Assalamualaikum peeps. lama gila aku menyepi, 4 bulan jugak lah rasanya. mood mengarang tak sampai langsung, dipanggil pun tak menyahut. dalam masa 4 bulan tu, my life has change drastically. yes, drastically.
people get matured through experience. but only if they learn some lessons throughout the experience. banyak yang aku lalui dan banyak yang aku belajar dalam masa 4 bulan tu. belajar menangkis tohmahan, belajar menerima ditujah orang, belajar hidup apa adanya dan yang penting belajar untuk hargai setiap apa yang kita ada.
* * *
dari zaman hingusan aku, aku selalu berangan kalau2 ada mesin doraemon yang boleh bawa kita ke zaman akan datang untuk bawa aku tengok siapa jodoh aku, siapa suami aku. tersangatlah teringin. ternyata aku tak perlu tunggu lama untuk tahu, cumalah 18 setengah tahun.
"kita kahwin. nanti aku cakap sama ayah aku suruh jumpa bapak kau"
semudah itu. perbincangan kecil2, dan kami pun bernikah. hanya antara kami 2 keluarga. biasalah, yang katak tekak besar memekak2 itu mesti ada, membising bercerita2.
"eh tiba2 je, mesti ada apa2"
"kenapa tak diajak nikahnya, tak tahu pun"
"maruku ni tak sedap lah"
mulut orang, kalau ditumbuk sekalipun, sesudah elok bercakap semula. bikin pekak aja lah, sampai dah betul2 pekak. suami aku bukan datang dari keluarga kaya raya, yang ayahnya punya jawatan tertinggi dalam syarikat swasta ternama, yang punya kereta mahal berderetan, yang boleh bagi apa saja mahu anaknya.
suami aku kerja sendiri, ada naik turunnya. datang rezeki dari Allah, kami terima seluas dada. belum datang, kami mohon dan terus mohon dariNya. tapi tertimbulnya niat nak mendirikan masjid, elok dipercepatkan. aku tahu, keluarga pasti ada yang membangkang. membangkang dengan alasan aku masih belajar, aku masih muda dan sbgnya.
"gatal sangat nak kahwin, sampai 3 dilangkahnya"
"yang si lakinya, tak boleh tunggu abang lepas dulu ke"
zaman Rasulullah dulu, kalau ada pasangan yang mahu bernikah tapi mak ayah tak mahu menikahkan, maka Saidina Ali R.A sendiri yang akan menjadi wali mereka. kenapa nak dihalang orang nak mendirikan masjid? sebab tak stabil lagi? rezeki itu datangnya dari Allah, mohonlah insyaAllah diperkenankannya. kalau kerja 10 tahun pun, Allah belum nak bagi rezeki lagi, sama jugak.
balik raya lagi payah. siap ada yang berpesan "hold dulu tentang anak. focus on your study". i take no offense at all, well i am the youngest family members ever who get married this young. must they get worried that i'm not handling the marriage and study well. mereka cuma risau. risau itu sayang, bukan?
tapi anak itu anugerah Allah, titipan dan amanat dariNya. orang kata, anak ni penambah rezeki. mana tahu keluar anak pertama, terkeluar sekali duit RM50K selepuk jatuh dari langit. i have a family, my OWN family. i have a husband and i trust him on guiding me. nasihat sangatlah diperlukan since kami kahwin muda, tapi kami juga berhak decide mana yang terbaik untuk kami.
* * *
past is past. cakap banyak pun, dah bernikah dah. sempat lah berpuasa sama. seksa lah jugak kikiki. patutlah orang kata better nikah lepas puasa, takda lah terseksa, haha. beraya pun dah merasa beraya bersama. nak dipendekkan cerita, tanggal 1/9/12 berlangsungnya majlis persandingan kami laki bini bersama abang ipar dan bininya. 4 pengantin gituuu. agak leceh nak bersanding segala, itu ini nak prepare.
malam sebelum majlis, i bought henna and asked my sister to paste them on my fingers. punyalahhh hitam mak lijah hoii, tekejut mak dibuatnye. puas pulak aku tonyoh jari aku pakai air garam, nak kurangkan sikit kehitaman dia. padahal baru pakai berapa minit je. yang lukis2 tu kakak aku lukiskan, ikut sedap tekak dia je nak lukis camana, asal nampak serabut, jalannn~
the arrival of the bridesmaids was plan to be at 1215 PM, tapi tahulah aku ni susah nak bangun pagi. laki aku lagi laa tak boleh harap. aku bersiap dekat rumah mak aku, warisan puteri. pukul 830 aku baru bangun, kak andam aku pun dah sampai baru aku terhegeh2 nak mandi, hihi. make up session started about 9AM, and i wasted 15 minutes on wearing contact lens. first time pakai la bro, terpekik terlolong macam nak terberanak. entah apa yang cuak sangat pakai contact lens ni, rasa macam dia nak korek bijik mata!
|
dah la bangun lambat, sempat makan2 tangkap gambar pulak tu, hampeh je :3 |
|
my kak andam. |
12PM, still not ready yet, orang kat sana semua dah call2. tudung pun belum pakai. Mom, my kak andam still touch up sana sini. well seems like she's kind of perfectionist :3 kelam kabut aku dibuatnya, pengantin yang lagi satu sampai sudah dekat tempat sana. kelam kabut pun kalau tak cantik buat apa, aku pun rilek jela. kuikui. baru la rasa penting bila orang menunggu (jahat2 hihi)
1230PM baru aku sampai Cengal, semua orang dah menunggu.
see? pengantin hijau pun naik hangen dengan aku sebab lambat sangat, haha. watlek sudaa kikiki. orang kata nervous kalau nak berarak ni, tapi aku takda feeling sangatlah. mungkin sebab sebok control ayu kot. hihi. tapi yang seronoknya rasa macam artis orang tangkap gambar sana sini.
masa makan beradap, macam biasalah bersuapan, manja2 gitu. lepas dah tangkap gambar, mampoh aku balun semua mende depan mata. perut lapo yob, haus pulak tu.
|
laki bini kepala sengal. |
diorang berdua dekat atas ni, tunggu masa je nanti aku kahwinkan diorang! hoho. cepat2 la kahwin, untung2 dapat anak sama2 boleh diorang pulak mewarisi friendship kita. lepastu kahwinkan diorang macam dalam cerita Anakku Sazali kihkih.
|
ibu mertuaku sama bapa mertuaku ohhh~ |
inilah pengantin 4 yang membawa paling banyak kontroversi era ini. kalau masuk melodi wedding ni, mesti rating naik--sebab aku. hihi.
yang ni my small family members, the rest tak dapat datang. but prayers from y'all sudah cukup memadai :)
well my granny pose like a boss ;3
and these was my pengapit, Miya dan Ameer yg kuat mencuri tulang. peluh di muka aku dah boleh tadah, diorang takda la nak lapkan. nasib baik y'all kahwin aku da tak boleh nak apitkan. kalau tak, aku balas balik ketidakhampehan korang semasa mengapit kami laki bini!
and these was my friends yang datang. thanks a LOT guys. because those i expect to come didnt show up, but you guys did came. terharu paru2 mak~ love y'all :)
lepas majlis selesai, we all pergi photoshoot dekat mana tah i'm not sure but the place damn nice!
|
Angah posing raja berkuasa, Ameer posing hulubalang setia. hampeh -,- |
|
mak andam to be |
|
muka tak keruan |
|
ahaaa apa kenaaa laaaa aku ni |
|
muka bahagia |
|
the crew hihi |
and the rest of the pics:
|
naqib and his gf. sejukk hati nengoknye,kahwin cepat2 ye. tak elok usung anak dara orang ke sana sini, hikhok |
|
aku sayang budak ni. dont mess up with her or you gonna deal with me first! |
itu saja yang dapat aku ceritakan, yang dapat aku paparkan. laki aku pun dah balik rumah, sebagai isteri yang baik haruslah melayan suaminya yang baru pulang. so, ayat aku lepas ni kalau jumpa kawan2, "AKU DAH LEPAS, KAORANG BILA LAGI?!"
edited by syifa' alshah. ngeh ngeh