Thursday, January 24, 2013

Welcome to the World, Puteri Humairah Nasuha!


Assalamualaikum peeps,


ehem ehem, I AM NOW A MOTHER TO MY PRETTY LITTLE PRINCESS! *kunyah rakus jari jemari* cepat betul masa berlalu. tau tau dah habis SPM, tau tau dah sambung belajar, tau tau dah kahwin, tau tau dah ada anak. tau tau dah ada 2 anak *tetttt kuikui


bila jumpa orang, soalan biasa/biol yang diajukan--
''sakit tak bersalin?''
cippodey, sembelit pun sakit nikan bersalin la deyy


now lemme tell you how painful it was--freaking painful!
11 pagi dan aku masih membuta atas katil dimana tiba2 aku rasa aku terkencing dalam seluar. kencing yang sangat banyak, tak boleh dikontrol dan terus mengalir. menggelabah la aku pergi toilet, air terus2 mengalir dan otak bijak aku ni terus assume mende alah tu adalah ketuban yg sudah pecah.


watlek, mandi dulu, makan dulu, pergi rumah mak aku makan laksa dulu sebab malam tadi baru request suruh dia masak laksa, karang kempunan pulak tak dapat makan laksa. pukul 3 baru pergi hospital, itupun belum nak pergi lagi sebab nak tengok Maharajalawak Mega. bapak aku dah membising barulah terkakai aku dengan Angah gerak ke hospital.


dipendekkan cerita, aku pun dah masuk wad. 9 malam, aku naik demam panas yang melampau2 sebab kuman dah masuk due to leaking liquor yang terlalu lama. dipendekkan cerita aku pun dah tiba masa nak bersalin. ni part yang aku nak bangga ni, ngeh ngeh.

betul orang kata, sakit nak bersalin ni sakit macam nak mati. menggigil2 kaki tahan sakit, langsir sebelah aku macam nak tercabut aku genggam, baca zikir pun macam orang kena kejar hantu--terlalu sakit. bersalin tak sakit, tapi sakit nak bersalin tu yang sakit. ada paham?


5.25, jalan baru bukak 7cm. tapi aku dah tak tahan nak meneran sangat. sebab nak bersalin ni rasa macam nak terberak yang amat sangat. aku cakap dengan doktor tu "doktor, saya nak terberak dah ni, saya berak kat sini je la eh. tak tahan gilaaa" dia pun iyekan je, suruh aku berak atas katil tu. aku pun meneran macam orang nak bersalin sebab sebelum pergi hospital mak angah dah ajar aku macamana nak meneran.

doktor tu tengok aku power meneran, walaupun aku ni first timer, dia sungguh terkesima. hehe ayat aku pulakk. kata doktor tu "eh awak pandai teran, haaa bersalin terus lah" maka berkerumunlah doktor2 nak membersalinkan aku. sepanjang meneran semua memuji aku "haaaa pandaii haaaaa pandai2, haaaa macamtu pandai awak ni" mendengar pujian, lebih semangat aku meneran, kembang kempis hidungku.


apa yang pandainye aku ni? kihkih. yaaa ini segmen iklan-- KELAS MENERAN KAK JEMAH.
nak meneran, tangan pegang pergelangan kaki, dagu letak atas dada, mata pandang perut, teran dekat tekak tanpa ada keluar suara. kalau ada keluar suara sikit pun, itu sudah salah. jadi nak bersalin ni sebenarnya diam2 je, takde terpekik terlolong macam dalam tv tu. itu semua tipu dan salah! jangan ikut ye.


5.30 pagi, my baby girl selamat keluar, weyhuuuuu~ tapi terkilan sebab angah tak ada masa nak bersalin atas kesilapan teknikal. sobsob.


aku tak kesampaian nak jumpa baby sebab dia masuk wad straight away lepas aku bersalin, sedih woooo. petang tu baru aku naik wad baby dengan angah. berdebar2 aku nak tengok dia. sedih sebab dia dalam inkubator. pertama kali pegang dia, dia bukak mata pandang aku. walaupun aku tau baby sebenarnya tak nampak apa pun, tapi mata dia memang ke arah muka aku--spanjang aku pegang dia.  bertentang mata, tiba2 air mata aku mengalir. jatuh cinta pandang pertama!

masyaAllah, mungkin ini perasaan seorang ibu yang pertama kali tengok dan pegang anak dia. speechless, tak dapat digambarkan. wallahi, rahmat Allah itu indah sangat! hilang segala sakit yang aku tanggung nak mengeluarkan dia. baby masuk wad seminggu, sedih sangat bila dia menangis kena cucuk sana sini, sebab aku tahu tu semua sakit. kalau lah sakit tu semua boleh dipindahkan ke aku, biar aku tanggung semua sakit yang patut dia rasa, aku rela sangat2.



but now, she's a healthy baby!  Alhamdulillah, moga2 terus sihat sampai bila2.



menjadi seorang ibu, maka aku tau perasaan ibu2 luar sana, 9 bulan sakit mengandung tak boleh tidur malam sakit badan, sakit kaki sakit itu ini, sakit nak bersalin lagi, sakit lepas bersalin, berjaga malam pulak baby meragam, baby nak menyusu, baby nak itu ini. and after all those pain, how do we pay them back? fikir-fikirkan. 


go, go kiss yo mom! :D


till then, from me and my cute little munchkin pretty princess Puteri Humairah Nasuha. bubbye! ;p

Friday, September 21, 2012

AKU TAK RACIST! : ISU BALING NASI

err, hai.


**awkward opening**


aku ada rumah. tapi aku tak suka rumah aku, ngeh ngeh. biasa lah lepas kahwin duduk rumah sendiri kan, menyewa je. nak beli tak mampu lagi. rumah aku besar, yelah besar untuk yang tinggal berdua. 2 tingkat, murah pulak tu (Alhamdulillah).


tapi rumahnya tak ada seri. seri rumah tangga, seri rumah bekeluarga. suram. aku tak suka. bila duduk situ, aku jadi lumpuh taktau nak buat apa. baring pandang siling mata terkebil2. mungkin aku perlu lekatkan sticker2 ceria dekat dinding, mungkin.

seceria ini, mungkin?
akan dipertimbangkan.


aku adalah golongan minoriti dekat kawasan perumahan tu, yang mana majoritinya adalah India. kiri kanan depan belakang India. waduh2, yang menyampahnya bila kita minoriti, diorang layan kita macam alien. asal aku keluar rumah nak buang sampah ke nak menyapu ke, semua mata yang ada kat luar tu tertumpu dekat aku.


kalau aku turun kereta nak bukak pagar, diorang pulak tengah bergosip, budak2 tengah bermain, semua berhenti melakukan aktiviti masing2 dan mata2 tertumpu kat aku. pergh, gua cantik sangat ke beb? sampai naik rimas aku.


selalunya aku buang sisa makanan dekat belakang rumah, nak bagi kucing dengan burung makan. dari membazir aku buang, baik aku bagi haiwan2 tu makan. haritu aku buang nasi belakang rumah. terkena pulak dekat area jiran belakang rumah aku tu, padahal aku dah baling ambik side habis dah. yang jiran aku ni pulak dia siap simenkan area belakang rumah tu macam dia bayar untuk area tu sekali pulak.


pagi2 memang dia cuci belakang rumah tu. tapi aku dah tak sengaja terbaling pulak nasi termasuk dekat area rumah dia. tiba2 dia keluar nak bergosip dengan geng dia, ternampak nasi aku baling tu terus dia maki laki aku yang tengah bertenggek kat tingkap dapur tengah kupas buah.

"oii bodoh ka lu baling nasi dekat rumah saya? saya cuci tau ini tempat potpetpotpettt"


aku tengah tengok tv terkejut dengar jeritan pocong kepala beruban dari belakang rumah. laki aku pulak datang ke ruang tamu dengan muka masam.

"awak ni nak buang nasi tu buang dalam tong sampah la, kan kita dah kena marah"


lepastu ada laa lagi laki aku membebel2 lagi dekat aku. yang si orang tua tu pulak dalam setengah jam jugak la dia menjerit tepekik telolong dekat belakang rumah sambil menyental lantai tu. rileklah, bukan aku baling taik pun. aku tak tahan nak gelak terbarai2 aku gelak, laki aku kepala dah hangen je kena maki tak pasal2 :D


lepas haritu, aku tetap baling makanan untuk bagi kucing dan burung makan. cuma aku lebih berhati2 dengan ambik side lebih sikit, hihi.

aku tak racist, tapi orang india ni melampau2 jugak kalau dah jadi majoriti. seriously.

Sunday, September 2, 2012

Kahwin Sudah Aku



Assalamualaikum peeps. lama gila aku menyepi, 4 bulan jugak lah rasanya. mood mengarang tak sampai langsung, dipanggil pun tak menyahut. dalam masa 4 bulan tu, my life has change drastically. yes, drastically. 


people get matured through experience. but only if they learn some lessons throughout the experience. banyak yang aku lalui dan banyak yang aku belajar dalam masa 4 bulan tu. belajar menangkis tohmahan, belajar menerima ditujah orang, belajar hidup apa adanya dan yang penting belajar untuk hargai setiap apa yang kita ada.

                                                           *            *             *

dari zaman hingusan aku, aku selalu berangan kalau2 ada mesin doraemon yang boleh bawa kita ke zaman akan datang untuk bawa aku tengok siapa jodoh aku, siapa suami aku. tersangatlah teringin. ternyata aku tak perlu tunggu lama untuk tahu, cumalah 18 setengah tahun. 


"kita kahwin. nanti aku cakap sama ayah aku suruh jumpa bapak kau"


semudah itu. perbincangan kecil2, dan kami pun bernikah. hanya antara kami 2 keluarga. biasalah, yang katak tekak besar memekak2 itu mesti ada, membising bercerita2.


"eh tiba2 je, mesti ada apa2"
"kenapa tak diajak nikahnya, tak tahu pun"
"maruku ni tak sedap lah"


mulut orang, kalau ditumbuk sekalipun, sesudah elok bercakap semula. bikin pekak aja lah, sampai dah betul2 pekak. suami aku bukan datang dari keluarga kaya raya, yang ayahnya punya jawatan tertinggi dalam syarikat swasta ternama, yang punya kereta mahal berderetan, yang boleh bagi apa saja mahu anaknya. 


suami aku kerja sendiri, ada naik turunnya. datang rezeki dari Allah, kami terima seluas dada. belum datang, kami mohon dan terus mohon dariNya. tapi tertimbulnya niat nak mendirikan masjid, elok dipercepatkan. aku tahu, keluarga pasti ada yang membangkang. membangkang dengan alasan aku masih belajar, aku masih muda dan sbgnya. 


"gatal sangat nak kahwin, sampai 3 dilangkahnya"
"yang si lakinya, tak boleh tunggu abang lepas dulu ke"


zaman Rasulullah dulu, kalau ada pasangan yang mahu bernikah tapi mak ayah tak mahu menikahkan, maka Saidina Ali R.A sendiri yang akan menjadi wali mereka. kenapa nak dihalang orang nak mendirikan masjid? sebab tak stabil lagi? rezeki itu datangnya dari Allah, mohonlah insyaAllah diperkenankannya. kalau kerja 10 tahun pun, Allah belum nak bagi rezeki lagi, sama jugak.


balik raya lagi payah. siap ada yang berpesan "hold dulu tentang anak. focus on your study". i take no offense at all, well i am the youngest family members ever who get married this young. must they get worried that i'm not handling the marriage and study well. mereka cuma risau. risau itu sayang, bukan?


tapi anak itu anugerah Allah, titipan dan amanat dariNya. orang kata, anak ni penambah rezeki. mana tahu keluar anak pertama, terkeluar sekali duit RM50K selepuk jatuh dari langit. i have a family, my OWN family. i have a husband and i trust him on guiding me. nasihat sangatlah diperlukan since kami kahwin muda, tapi kami juga berhak decide mana yang terbaik untuk kami.


                                                                  *          *           *

past is past. cakap banyak pun, dah bernikah dah. sempat lah berpuasa sama. seksa lah jugak kikiki. patutlah orang kata better nikah lepas puasa, takda lah terseksa, haha. beraya pun dah merasa beraya bersama. nak dipendekkan cerita, tanggal 1/9/12 berlangsungnya majlis persandingan kami laki bini bersama abang ipar dan bininya. 4 pengantin gituuu. agak leceh nak bersanding segala, itu ini nak prepare. 


malam sebelum majlis, i bought henna and asked my sister to paste them on my fingers. punyalahhh hitam mak lijah hoii, tekejut mak dibuatnye. puas pulak aku tonyoh jari aku pakai air garam, nak kurangkan sikit kehitaman dia. padahal baru pakai berapa minit je. yang lukis2 tu kakak aku lukiskan, ikut sedap tekak dia je nak lukis camana, asal nampak serabut, jalannn~



the arrival of the bridesmaids was plan to be at 1215 PM, tapi tahulah aku ni susah nak bangun pagi. laki aku lagi laa tak boleh harap. aku bersiap dekat rumah mak aku, warisan puteri. pukul 830 aku baru bangun, kak andam aku pun dah sampai baru aku terhegeh2 nak mandi, hihi. make up session started about 9AM, and i wasted 15 minutes on wearing contact lens. first time pakai la bro, terpekik terlolong macam nak terberanak. entah apa yang cuak sangat pakai contact lens ni, rasa macam dia nak korek bijik mata!

dah la bangun lambat, sempat makan2 tangkap gambar pulak tu, hampeh je :3

my kak andam.
12PM, still not ready yet, orang kat sana semua dah call2. tudung pun belum pakai. Mom, my kak andam still touch up sana sini. well seems like she's kind of perfectionist :3 kelam kabut aku dibuatnya, pengantin yang lagi satu sampai sudah dekat tempat sana. kelam kabut pun kalau tak cantik buat apa, aku pun rilek jela. kuikui. baru la rasa penting bila orang menunggu (jahat2 hihi)


1230PM baru aku sampai Cengal, semua orang dah menunggu.








see? pengantin hijau pun naik hangen dengan aku sebab lambat sangat, haha. watlek sudaa kikiki. orang kata nervous kalau nak berarak ni, tapi aku takda feeling sangatlah. mungkin sebab sebok control ayu kot. hihi. tapi yang seronoknya rasa macam artis orang tangkap gambar sana sini. 



masa makan beradap, macam biasalah bersuapan, manja2 gitu. lepas dah tangkap gambar, mampoh aku balun semua mende depan mata. perut lapo yob, haus pulak tu.

laki bini kepala sengal.


diorang berdua dekat atas ni, tunggu masa je nanti aku kahwinkan diorang! hoho. cepat2 la kahwin, untung2 dapat anak sama2 boleh diorang pulak mewarisi friendship kita. lepastu kahwinkan diorang macam dalam cerita Anakku Sazali kihkih.




ibu mertuaku sama bapa mertuaku ohhh~


inilah pengantin 4 yang membawa paling banyak kontroversi era ini. kalau masuk melodi wedding ni, mesti rating naik--sebab aku. hihi.

yang ni my small family members, the rest tak dapat datang. but prayers from y'all sudah cukup memadai :)



well my granny pose like a boss ;3

and these was my pengapit, Miya dan Ameer yg kuat mencuri tulang. peluh di muka aku dah boleh tadah, diorang takda la nak lapkan. nasib baik y'all kahwin aku da tak boleh nak apitkan. kalau tak, aku balas balik ketidakhampehan korang semasa mengapit kami laki bini!




and these was my friends yang datang. thanks a LOT guys. because those i expect to come didnt show up, but you guys did came. terharu paru2 mak~ love y'all :)







lepas majlis selesai, we all pergi photoshoot dekat mana tah i'm not sure but the place damn nice! 

Angah posing raja berkuasa, Ameer posing hulubalang setia. hampeh -,-

mak andam to be

muka tak keruan





ahaaa apa kenaaa laaaa aku ni

muka bahagia

the crew hihi
and the rest of the pics:

naqib and his gf. sejukk hati nengoknye,kahwin cepat2 ye. tak elok usung anak dara orang ke sana  sini, hikhok






aku sayang budak ni. dont mess up with her  or you gonna deal with me first!


itu saja yang dapat aku ceritakan, yang dapat aku paparkan. laki aku pun dah balik rumah, sebagai isteri yang baik haruslah melayan suaminya yang baru pulang. so, ayat aku lepas ni kalau jumpa kawan2, "AKU DAH LEPAS, KAORANG BILA LAGI?!"

edited by syifa' alshah. ngeh ngeh