Saturday, November 20, 2010

SPM Punya Pasal

SPM punya pasal aku jadi gila kejab,
SPM punya pasal aku jadi biol, tak tentu arah,
SPM punya pasal aku jadi tak cukup tidur,
SPM punya pasal aku jadi tak selera makan,
sampaikan aku dah pasrah habis,
apa nak jadi, jadilah.

sekarang pukul 6.43AM tapi aku tak tidur lagi dari semalam,
aku pergi rumah angah, study dari pukul 10 malam tadi sampai subuh,
balik rumah, solat subuh.
sebak dada aku, fikirkan dosa-dosa yang aku buat sebelum ni,
terlalu banyak sampaikan belajar pun susah masuk,
perghh nak mengalirkan air mata pun tertahan-tahan,
tawakala'lallah..

inilah penangan SPM,
bila exam besar nak dekat barulah terhegeh-hegeh mintak ampun,
mintak maaf kat orang sana sini,
kalau tidak pedajal orang lain tak habis-habis.
itulah namanya Melayu,
bila nak raya, bila nak exam baru mintak maaf.
silap betul pemikiran tu.

di kesempatan ni aku pun nak mintak maaf jugaklah,
terutamanya untuk budak kelas aku,
yang aku pow bekal kaorang,
yang aku habiskan air kaorang,
yang aku memekak masa kaorang tengah belajar,
yang aku hutang tak bayar,
yang aku hasut kaorang takpayah pergi kelas chemistry,
yang aku ambik pen kaorang tak pulang,
dan semua silap aku yang tak aku sengajakan,
mintakk maafff banyak-banyak ye.

untuk yang selalu lepak dengan aku pun sama jugak,
sorry selalu pow duit kaorang buat belanja bubur mekdi aku,
bukan apa, aku lapaaaaa.

doakanlah calon SPM yang lain masa doa dalam solat kaorang,
kerana berdoa untuk orang lain itu akan terus dikabulkan,
jadi, moh le kita berdoa sesama sendiri,
insyaAllah perjalanan SPM kita berjalan lancar.

wallahualambissawab.

Wednesday, November 17, 2010

Apa Tu Raya Haji?



bila sebut raya haji,
orang mesti fikir pasal kekah lembu, kambing dll.
setengah orang sambut raya haji macam aidiladha,
pergi beraya lah,
buat lontong, lodeh, rendang segala kejadahnye,
bagi aku raya haji ni tak ada apa pun.
ye aku bercakap macam ni bukan sebab kurangnye pengisian agama ye.

aku tak ikut family aku balik kampung,
aku tinggal rumah *menyongge sengsorang,
pun aku tinggal sebab nak belajar untuk SPM.

malam raya lepak-lepak kejab dengan angah,
lepas tu balik rumah membuto sampai pukul 1,
bangun je kebulor kelaparan,
mandi siap-siap pergi keluar study,
lepas tu balik rumah.

kebetulan bapak aku balik awal dari kampung,
aku ajak dia lepak mekdi,
makan sampai muntah,

lepas dah balik rumah,
keluar balik pergi menyongge kat rumah tasha pulak,

lepas tu balik rumah, solat maghrib,
keluar balik pergi JJ dengan angah & epul,
balik pukul 11,
menyongge lagi sengsorang tunggu adik beradik & mak aku pulang dr kampung.

itulah aktiviti menyambut raya haji aku,
takda life langsung  -_______-"





*menyongge - membangangkan diri

Sunday, November 14, 2010

Breakdown Kepit

jiwa kacau, memang kacau habis,
kali ni gua boleh jadi gila.
series shit gua tak tipu.

apasal la gua punya hidup ni penuh misery?
gua ni banyak sangat dosa ke? mungkin.
gua ni bangang tak reti handle emosi ke? mungkin.
atau gua memang dilahirkan untuk jadi seorang loser? betul sekali.

gua tengok FB orang tu,
baju lawa-lawa, mahal-mahal, stylo habis,
gua? pfft takpayah cakap la,
selekeh 25jam.

gua tengok orang lain ada handphone mahal-mahal,
lengkap wi-fi, kamera 20 juta mega-pixel dan segala kejadah haramnye,
gua? handphone buruk, setakat boleh call, message.

gua tengok FB kawan gua,
asal online je, berderet orang add dia,
comment dekat wall dia bersepah-sepah,
gua? asal online, gua macam cengkerik,
dengar bunyi, tapi orangnya tak nampak.

gua tengok orang lain happy sungguh hidup mereka,
kalau nak lepak, orang yang mengajak,
kawan ramai, semua kawan sukakan mereka,
gua? kalau gua yang ajak orang pun, belum tentu orang nak.

gua tengok orang-orang yang lepak mekdi tu,
asal duduk je kelua laptop,
pergi order banyak-banyak,
makan sampai terburai,
online sampai muntah,
gua? asal datang mekdi, tercongok,
kalau atas meja orang ada cawan,
ambik, pergi re-fill.

gua tengok ada yang sebaya gua dah ada lesen,
dah ada kereta sendiri,
gua? mana mampu nak ambik lesen, mahal,
drive pun kereta orang je.

paling gua tacing habis,
tengok family orang happy,
dah gua malas nak tulis lebih pasal ni.

gua tahu, gua ni nothing,
memang orang tak pandang orang macam gua,
gua pergi mana-mana pun,
even gua sopan bertudung,
orang kata gua ni perempuan rosak.
gua buat salah apa?
gua tak pernah kacau hidup orang la.

kadang tu gua puji diri sendiri,
gua kata gua comel bagai,
gua ni princess lah kejadah haramnye,
sebab gua nak rasa dipuji,
walaupun gua sendiri yang puji.

gua pujuk diri sendiri bila gua sedih,
gua tension, banyak masalah gua,
gua jarang cerita kat orang,
kalau cerita pun sikit je,
gua memang malas nak cerita,
even kat angah,
sebab gua tahu orang pun tak boleh tolong gua.

orang kata hidup macam roda,
kejap kat atas, kejap kat bawah,
gua tak percaya.
sebab gua selalu dekat bawah.

biarlah min, terimalah seadanya diri kau.
hidup asal boleh nafas.

Wednesday, November 10, 2010

Ke-fat-an

berdasarkan pemerhatian aku,
ada banyak jenis orang yang boleh dikategorikan macam bangang.
antaranya:

  1.  orang yang tangkap gambar, lepas tu dia edit kasi tutup jerawat, tutup parut kejadah haram semua, lepas tu letak caption "gemok", "fatty", "aQ gEmUkX", "GemOwX loRhh" dll. padahal body maintain je lawa, diorang nak apa sebenarnya? nak orang kata "taklah you tak gemuk la, dah lawa body you tu" ataupun "you kurus lah, hotstuff lagi". WTF?
    2.   orang yang mengurangkan makan tapi perut dah slim habis.
          nak slim macam mano lagi?
   

macam ni??
   
bersyukurlah dengan badan kaorang tu,
selagi masih sihat, selagi boleh bangun,
gunalah dengan sebaiknya,
kurus-kurus tapi seksa badan apa guna jugak?

tapi jangan boroi macam aku,
kalau angah boroi tahap ke-5,
aku boroi tahap ke-3,
perut aku ada 3 lapis,
setiap 1 lapis merupakan kira-kira 3cm panjang,
orang mungkin tak perasan sebab aku tak suka pakai baju ketat.

seksa kau tahu tak ada perut berlapis-lapis ni?          
kalau duduk lama sikit dalam 10minit,
garisan antara lapisan perut tu akan berpeluh,
dan menimbulkan rasa tak selesa,
lalu aku menjadi otromen dan memfire semua orang.



sebab apa ada 2 lapis je dalam gambar ni?
sebab lagi 1 tersorok dalam skirt.
betapa kroniknya ke-boroi-an aku ni,
sampai boobs dengan perut dah sama besar pulak.
pfftt.

Nokia X5


NAK NI!

Hari-hari Aku

dah lama tak singgah di ruang blogger.com ni,
aku tak ada masa nak online,
duit pun tak ada nak pergi cc,
dah jatuh miskin aku sekarang ni.
ni pun aku ambik kesempatan online kejab dekat rumah tasha.

dalam pukul 1030 p.m tadi aku bergaduh dengan mak aku.
takada niat untuk berkurang ajar dengan beliau,
tapi aku dah terlampau depress sangat.
aku pertikaikan tindakan dia yang nak sangat bapak aku hilang kerja.
aku bukan gila duit,
jauh sekali penting diri dalam waktu-waktu genting macam ni,

tapi aku nak makan apa kalau bapak aku hilang kerja?
aku nak duduk mana kalau rumah tu tak dibayar?
aku belum try lagi makan pasir,
kalau sedap saing-saing bubur mekdi tak apa, aku rela je.

aku taknak terlebih kurang ajar dengan mak aku,
jadi aku capai kunci motor dan belah cepat-cepat.
pergi tenangkan diri,
baru merempat tidur rumah tasha.

aku agak tertekan dengan apa yang terjadi dekat family aku,
dengan kepergian bapak aku dari rumah tu,
dengan penceraian mereka,
dengan semuanya.
aku rapat dengan bapak aku,
aku rasa aku lah satu-satunya anak yang paling rapat dengan beliau,
*air mata mengalir*
aku rasa sakit bila tengok dia hidup macam sekarang,
tidur entah mana-mana,
makan ke tidak,
mandi ke tidak.
ye tau dia dah besar,
tapi aku tetap khuatirkan beliau.

cukup-cukup lah dengan adik beradik aku yang lain benci beliau,
tak apa, biar aku sorang yang sayang beliau,
apa-apa pun shahriman tetap ayah yang terbaik.

I LOVE YOU DADDY.

p/s: tak boleh terus menaip, air mata mengalir laju selajunya.

Friday, November 5, 2010

Tandas

aku teringat masa kecik-kecik dulu,
aku tengah tengok tv,
sekali abang aku terjerit-jeritkan nama aku dari tandas,
katanya nak mintak tolong,
aku pun dengan hingus meleleh-leleh pergi usha abang aku kat tandas,

"tolong jatuhkan taik yang tergantung ni" katanya sambil tunjuk bontot dia.


aku pun ambik paip lepastu jirus laju-laju ke arah bontot abang aku,
menjerit-jerit geli dia, haha.

masa kecik-kecik dulu aku dah biasa dilatih guna tandas duduk,
so aku jadi gayat bila tengok tandas cangkung.
pertama kali aku guna tandas cangkung,
masa form 1,
itupun terdesak gila, dah tak boleh tahan sampai balik,
perghh menggigil-gigil kaki aku menahan lenguh,
berpeluh segala, padahal kecing je.

-_______-"

Wednesday, November 3, 2010

..

urghh, 3 November sudah pun berlalu,
aku berbalik semula kepada diri aku yang asal,
si loser yang tak dipedulikan,






















nak jadi princess! :'(

Hari Kejadian, Part II

one word to describe today; AWESOME.
and also unexpected.
penuh dengan gelak tawa,
hati yang berbunga-bunga,
ohh gosh, happy sangat hari ni.
aku tak expect kehappy-an sebegini rupa.

pagi tadi aku ke sekolah,
dah lama tak pergi sekolah, tiba-tba harini nak datang,
nak tuntut hadiah punya pasal, haha.
kawan-kawan wish, segalanya berjalan normal,
diorang bagi ros mainan sekeping, cermin besaa dengan bear comel,
veryy cute!
masa rehat aku pergi tandas dengan kawan aku,
balik tu masuk kelas,
lepas tu aku terus meluru pergi meja kawan aku,
nak pow nasik goreng dia,
semua orang tengok aku macam bangang,
tapi aku buat lagi bangang,
aku terus makan nasik goreng tu,
tiba-tiba kawan aku jerit,
"min!! tengok la atas meja kau tu apa?!"
yeah, suprise pertama,
aku dapat kek empatsegi,
yang sangat cantik dan besaa kaler pepel,
aku pun menari riang, kekiri dan kekanan.
untuk itu aku ucpkan terima kasih untuk kawan-kawan tersayang!

lepas tu aku balik awal,
pukul 1030 dah balik,
kononnya bocor, padahal nak pergi berjalan dengan angah pulak.
dah kautim dengan mak aku siap-siap malam tadi,
kot cikgu call, bagi je aku balik,
umi, you're rock bebeh!
balik terus siap-siap,
pergi tengok wayang cerita "You're Again"
memang superb, kelakar habis.
sebelum balik pow angah beg sebijik dengan baju sebutir,
melepas gian nak bershopping aku.
thank you again angah.

balik dari tengok wayang,
pergi ambik kawan-kawan dekat paroi,
lepas tu karok dekat senawang,
bestnya sebab sepanjang hari aku yang drive kereta, :D
lepas tu pergi pulak lake garden,
jalan-jalan, makan-makan,
semuaaaaaaaaaaa orang belanja.
i am SO happy today.

untuk semua tu,
terima kasih BANYAK untuk angah,
kita dah cakap dekat awak kan,
tak semestinya kena ada banyak duit untuk happykan kita,
ILOVEYOU so much sayang.

untuk nad, aiman, najwa, mira dan rakan-rakan kelas yang lain,
terima kasih sebab celebrate aku jugak,
walaupun aku tahu korang dah takde duit,
ILOVEYOU VERY MUCH.

azeen, kau memang terbaik!
sepunk-punk busuk kau pun kau belikan aku secret recipe,
ILOVEYOUTOO punk busuk!

epul, terima kasih sebab sanggup datang all the way from nilai sanun,
nak celebrate aku punya pasal,
dan terima kasih untuk hadiah kau yang sangat extraordinary habis!
kain baju kurung dengan buku hadis?
kau nak aku insaf habis ke?
HAHA, ILOVEYOU friend,


bojan, ajim, apis, thankyou jugak sebab celebrate aku sekali,
IHATEYOU sebab hadiah aku yang berupa makanan,
semua kaorang balun habis!
apa-apa pun terima kasih banyak kawan.

hadiah yang paling berharga,
ayah aku ingat birthday aku,
dan dia belikan aku kek secret recipe yang sangat besaaaaaaaaaaaaa!
ILOVEYOU daddy.

biarkan aku berangan sebentar,
kerana 3NOV habis tidak lama lagi,
thankyou again friends, and lover.

Tuesday, November 2, 2010

Hari Kejadian, part I

esok genap aku berumur 17 tahun,
dah sebelas bulan dua hari aku tunggu,
lamaa tuuuu..
aku ambik berat pasal hari jadi ni,
aku rasa tu hari yang paling menggembirakan dalam hidup,
dan patut diraikan sehappy-happynye,
itu apa yang aku rasa lah.

aku dah pesan ramaiiii orang untuk belikan aku hadiah,
sangat tak malu kan aku ni?
yela, kalau aku tak pesan,
tak ada orang belikan aku hadiah,
pun sekerat dua je yang ingat tarikh aku dilahirkan.
aku bukanlah orang yang terkenal,
yang bangun pagi je, berkoyan-koyan message wish birthday,
keluar rumah kena baling tepung,
lepas tu ada surprise party and whatsoever.
aku cuma tipikal manusia,
tak lebih dari itu.
kalau dapat message wish birthday 6 7 ketul,
dah cukup beruntung,
dengan hadiah dari angah sebijik.
SANGAT BERUNTUNG.
                                                                                                   
last friday was my friend's birthday, aiman,
dia dapat camera canon yang besaaa tu as her birthday present,
how lucky she is.
aku tak pernah dapat hadiah harijadi dari parents aku.
setiap tahun, ayah aku belikan kek lepas tu makan. itu jela setiap tahun.
katanya kek tu lah hadiah dari dia,
it's ok, just ok.
diorang ingat pun dah dikira hadiah.

kenapa entri ni berpart-part?
sebab part II punya adalah entri untuk esok,
aku akan ceritakan apa yang jadi esok,
3 November,
hari aku dilahirkan :')