bersihkan blog yang bersawang tak ingat dunia. dah lama tak update, takda masa. cehh bukan ada orang baca pun -____-''
cerita pertama, kehidupan belajar sangat memeranjatkan jiwa raga. sampai boleh terbaring, pandang siling, mulut ternganga, mata tak kelip lah. gila punya trauma. kawan. setakat ni gua takda kawan sama batch kecuali beruk 2 ekor tu. gua berkawan dengan budak sem 4 dan ke atas. kenapa eh? gua pun taktau.
tapi macam biasa lah, gua kan fobia dengan tempat baru. gua takut tengok orang sekeliling. ibarat gua pakai kostum angry bird dan berjalan di tengah padang di mana semua orang tertumpu pada gua. padahal tak pun, cehh. masih lagi dalam proses nak adapt dengan tempat sekeliling. mudah-mudahan di permudahkanNya.
balik pada topik asal, kawan. why do i have way more male friends than female friends?
ramai orang meletakkan persepsi buruk terhadap gua, sebab gua lepak dengan lelaki, mana-mana dengan lelaki, itu ini dengan lelaki, blablabla pun lelaki. to be straight, berkawan dengan lelaki ini mudah. sejuta kali lebih mudah dari berkawan dengan perempuan.
they're straight up. tak suka cakap tak suka, benci cakap benci, IN FRONT OF MY CUTE FACE (hiwhiw) biarpun ayat pedas menyucuk ke dalam jantung. i'd rather have friends that can tell you they're upset with you about someting to your face, then to have girl friends that talk about you behind your back and scheme up these crazy plans to hurt you.
they're much more entertaining. and their jokes, way too harsh. the funniest part of this is a lot of the time, certain gals whom be friends with guys will be very upset if they are actually treated like the guys treat each other. i used to be one of these girls. tapi kalau dah hari2 kena tepek dengan gurau kasar, jadi lali dah. then, i turn into person with gross jokes. which is, one of the reason why girls seems don't like to be friends with me, haha.
gosip. heh, walaupun gua bernaluri lebih kepada lelaki, tapi gua masih sukakan gosip, muahaha. fact, gossiping with the guys are moreee fun. gosip mereka lebih tajam ayatnya, di mana kalau kaorang tau apa yang diaorang cakap, kaorang rasa macam taknak hidup lagi, haha. which i learn my lesson from there- to be nice with guys so that they wont talk bout me behind their back, hiwhiw.
bezanya 'bercakap belakang' antara lelaki dengan perempuan, lelaki tak bercakap belakang kalau kita baik dengan diaorang. perempuan? huh, baik ke tak, sama je, acenggitu la caranya.
i like to talk about girls. sebab gua berkawan dengan lelaki, kalau gua cerita pasal lelaki kan dah lain pulak. so far, kawan2 gua semuanya lelaki sejati. berceritala kami tentang gadis itu, gadis ini, paras rupa mereka, perangai mereka. tapi Alhamdulillah, naluri berpasangan gua masih terhadap lelaki. haaa kan kalau dah cakap pasal tino je tiap2 hari, tak jadi lesbian? acano tu?
tapi itulah, orang kata kalau berkawan dengan lelaki, hati-hati. takut mereka berniat jahat. tapi setakat ini, Alhamdulillah kawan-kawan gua semuanya baik belaka. they're like my brothers and got my back. kalau setakat berperangai ala beruk tu takpalah, tutup sebelah mata jela.
gua ni memilih juga kawan. bukan memilih yang memilih tuu. tapi dah kalau makhluk tersebut kaki judi, kaki tonggak, kaki bong dan banyak lagi kaki, jadahnya kita berkawan dengan mereka ye idak?
but. haaa ada but tau. but deep inside, i missed out on a lot by not dealing with the, yes, catty and bitchy gals, but also general female friendships. most of my friends now are guys and while they're wonderful people, sometimes i wish i had more girl friends to be with. teringin nak cerita pasal rambut, kuku, fashion, etc untuk berjam lamanya (andainya gua dapat bertahan, muahaha)
so, pelajar perempuan semester 1 di tutttt.. (ceh ingat gua nak bagitau tempat belajar gua ke? tuihh) be nice with me. yela, tak kenal maka tak cinta. gua ni baik orangnya, comel apetah lagi. moh moh kawan dengan gua ye perempuan sekalian, hewhew~
p/s: habistu kenapa dengan gambar gua selit dalam setiap entri? cool isnt it?
selalu gua dengar- 'waktu ketawa ramai kawan, waktu senang kita sendirian' . dengarnya biasa, tapi bila kita hayati dan alami sendiri, baru tahu sakitnya rasa tu.
kawan datang dan pergi dalam hidup gua. harini gua berkepit dengan A, esok tukar dengan B. kadang tu takda langsung, tapi Angah sentiasa dengan gua. susah senang, ketawa menangis. tak pernah cakap 'tidak' bila gua perlukan pertolongan dia. and he is the real bestfriend of mine, always be, since we're not together yet 6 years ago.
indahnya hidup kalau ada kawan sejati. tapi jujurnya, takda seorang pun yang bergelar itu. for me, its just a word that isn't exist. tell me if you have one, seriously. yang tak pernah tinggalkan anda seorang diri diwaktu susah, tak pernah bercakap belakang walaupun sekali or simply, the greatest friend in the world.
terima kasih untuk mereka yang masih berkawan dengan gua, sampai sekarang. counting days till you guys walk away like others. but if you don't, you're my real friends.
bila perempuan cuba untuk jadi seorang lelaki, sekaligus mencuba untuk merubah fizikalnya, pakai bengkung kasi flat itu nasi lemak, merubah mentalnya, "aku laki..aku laki..' -cakap tiap hari (mungkin..gua bantai je)- itu semua tak berbaloi kalau tetap saja sebulan sekali anda semua kaum tomboi ye, keluar darah haid. ehem.
DIARI
bila perempuan tuilis diari, penuh perasaan, penuh emosi gitu..kalau sedih letak smiley sedih, kalau mood happy siap lukis flower as background..konon hati berbunga laa.pui.
XBOX
bila perempuan main xbox..
GIRL FIGHT
bila perempuan gaduh, terutamanya dengan kawan baik sendiri, mereka akan berperang dingin dalam diam. mereka sesama sendiri akan menyebarkan cerita busuk fitnah umpatan segala macam dajal dikalangan teman mereka. rahsia masa berkawan baik dulu semua disebarkan. baru hati puas ye idak?
lagi best, kasi malu dekat FB, Twitter, Blog dan segala macam social networking. bila dah sampai kemuncak, kasi jumpa..apa lagi, main tarik rambut laa! fight, fight, fight!
SHOPPING
bila perempuan shopping, mesti lama ya amat..bila dah pilih yang pink, nampak pulak yang biru. tiba-tiba entah dari mana muncul pulak yang hitam. sudahnya, pening taktau mana nak pilih. boyfriend/suami kat luar dah boring+lenguh kaki tunggu. yang lagi sakit, bf/suami tunggu kat luar dah sejam, tengok gf/bini keluar tangan kosong. alasan: "takda yang berkenan la youuu.." (sambil buat muka comel)
JEALOUS
bila perempuan jealous..
SHOPPING II
bila perempuan shopping, mesti nak yang branded punya. kasi kikis bf/suami sampai diaorang kena pergi Yun Nam Haircare. kalau boleh, nak shopping handbag, mesti nak yang brand tag terpampang besar depan handbag kasi senang orang tengok. PAP..'Versace" takyah susah orang nak tanya.
BOLA
bila perempuan tengok bola, lagi kecoh dari lelaki. macam mak gua.. "alaaa eh eh..haaa pas sana, ishh ambik laa bola tu.haa haaa ambik ambik! aduhhh terlepas pulak..haa bagi sana pulak! laju lagi, laju lagi!! yes yess nak gol, cepattt! aahhhhhh..bodoh tak reti main bola, balik rumah torreh getah lahh!"
BERSIAP
bila perempuan bersiap nak keluar, it takes time like forever. nak pilih baju colour apa, nak kena match dengan tudung apa, hairstyle nak buat macam mana, beg nak pakai yang mana, kasut mesti nak match dengan beg. aisheydo lagi, nak buat smokey eyes lah, creamy eyes lah hape lah. alih-alih, gi pasar malam je..
special note: jangan tertipu dengan mekap
FRUST
bila perempuan sedih, haaa satu dunia nak bagitahu. post dekat wall fb, blog, twitter dan segala macam networking (macam pernah dengar je ayat ni? hm) kucing dia mati lah, bf dia curang lah, baju favourite koyaklah..macam sedih sangat pulak, padahal saja nak tengok berapa banyak feedback. kot ramai..dalam hati kata "hot jugak aku ni.." demyugel.
* * * *
tapi, itulah..perempuan ni hebat sebenarnya. ambik contoh mak gua. dialah yang buat breakfast, cuci baju, sidai baju, lipat baju, masak, kemas rumah, tengok pelajaran anak-anak, membebel sana sini, memekik telolong sana sini. dan yang paling penting, melahirkan dan menjaga kita semua-gua dan readers semua. haaaa semua tu ingat tak penat ke?
YOU GO GIRLS! FAP PAP PAP~ (tetiba)
p/s: lagu yang dibenci kalau gua karoke. sampai hati korang :(
dah lama nak update pasal mesir ni, tapi asyik busy je, busy dengan pelaburan. lepak minum sampai 4 pagi, borak benda yang sama je. entah apa yang life sangat.
macam biasa jugak entri yang berbaur politik, Islamik kurang dapat sambutan dari readers. apa readers nak? porn joke, fashion, gosip pasal boipren kaorang. gua peduli apa, gua berblogging bukan untuk tambahkan jumlah follower ataupun duit nuffnang tapi naluri suka berkongsi yang bagi semangat pada jari jemari ni untuk terus menaip berkongsi ilmu dengan readers. so, terima kasih banyak untuk siapa yang dah click pada entri ni. teruskan membaca..
back to the main point, kita dari beberapa bulan lepas dihebohkan dengan masalah pergolakan di Mesir. banyak rusuhan, bom meletup sana sini, pelajar kita kena rogol dan macam-macam lagi. maka Najib didesak membawa pulang pelajar-pelajar kita yang dekat sana, dikhuatiri keselamatan terancam.
dilaporkan, pelajar kita kat sana daerah Mansoura hidup dalam ketakutan. orang tepi jalan dibunuh, rumah kena rompak dan lebih teruk lagi, 6000 banduan penjara berkeliaran di jalanan. Kapal Bunga Mas 5 dan 3 kapal terbang C-130 TUDM telah pun dihantar dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia yang berada disana dan Alhamdulillah semua selamat sampai di Malaysia. sekarang, dah balik sana balik pun.
APA PUNCA RUSUHAN?
pada entri lepas-lepas, gua ada cerita pasal Gaddafi, tapi itu masa dia dah tewas di tangan rakyatnya sendiri. sekarang rusuhan di Mesir pulak. dan sekarang, orang cakap musim kebangkitan negara-negara Arab terhadap pemerintah mereka. tahun ni juga, Gaddafi Presiden Libya mati dibunuh rakyat sendiri, Presiden Tunisia, Ben Ali didesak rakyat untuk meletakkan jawatan, dan kini rejim Hosni Mubarak pemerintah Mesir berjaya ditumpaskan rakyat mereka.
apa yang berlaku di Mesir adalah akibat daripada rasa ketidakpuasan hati rakyatnya terhadap pemimpin Hosni Mubarak sendiri yang disifatkan pemimpin korup. Mesir takda kemajuan yang pesat, rakyat ditindas, kritik sikit kena penjara. dan yang paling menyakitkan hati, Hosni Mubarak menghalang talian hayat atau bantuan kepada penduduk Palestin dimana pintu sempadan ditutup dan bekalan makanan disekat.
Mubarak sedap makan duit poket kerajaan Amerika bagi, sedangkan saudara kita di Palestin mati kelaparan tanpa sebarang bantuan. Nauzubillah, benarlah kata orang, semua benda boleh dibeli termasuk harga diri.
gambar diatas menunjukkan rejim Mobarak menyerang rakyat Mesir yang memberontak dengan menyemburkan gas pemedih mata. bila Mobarak sedap makan duit haram, rakyat apa dia kisah? Entah apa yang ada di pikiran Pak Mubarak yang tega menutup mata atas teriakan warganya dan nyawa yang telah hilang kerana kekukuhannya memeluk takhtanya. tak bawak masuk kubur pun la woi.
Mesir berada di tahap kemiskinan yang ditetapkan PBB iaitu AS$2 sehari atau RM6.10. kemiskinan, pengangguran, dan kenaikan harga makanan mengancam rejim Mubarak. ketegangan antara penduduk Islam dan Kristian memburukkan lagi keadaan.
dan sekarang, Hosni Mubarak telah pun meletakkan jawatan. namun, masalah tidak berakhir disitu. selepas perletakan jawatan Mubarak, berlaku kekosongan pemerintahan dan diambil alih oleh tentera yang merupakan rejim Mubarak sendiri. macam Chin Peng ambik alih Tanah Melayu lepas Jepun undur dulu tu.
mulanya, rakyat setuju tapi mereka seolah-olah nak monopoli terus kerajaan Mesir yang membawa kepada pemerintahan tentera seperti yang berlaku di Turki beberapa lama dulu. bermakna, kalau ada election sekalipun, perdana menteri yang dipilih hanya ada berapa percent kuasa je.
jadi, rakyat Mesir sekali lagi berkumpul dan berkhemah untuk menunjukkan protes. mereka berjuang mati-matian untuk mendapatkan semula keamanan dan pemerintahan telus dalam kerajaan Mesir. yang lebih gua tersentuh hati, mereka semua yang berjuang ni, siap tulis nama dan nombor telefon orang terdekat yang boleh dihubungi pada lengan diaorang, in case diaorang meninggal masa bertempur dengan pihak tentera mayat diaorang takla dibiarkan macam tu je.
diaroang dah redha, diaorang tahu kemungkinan diaorang akan meninggal sangat tinggi, makanya persiapan awal dibuat. tak takut mati punya orang. indah dan amannya dunia kalau seluruh umat Islam mempunyai semangat juang sebegitu. Allahuakbar!
Netanyahu pulak macam biasa sebarkan cerita karut marut dia, kononnya pergolakan di Mesir ni akan menjejaskan kestabilan serantau. pak hang la..sedangkan dia tengah takut sebab negara-negara Arab sekarang tengah menggeledak di mana pemimpin-pemimpin korup yang ikut cakap Netanyahu ni mula dijatuhkan sorang demi sorang.
dan bila negara-negara Arab yang keliling Israel dah mula berpaling tadah, dia tinggal sorang-sorang seciput je dengan orang yang tak suka dengan dia. nak geng ngan Amerika bolehh, tapi jauh. bila tinggal berjiran dengan orang yang tak suka dia, dia pulak buat kepala dia, kacau orang sana sini, orang Arab dah mengamuk tau la dia.
konklusi di sini, kita sebagai umat Islam sama-samalah kita berdoa agar saudara kita yang ditindas di Mesir, Palestin atau dimana saja akan dapat pertolongan dari Allah yakni seluruh umat Islam bersatu menentang kuasa jahat yang sentiasa nak menjatuhkan kita. ALLAHUAKBAR!
jom layan Maher Zain..dengar lagu ni buat gua membara-bara nak update entri ni.
harini gua post 4 entri. boring sangat dan nak berkongsi gelak tawa dengan readers. tengah blogwalking, terjumpa entri best pasal karangan pelajar mungkin dari Sarawak kot.
karangan budak-budak ni memang sengal ubi, bikin perut geli-geli lantas ketawa terbahak-bahak (ayat macam harem) diaorang ni ada idea, kreatif lagi tu, tapi tu lah, otak budak-budak kalau dah kreatif tu kreatif sangat. gua tak kata diaorang bodoh, kerana jutawan/inventor/ilmuwan dunia pun kebanyakannya ada masalah otak lembab, tak reti baca dll. ambik contoh, Bill Gates. sekarang kaya ya amat, 7 keturunan melantak pun belum tentu habis. so, tekankan disini: nothing is impossible.
persoalan 1: plot kebanyakan di sini cerita pasal dia bukak pintu, dia takut, dia tutup pintu- berulang kali
persoalan 2: kenapa mak dia gembira tiba-tiba?
konklusi: cerita yang memerlukan imaginasi tinggi, bagus budak ni. fuu~
dah 3 kali kena redo stilll buat kesalahan sama, jiwa kental la budak empunya karangan kat bawah ni- asyik kena marah dengan cikgu je.
persoalan 1: ayat dia cool gila. gua pun tak berani buat masa SPM dulu- "saya pun terfikir. ya kan saya ada bawak lastik. buduh kenapa saya boleh telupa?" perghh hati kering betul budak ni -,-
persoalan 1: dengan penuh yakin dia describekan benda yang menarik kaki dia dalam air sebagai puting beliung
persoalan 2: macam gembira pulak sebab dia terminum banyak air masa berenang-renang sampai kenyang~
persoalan 3: tajuk utama karangan- Terima Kasih Datuk- tapi ending dah menyimpang habis jadi "saya benci datuk saya" . memang sengal punya budak.
persoalan 1: ayat pasar habis, gua pun tak faham. pakai dialek Sabah Sarawak mungkin.
persoalan 1: cerita yang menarik habis. gua pun tertunggu-tunggu ending dia.
persoalan 2: dia nampak seketul ular, diia gustan pelan-pelan. ada unsur saspen disitu.
persoalan 3: dia salahkan mak dia sebab bagi makan telur untuk breakfast? kejam gila.
konklusi: cerita dia ada improvement dari karangan yang pertama. bertambah best.
macam biasa, entri macam ni akan dapat hits yang gua pun pelik juga. kenapa orang kita tertarik kepada perkataan 'boobs', 'masturbate', 'sex', 'shemale' dll. dirty minds.
gua sukakan fakta. tapi fakta-fakta yang ada di blog ni takdapat dekat buku, belajar di sekolah ataupun dalam TV. fakta yang ada di blog ni tak penting untuk diambil tahu tapi menarik bila dapat tahu.