel toe adalah terma untuk perempuan yang menggunakan SELUAR YANG TERLALU KETAT sehingga menzahirkan kelepet di kawasan2 yang tidak sepatutnya hingga menjadikan manusia sekelilingnya hilang arah dan panduan hidup.


material yang biasa digunakan DEMI menjadikan camel toe suatu fesyen adalah legging, skinny jean dan seluar2 biasa CUMA KAU DAH TAK MUAT TAPI TAK MAHU MENGAKU saja.


jadi akak, adik sekalian, tak kisahlah macamana kekdah u ols pakai seluar ketat tu,cuma kak timah serabut seluar tu u ols padankan dengan t shirt senteng yang memberitahu wujudnya camel toe.


ada sebabnya namanya camel toe, cuba lihat kaki unta. geli bukan?


simpan ye? simpan untuk tontonan suami u ols. timah bukan jeles. timah geli. eh, kerang pun tahu sembunyikan dirinya dalam cengkerang, pasal dia tahu punyalah dia buruk, malu!


sekian!!!

Monday, May 14, 2012

bebudak sekarang tak meniaga apa dah 'untunglah'

hey walley walley hey walley walley hey~

intro yang terencat bak budak hingusan menjilat hingus. sudah terlalu lama aku tinggalkan habit berblogging ni, maklumlah takda internet dekat rumah sewa. well well well, sekarang cuti semester. sangat gumbira hati, limpa dan paru-paru kerana waktu tidurku akan dipanjangkan sepanjang-panjang sesuka aku nak panjang mana.


 kadangnya aku terfikir, bebudak sekarang gemarkan ayat 'menganjing'. tapi kalau kita tukarkan anjing kepada ayam, jadi menganyam. menganyam ketupat. tak pernah dengar menganjing ketupat. (???) terfikir juga siapa pencipta lagu nama kau dollah tetek kau sebelah. dan ada yang menukar tetek berjuta, tetek terbelah dan berbagai lagi. sungguh kreatif. oh duniawi duniawi.. aku sangat kuat makan sekarang ni. terlalu kuat makan. selang sejam dua, perut comelku ini harus dirasuah dengan makanan agar ianya berhenti berkeroncong. tapi kadangkala, bila makan, aku tak habis. sudah omak aku memekak. terngiang-ngiang pula iklan Jalaludenhasan 'sebutir beras ibarat setitik peluh petani'. bayangkan dah berapa banyak peluh petani yang gua telan??


 maka, rutin harian aku semudah ABC, bangun tidur, terus tonton sinetron yang tak berpenghujung. dan apa yang aku simpulkan, semua sinetron jalan ceritanya tertukar anak. bagi aku satu yang tak tertukar anak? takdoo acik lijah oii takdooo. sangat klishe (camni ke eja??) sinetron dari negara seberang. lately, ramai pulak sedara mara kengkawan aku yang dah mendirikan rumah tangga. alhamdulillah, syukur nikmat. haa memangla nikmatttt kuikui. yela, orang kata jodoh tak kemana, ke katil je. tapi sebelum berkahwin mesti mau bercinta dulu. adat manusia tipikal kan, kot kalau terus kahwin tak pernah jumpa, first night rasa dada si perempuan berbulu bulu tak terkejut beruk kau matt? bebudak bercinta zaman sekarang tak setail langsung. apa stylenye nak berkenalan mintak nombor? patutnya tanya berapa kos perkahwinan, bincang terus. oii mat, kencing pun doposen, ni kan kahwin.


 tengok lelaki zaman sekarang pun tak semenggah. pakai seluar lipat2 apekebende mat? hensem la tu? konon ikut sunnah nabi pak hang. solat 5 waktu tak cukup, ada hati cakap pasal sunnah nabi. kemeja + seluar jeans + jam + kasut cukup la untuk lelaki. tak perlu nak bertindik pakai rantai, macam nak pergi thaipusam. yang peliknya lelaki keluar lepak suka pula tuck in baju. pergi sekolah, harommm nak tuck in -,-' lelaki HARUS tahu baca doa qunut dan mandi wajib. ooo mendayung tahu, mandi wajib taktau!


 aku punya habit dimana aku selalu mencarut tapi akan berzikir selepas melakukannya kerana merasa amat bersalah. apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata makan penumbuk. perkataan mencarut tipikal si melayu, 'babi' 'anjing' 'pukimak'. dan kenapakah babi dan anjing di persalahkan? kesian si babi yang sedang gumbira bermain lumpur dan si anjing yang sedang mendoggie. walaubagaimanapun, haram menyentuh babi walaupun beliau menutup aurat. kenapa dan why? adakah kalau kita mencarut 'cacing la kau!', 'badak air betul' ataupun 'ayam sungguh semua ni', kita tak nampak ganas ataupun sedang marah? masih dalam persoalan di mindaku ini..pukimak? ada 1 cerita yang mengingatkan aku tentang pukimak. di mana paksu aku di masa kecilnya bergaduh dengan pakcik2 aku yang lain, lantas menjerit 'pukimak kau!' lalu dengan cepat nenek aku menyahut 'kenapa dengan puki aku?!'


 maka dengan ini aku isytiharkan aku sudah punya akaun twitter. tak pernah terfikir untuk melakukannya tapi dah terlaku nak buat macamana. tapi aku hanya buka facebook dikala budak sekolah sudah tidur, baru aman wall aku dengan puisi cinta lirik lagu jiwang karat 18 mereka. dan baru-baru ini aku selalu tengok orang upload gambar pakai instagram? apekejadahnye instagram tu? seorang tolong kasi tahu aku~ aku tak mahu dilabel arnab comel terperuk dalam sangkar! al maklumlah, henpon aku henpon murah, cover belakang pun takde. henpon up 1 level dari 3310. oii kau jangan kutuk 3310, kalau aku baling ke kepala kau boleh bina bukit atas kepala otak kau tu tahu?


 ahh sudah terlalu banyak kerepek yang aku jaja dalam entri kali ini. kerepek seterusnya, nantikan dalam entri akan datang! causinci!