Sunday, September 12, 2010

Jalan-Jalan




semalam aku pergi jalan-jalan dengan kakak aku, adik, sedara dan makcik aku,
tapi kitorang berpecah sebab aku lepak dengan angah, my BFf,
yang lain pergi BB, aku pergi tengok wayang dengan angah dekat TS je.

da sampai tempat wayang tu kitorang pun beratur lah,
panjang jugak kena beratur,
kitorang pun berborak lah sampai turn kitorang tiba,
kitorang pergi kaunter perempuan india jaga..


aku: cerita apa paling terdekat?
dia: tak ada, resident evil 320, piranha full, yang lain semua full.
aku: tengok king of fighters tu (sambil tunjuk skrin)
dia: sit depan sahaja yang ada. nak?
aku: eh, taknak nanti tengkuk terkehel. err, old cow vs. tender grass?
dia: 420.
aku: haa tengok vampire sucks tu macam ada sit lagi jee.
dia: baris ke 3 2 1, mahu?
aku: taknak lah, depan sangat.
dia: yang ada sekarang 4 madu, 150, sit pun banyak kosong lagi, mahu?
aku: ahh tak suka lah cerita melayu!
dia: step up, 230 masih ada sit. premium tiket RM17.
aku: mak oooiiii 17 hengget? baik aku pergi makan Mcd.
dia: apa kata you pergi tengok skrin dekat depan sana lepas tu datang sini balik?
aku: alahaii, yelah! bak sini Vampire suck tu, bagi sit paling atas yang ada.
dia: sit 12 dan 13, enjoy your movie bitch! (dia cakap dalam hati agaknya)




padan muka india tu (padahal aku yang salah ni)
sudahnya aku tengok Vampire Sucks je laa
bukan cerita tu tak best tapi pasal aku dah tengok dekat rumah,
tapi fun jugak tengok berulang-ulang,
rasa nak baling betik busuk je dekat skrin tu.
kelakar siud cerita tu,
aku suka part ni..


"do you know who we are?"
"you're the black eyed peas?"
HAHA, babi je part ni,
tergelak sampai terkencing!


part atas ni pun macam celaka jugak,
tapi yang lagi celaka pompuan-pompuan belakang aku,
gelak macam kuda!
lepas tu bercakap tak habis-habis,
"ha, dia pergi sana tu, haa, dia dah masuk bilik! haa, dia pakai bra ada lampu! bla3"
aduhhai, skrin tu besar depan mata orang,
kenapa dia kena sebut balik setiap movement pelakon tu..
ada jugak orang macam tu dalam dunia.


lepas dah tengok wayang, kitorang jalan-jalan,
shopping sikit, pergi loyat hantar handphone nak repair,
lepas tu makan dan angah pun balik.
kitorang yang lain pergi Sogo,
makcik aku shopping situ,
aku dah terduduk dekat tangga depan Sogo,
dah letih tahap gaban dah sampai tak boleh jalan,
dalam 830 kitorang pun pulang ke rumah opah tercinta..

alia and me
halaamakk so gojes nyah!

Saturday, September 11, 2010

Michael Jackson


ini entri yang ke 3 untuk hari ini,
sungguh aku tak ada kerja nak buat.
aku peminat Michael Jackson, tapi lepas dia meninggal baru aku minat dia.
rasa menyesal pulak tak minat awal-awal.
so aku search pasal arwah pakcik aku ni,
dan aku jumpa banyak fakta menarik tentang dia.


orang ramai kata dia buat plastik surgery untuk putihkan kulit dia yang melegam,
ada jugak yang kata dia berpenyakit,
tapi mak aku kata ''takkan lah natural, dari hitam terus putih. kalau camtu umi pon nak!''
but the fact is,
arwah MJ menghidap satu penyakit kulit yang sangat jarang terkena pada manusia,
penyakit tu di panggil Alpha-1,
si pesakit kurang antrypsin dan penyakit ini hanya ada 1 daripada 8000 orang dalam dunia ni,
bestnya kalau aku kena,
takpayah nak tepek foundation kejadah semua.


korang pernah tengok tak video MJ yang buat action nak terjatuh tapi tak tu,
konon anti grafiti tuu,


dulu puaslah aku nak buat macam tu,
sampai tergolek dog,
punyalah memuji si MJ ni ada kaki magic,
rupanya dia ada kasut bot anti graviti khusus untuk melawan graviti.



MJ sign surat wasiat dia pada tarikh 7/7/2002

upacara penghormatan terakhir di buat pada 7/7/2009

MJ anak ke 7 dari 9 orang adik beradik

MJ dilahirkan pada tahun 1958, 19+58=77

MJ meninggal pada 25 haribulan, 2+5=7

dua lagu hits MJ iaitu ''Billie Jean'' ngan ''Black & White'' berada pada carta nombor satu dunia untuk 7 minggu

ada 7 abjad pada Michael dan Jackson

wallaweh, kebetulan atau disengajakan atau takdir?
cuba korang cari 1 common thing dekat aku?

Min kentut 7 kali setiap hari

Min korek hidung dan calit pada 7 tempat setiap taiknya

Min mentedarah 7 kali sehari

ahh, aku dah mula merepek,
back to the topic, in my own opinion aku rasa MJ ni sangat baik orangnya,
buktinya, MJ telah membelanjakan harta dia yang bertimbun-timbun tu dekat mangsa banjir, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan banyak lagi.


masa kes liwat MJ di siasat, dia melarikan diri ke Bahrain,
dekat sana dia jadi tetamu khas anak Sultan Bahrain,
masa tu laa dia belajar mengaji, sembahyang dan banyak lagi selama 3 tahun.
21 November 2008 baru lah MJ peluk Islam dekat rumah bestfriend dia.
dia jugak dah pergi haji dengan Sultan Bahrain dan anaknya.



untuk konsert dia yang terkahir, dia buat agenda tersendiri,
dia memaklumkan tu adalah konsert terakhir dia lepas tu dia ingat nak umumkan pengislaman dia masa tu,
MJ jugak berhasrat nak nyanyi lagu Give Thanks To Allah masa konsert tu dengan Yusof Islam, sebab tu lah MJ pilih London bukan USA,
buatnya dia tengah nyanyi tiba-tiba bom melepet dekat hidung dia tak ke naya!




pada jam 2.26 pagi 25 Jun 2009, MJ disahkan meninggal dunia,
masa call 911 untuk panggil ambulan,
banyak pulak soalan yang ditanya macam ''hah MJ? sapo tuh?''
kononnya tak tahu siapa MJ,
orang kata ada pihak nak melengahkan masa menyelamatkan MJ,
tambah pelik bila pihak hospital kata autopsi boleh dikeluarkan lepas 2 bulan,
sedangkan teknologi sekarang dah power sungguh.
sudahnya family MJ upah private doktor untuk buat autopsi.


keluarga MJ nak dia dikebumikan secara Islam,
tapi CIA ugut keluarga MJ,
kalau pengebumian secara Ilam disiarkan dekat tv,
mak MJ takkan dapat hak penjagaan anak-anak MJ,
tapi Debbie Row yang dapat.
akhirnya, diorang kebumikan MJ secara Islam dekat Neverland,
tapi dengan syarat satu pengebumian tipu-tipu secara Kristian dibuat,
sebab tu lah keranda si MJ ni tak terbukak time funeral tu,
sebab dia tak ada dalam keranda tu.
ini semua dilakukan semata-mata nak tunjuk kat dunia MJ bukan Islam.
apa yang nak diherankan kalau dia Islam pun,
ramai lagi artis Hollywood masuk Islam,
Snoop Dog, Chris Tucker, ramai lagi lah dah Islam.




ramai jugak yang kata MJ bunuh diri,
tapi takkan lah MJ nak bunuh diri lepas dah beriya berlatih 2 bulan untuk konsert dia tu.
hasil autopsi macam terkejut jugak,
orang kata rambut dia dah banyak gugur sampai dia kena pakai rambut palsu,
dia jugak tak makan apa-apa pun sebelum dia mati melainkan pil,
dekat badan dia jugak banyak kesan suntikan sana sini.



huduh bebenornya kome MJ!
entah betul entah tidak gambar ni,
layan jela.
sebelum aku minat dia,
i was wondering why people always make fun of him,
muka dia memang lah agak kelakar tapi orang asyik nak kata buruk pasal dia,
kata dia cabul budak lah apa kejadah haram semua,
tapi bila aku baca artikel pasal life dia,
aku sendiri dapat rasa MJ ni sangat baik orangnya.





Michael Jackson, 1958-2009.
Al-Fatihah.




Friday, September 10, 2010

Zaman Kegelapan




entri kali ni pasal journey hidup aku 2009,
tahun paling meriah, paling best dan paling motherfucker, bhahaa
terima kasih daun lidah buaya untuk FARIS AMLEE atas ihsannya bagi gambar dekat aku,
nanti aku bank in seploh sen ye.
masa tu selalu overnight Kuala Lumpur dengan kawan-kawan,
lepak depan Maybank,
entah apa yang best aku pun taktahu,
bila difikirkan balik, tersenyum tersengih, terkorek hidung sorang-sorang..
watak utama dalam entri ni ialah ANGAH, EYN AMLEE, FARIS AMLEE, ABBY, EDDY, HUDA.




tarikh gambar ini di ambil tak ingat,
masa ni kitorang on the way balik Seremban dari Port Dickson,
ada tragedi di sebalik semuanya muahaa.
aku telah di libas oleh syaitonnirrojim masa nak bla dari Teluk Kemang masa nak lari dari roadblock,
plan nak mandi pantai malam tu, sudahnya balik Seremban tangan kosong.





                        



gambar-gambar dekat atas ni pulak masa aku overnight KL sehari lepas excident,

dan jugak sehari lepas rumah eyn monroe kena rush dengan ehem ehem, haha
aku excident, terseret kaki dan tangan,
hasilnya sekarang, parut yang sangat hodoh untuk ditonton,
boleh buat budak kecik histeria, ngeee..




lelaki tetek berbulu



ini pulak malam yang lain,

overnight KL jugak, tak ada destinasi nak pergi lepak dekat Mcd Bukit bintang,
sit sebelah kitorang merupakan lelaki cina,
pakai singlet warna putih tengah tidur,
dan dia ada bulu di teteknya!!


abang Z awwww!
yang pemalu tu adalah abang Z,
penjaga kedai baju DOLL STORE,
terletak dekat Bukit Bintang, depan Kitaro,
kedai favourite kitorang setiap kali berkunjung ke Kuala Lumpur.
baju dekat kedai tu tak adalah mahal sangat,
tapi entah kenapa kitorang suka sangat mencuri baju dekat situ,
aku rasa ada dalam 40 helai lebih jumlah baju yang telah di curi,
gambar kat atas tu jugak di ambil untuk alih perhatian abang Z masa yang lain tengah membuat dosa,
nanti aku dah kerja aku bayar balik duit ko ye abang Z!



RAYA TAHUN 2009,
pakai baju kebaya warna putih yang sangat ketat,
tak boleh nak duduk,
kalau duduk, butang dari atas sampai bawah terbuka dengan senang hatinya..




masa tu dunia macam kitorang yang punya,
sex, party, drugs, alcohol, fame..
ok, tipu.

kitorang selalu lepak sama,
konon bestfriend porever lah,
akhirnya berpisah jugak.
macam yang En.Shahriman selalu cakap,
''kawan-kawan selalu bertukar, tapi keluarga tetap ada''
ecceh, tangkap syahdu kejab.


kitorang pernah main spirit of the coin sama-sama!
entah siapa punya idea aku taktahu,
malam pertama main tak jadi, eyn nampak benda tu,
so kitorang stop main.
esok paginya aku dengan faris main 2 orang, jadi siud.
lepas tu ketagih,
orang kata main benda tu syirik.
dengan jahilnya kitorang, setiap kali habis main kitorang akan mengucap dua kalimah syahadah,
taknak syirik tapi nak main jugak!
bodohhhh bengappp... *nada mengeluh


aku rasa tak semua orang pernah lalui apa yang aku lalui,
tak duduk dengan family berbulan lamanya,
ke hulu hilir macam orang takda masa depan,
lepak sana sini tak ingat dunia,
masa tu kita rasa kita je yang betul,
orang berkata-kata pasal aku,
sampai sekarang lagi kot,
tapi aku tak kisah.
we learn from mistakes we did.
so, kalau tak buat salah, nak belajar apa?
HAHA


harap kita dapat jumpa ramai-ramai macam dulu lagi, insyallah.
:)