Friday, October 28, 2011

KEMATIAN MUAMMAF GADDAFI- KEMENANGAN ATAU BALA KEPADA LIBYA?



selain dari bergosip dan stalking, gua juga tergolong dalam golongan thinker tak bertauliah. sekadar membuat rujukan dan berkongsi dengan pembaca.


perkara yang mencuri perhatian gua sejak kebelakangan ni adalah isu kapitalis barat, mind-control, iluminati (yang tak berkesudahan) dan menariknya sejarah Marilyn Monroe. segalanya mengubah minda kalau baca Mistisfiles.


isu kematian pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sememangnya mengejutkan dunia. dan ianya sedikit sebanyak dan mungkin sangat banyak berkaitan dengan tipu dakyah barat celaka.


mungkin agak lambat kalau gua nak menimbulkan isu Gaddafi di saat orang2 sudah mula bosan dengan cerita kematiannya. tapi buka minda, jangan ambik remeh benda yang mungkin melibatkan masa depan negara Islam.


20 OKTOBER 2011, KHAMIS - Selepas Saddam Hussein, seorang lagi pemimpin negara Islam yang juga pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.



Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte.


“Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. - AFP


Satu laporan berita dari Al Jazeera juga menyebut beliau telah terbunuh. Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte. Jurucakap NTC,


Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran.


Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia. Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans.


Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan. Agensi berita Reuters turut mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh, sebentar tadi. - AAKJ


Selepas Muammar Gaddafi disahkan terbunuh, tentera pemberontak mendedahkan anak pemimpin itu Mo’tassim turut diberkas dalam pertempuran di Sirte.


-REUTERS


berita yang menggembirakan kapir laknat Amerika Yahudi dan segala sekutunya. kenapa? baca lagi..


gua tak suruh pembaca percaya 100% apa yang gua kongsikan ni, sumbernya juga belum tentu sah. tapi itulah gunanya Allah kurniakan akal, untuk berfikir.


masa dengar berita Muammar Gaddafi dibunuh dengan kejam (well, gua baca paper sejurus lepas bangun tidur tau, nenek gua langgan Metro~) persoalan pertama, kenapa rakyat Libya TERLALU bencikan kononnya diktaktor Libya ni. kejam sangat ke pemerintahan 42 tahun beliau?


sejujurnya, secara peribadi gua tak sokong tindakan 'rakyat Libya' yang bertindak macam binatang. mungkin lebih ramai yang menari gembira dengan kematian Perdana Menteri Libya ini, tapi yang menangisi dan menentang cuma sejumlah kecil.


gua tak pernah menyokong dan menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. kezaliman tetap kezaliman tak kira dari mana datangnya. yang dizalimi tetap tersiksa.


KENAPA MUAMMAR GADDAFI DIBENCI/DITENTANG?


  • Muammar Gaddafi dikaitkan dengan sikap cold blooded, membunuh sesiapa yang menentangnya termasuk para ulamak.
  • beribu-ribu rakyatnya dibunuh untuk mempertahankan kedudukannya
  • bagi tassawuf , Gaddafi menonjolkan zuhud kepada rakyat dengan tinggal di dalam khemah tetapi dia memiliki pistol disalut emas. ini bukti zuhud pembohong,

di atas adalah antara sebab Gaddafi ditentang, tak banyak sebab kebanyakan sumber yang gua baca tak begitu boleh dipercayai dan banyaknya dibuat-buat. wallahualam.


disebalik sikap pelik Gaddafi yang sukakan bodyguard perempuan masih dara dan tidur dalam khemah, gua tabik dengan dia setinggi-tinggi tabik di atas sebab perlakuan beraninya bersikap kurang ajar dalam mesyuarat PBB satu masa dulu.


PEMBUNUHAN GADDAFI: AKAN SELESAIKAH MASALAH DI LIBYA?


Presiden Muammar Gaddafi, satu nama yang amat digeruni dan ditakuti zionis barat terutama Yahudi Laknatullah. keberaniannya apabila menentang barat amat dikenali dunia.


tindakan beliau yang lantang membahasakan pemimpin-pemimpin dunia ketika mesyuarat PBB agak menggemparkan dunia. sebenarnya, selama 4 dekad lebih beliau memerintah, beliau tak pernah menerima satu pun jemputan dari PBB untuk menghadiri mesyurat persatuan dunia tersebut.


beliau amat menentang PBB kerana menyifatkan PBB sebagai berat sebelah dan tidak adil kerana semuanya tertakluk hanya kepada kuasa veto yang mula diamalkan lepas perang dunia ke-2, dianggotai Rusia, China, Perancis dan Amerika. semuanya yang dicadang jadi macam nasi  basi dibuang-buang kalau kuasa veto tak setuju.


pencerobohan Iraq jugak digunakan atas nama PBB, konon nak menjaga keselamatan dunia. butoh pak hang la Bush. manusia laknat. no wonder Gaddafi begitu anti dengan PBB dan entah kenapa semasa pemerintahannya pada tahun ke 40, beliau menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


dalam mesyuarat tersebut, beliau mengkritik kuasa2 besar dunia yang gagal menegakkan keadilan. malah beliau juga mengoyakkan buku utama PBB lalu membaling ke arah belakang iaitu kepada pemimpin2 kuasa besar dunia.





keadaan ini mencetuskan ketidakpuasan hati pelbagai pihak tapi ada jugak yang sokong tindakan mengejut beliau kerana berani bangun untuk negara Islam.


Pembunuhan Pemimpin Islam yang Bakal Memberi Kesan Masa Panjang kepada Dunia


mungkin ramai yang dah tahu apa yang akan gua paparkan ni, tapi takpa untuk yang tak tahu, renung-renungkan.

ramai yang tak menyokong pembunuhan Gaddafi kerana bagi mereka beliau banyak berjasa kepada penduduk Libya. malah Malaysia sendiri tak bagi kemewahan sebegitu rupa pada rakyatnya.


1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!


2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.


16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.
 
mewahnya, nauzubillah penduduk di Libya, kebenarannya mereka saja yang tahu. tapi kalau betul, sebegini besar nikmat yang diberi Gaddafi kepada rakyatnya, pembunuhan kejam beliau memang tak patut berlaku.
 
 
di atas sebab2 itulah Libya dikenali sebagai pusat pengajian utama di kalangan negara Arab ; pendidikan yang percuma. dan di atas sebab tu jugak rakyat Libya dapat menikmati kemewahan hidup, sebab bini pemimpinnya tak beli cincin Marc Jacob. duit rakyat diberi semula pada rakyat.
 
 
sebenarnya apa yang dibawa oleh Gaddafi adalah ciri2 sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh2 Islam. Gaddafi boleh buat Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya.
 
 
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.



Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!


JASA GADDAFI KEPADA LIBYA DAN NEGARA AFRIKA

seperti yang kita tahu, rakyat Libya merelakan pemerintahan Gaddafi selama berdekad2 kerana rampasan kuasa yang dilakukannya pada tahun 1969. tapi sedikit sebanyak, benda buruk yang berlaku itu bertukar menjadi satu benda yang boleh dibanggakan mereka.


jelasnya, Gaddafi telah banyak berjasa pada negara serantaunya. antaranya:


Pertama:


Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun.


Kedua:

Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini.


Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika.


Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato.


Ketiga:

Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa.


Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan.


perkara di atas ini tidak didedahkan dalam NBC, CNN, BBC, NEW YORK TIMES DLL. takda arus perdana yang berani menyentuh perkara ni. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul?
                                                                . . . . . . . . . . . . . . . . .

sebelum sampai ke konklusi, gua nak ajak ramai2 fikir, cer try cari gambar, cari klip dekat youtube atau mana2 tempat, sila selidiki mana2 media di dunia- adakah korang nampak beribu-ribu anak muda Libya menentang berkumpul ramai2 menentang Gaddafi seperti di Dataran Tahrir? ada pernah ternampak puluhan ribu rakyat Libya menentang Gaddafi seperi perhimpunan Bersih 2.0  7 Julai lalu? jawapannya: tidak. takpayah buang masa pi cari benda tak wujud.


berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, imej ribuan penduduk Libya ni tak wujud. sebab bukan warga Libya yang menentang Gaddafi. yang datsng menyerang adalah Soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus menyerang Libya. wallahualam.


KONKLUSI: PENDAPAT PERIBADI


realitinya, manusia terlalu mudah menjadi mangsa tipu daya dakyah barat tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang bersekongkol dengan mereka (barat). seperti yang kita ketahui, negara Barat  hanya menggunakan alasan demokrasi untuk memunggah hasil sesebuah negara. contoh, Iraq. lepas zaman Saddam Hussain, yang kita saksikan tujuan mereka hanyalah untuk mendapatkan minyak. dan kita lihat juga, Iraq tidak lagi makmur kerana dibayangi pemerintah yang hanya boneka barat.


lepas Saddam Hussain, Gaddafi pulak. lepas ni siapa pemimpin Arab yang jadi target kapitalis barat??


amerika mengambil kesempatan diatas revolusi arab dengan memainkan lebih banyak proganda macam biasa untuk menjatuhkan musuhnya, Muammar el-Qaddafi amat dibenci barat bukan kerana kelantangan dia bersuara tetapi kerana dasarnya yang kuat dan kebencian dia terhadap barat dan ekonomi kapatilisme


rasanya kerajaan baru Libya akan jadi sama macam Iraq. dulu, pemerintahan Saddam Hussain menggelapkan masa depan negara Iraq. nahh sekarang, Saddam dah kiok, makin teruk je pemerintahan dorang. satgi rakyat Libya dah tau seksanya bayar itu ini baru dorang akan faham permainan politik kotor Amerika Laknatullah! padan muka hang!


personally, cara kematian Gaddafi dan anaknya Mo'tassim sangat tak adil dan tak berperikemanusiaan. search je kat youtube, korang akan nampak macam2 video menyanyat hati. dah mati pun dorang seksa jenazah Gaddafi. biar setan mana pun dia, dia tetap orang Islam. tetap wajib untuk kita orang Islam menghormati jenazah si mati.


bukan dengan mempamerkan jenazahnya untuk tontonan umum. bukan dengan menarik2 kepala jenzah dan ketawa terbahak2 tanda gembira dan bukan dengan membiarkan mayatnya reput baru terhegeh2 nak tanam. kalau Gaddafi itu kata mereka jahat, diktaktor, tak berperikemanusiaan, apa bezanya mereka dengan Gaddafi?


konklusi akhir, semua paparan, kisah yang gua coret ni untuk renungan bersama. siapa lagi nak tegakkan Islam kalau bukan orang Islam sendiri. kesahihannya tak dapat disahkan lagi, tapi untuk kebaikan bersama, fikir-fikirkanlah. wallahualam bissawab.





 

Thursday, October 27, 2011

WHAT A DAY~

2 hari yang penat berturut-turut. kelmarin walimatul urus pakteh gua, gua sempat rasa jadi orang penting ke sana ke mari, konon bagus.

gambar:

mak uda belakang tu comel


harini pergi melepak di Shah Alam. gambar tak ada.


hari esok pergi balik Seremban. gambar belum tangkap.


bosannya entri ni. takda semangat dah nak teruskan menaip. dah la, bai.





Thursday, October 13, 2011

MY DREAM BIKES (angah, nak ni!)



DUCATI MONSTER 696
i want this so badly, walaupun 20 tahun akan datang motor ni dah tak zaman, gua akan tetap beli, walaupun masa tu motor ni dianggap saing2 honda c70 je. seksi kan motor ni? fuuuu~




DUCATI DIAVEL
warna merah hati seksi gila, hati dukdakdukdak nengoknye~





DUCATI STREETFIGHTER



CBR 1000
motor yang hanya boleh diimpikan. kalau beli pun takkan larat nak bawak -,-'