Saturday, September 25, 2010

The Hurricane

halo halo, suka makan telur?
ok, lawak tak jadi.
dah lama aku tak update belog,
malas nak pergi CC,
poket pun kering.
ini pun pergi CC terlajak nak hantar adik aku pergi open house kawan dia.
abaikan, bukan tu yang aku nak cerita pun.

pertamanya aku nak cakap,
gambar bontot dekat entri sebelum ni,
its not mine ok!!
aku tak gila sampai nak letak bontot aku sendiri, ngek!

keduanya,
aku ni selain daripada bongok tak boleh nak diajar,
aku suka tengok TV,
macam addict pun ada jugak.
sehari kalau tak tengok TV rasa macam nak gila,
kau ceritalah apa movie pun dekat HBO, Starmovie ataupun mana-mana channel astro,
mesti aku pernah tengok.
dan semalam aku ada tengok satu cerita,
best tahap dewa kau!
menangis lah aku tengok, nasib baik aku tengok sengsorang kalau tak malu je.
cerita ni jugak mengajar aku,
bahawa kita kena ada pendirian yang tetap,
dan sentiasa meletakkan maruah diri kita di tempat yang paling tinggi.


tajuknya The Hurricane,
diadaptasi dari buku dengan tajuk yang sama,
dan kisah benar,
tu yang membuatkan aku lagi suka tengok.
internet memang macam bangang,
aku tak boleh upload gambar cerita ni,
tapi takpe tak penting sangat pun.


ceritanya lebih menjurus kepada racism,
memandangkan latar belakang dia dalam 40 tahun lepas,
masa zaman orang kulit hitam masih lagi ditindas.
Rubin Carter lahir tahun 1937,
dia masuk penjara beberapa kali sebelum jadi seorang peninju,
itu pun sebab difitnah,
dan lepas dia keluar penjara, dia jadi seorang peninju yang sangat terkenal.
dia femes dengan nama Rubin Hurricane Carter,
dalam masa tu,
dia dituduh membunuh 3 orang kulit putih,
dihukum penjara seumur hidup tanpa pembicaraan yang adil,
walaupun dia mempunyai alibi yang kuat.
hakim, pendakwa raya, polis, semua bersubahat untuk jatuhkan dia.


20 tahun selepas tu,
ada 4 orang muda dapat tahu pasal dia,
dan cuba untuk tolong dia.
memang susah nak tolong dia,
sebab rayuan untuk perbicaraan semula rubin carter selalu ditolak,
tapi disebabkan semangat, jati diri kuat dan keyakinan,
perbicaraan semula rubin carter telah berjaya,
dan dia dibebaskan selepas meringkuk dalam penjara kira-kira 30 tahun.

ok, mungkin aku cerita tak best sangat,
tapi cerita ni memang best gila aku cakap.
ayat aku macam india lah pulak..
aku syorkan kaorang tengok cerita ni,
tapi kalau tak best jangan marah aku,
taste orang lain-lain.
huhuuuu.

ada cerita yang lagi best dari yang atas tu,
kucing aku, Obama (dia betina tau)
dah beranak 4 ekor anak kucing yang comel-comel belaka!
jangan tanya kenapa nama dia Obama,
aku pun taktau, mak aku yang memandai-mandai letak macam tu.
aku akan berusaha besarkan anak-anak dia!
sebab biasanya setiap kali dia beranak,
mesti ada sekor dua yang mati.
aku taknak macamtu, nanti aku menangis lagi,
macam pondan!

SPM makin dekat,
dan aku ada masa lagi nak main-main.
entah bila nak sedar,
tunggu dapat result baru nak sedar agaknya.
min.. minnnn..

p/s: ku suka la entri ni.
3 cerita dalam 1 entri. hoo

Tuesday, September 21, 2010

Selulit??


ni bukan entri lucah,
bukan aku fokuskan ke bontot orang yang tak dikenali ni,
tapi selulit yang menepek di bontotnya.

kau ada?
aku tak malu mengaku,
AKU.ADA.
ok, this is embarassing. sikit laa.

segalanya bermula sejak aku masuk asrama,
3 tahun lepas,
kuat makan gila aku cakap kau,
satu pinggan nasik aku sama macam kau punya makan tengahari, petang, siang, malam,
sebab duduk asrama sangat meletihkan!

lepas tu terkumpul lah lemak-lemak tepu yang mengigau hidup aku,
aku bukan kisah sangat kalau gemuk,
tak kisah langsung pun, cuma aku takut jadi macam ni:


ok, takkan jadi macam ni rasanya,
ni obesiti terlampau.
aku cuma nak balancekan tinggi aku dengan berat aku,

mak aku suruh pakai losyen mustajab pati halia,
alaa yang Nora Danish iklankan tuu,
punyalah beriya aku pakai lepas mandi,
sebelum tidur,
konsisten habis lah orang kata,
tapi 3 hari je lepas tu dah malas, haha.

lemak dekat perut aku,
ada 3 lapis kau!
boleh lawan ke?
HAHA, sangat teruk.
nampak je badan aku macam Angelina Jolie,
tapi bila bukak baju,
macam Shanie daaa..

aku nak hilangkan selulit bulit segala macam dekat kulit aku ni,
ON THE SPOT.
ada tak produk macam tu agaknya ya?

Sunday, September 19, 2010

Baca Jelah

hari ni hari ahad,
esok hari isnin,
hari ni cuti,
esok sekolah.

whatt? sekolah?
ya, aku budak sekolah lagi.
umur baru nambelas sembilan bulan tahun (??)
tapi aku suka tipu umur aku,
nak lagi bila orang lain dengan senang hatinya panggil aku 'akak'.

pernah sekali pergi shopping dekat nilai dengan mak aku,
ada orang bangla tudung tu tersengih songah dekat aku,
ajak beli tudung dia,
kakak aku pulak berkenan dengan tudung kedai dia,
sementara kakak aku carik tudung dia,
kami berborak sepatah sepuluh kata..

bangla: haiyoo ini kakak comel (dia kata aku comel kau!) berapa umur?
aku    : 23 tahun dah, hehehe (gelak macam celaka sikit)
bangla: ohh, kerja apa ini?
aku    : kerja biasa-biasa je, engineer.. (sambil mendabik dada)
bangla: masyallaahh, belajar lagi tinggi dapat kerja lagi bagus laaa..
aku    : hehehehe, pergi dulu lahh, baibai..
bangla: tunggu sikijap, ada kad ni.
aku    : oh, terima kasih.

dia siap bagi kad dekat aku tuu!
kad bisnes dia,
cuba kalau aku kata umur aku setahun jagung,
kompem dia pandang aku ikut lubang jubur je.


muka aku ni matang ke?
ke nampak macam orang tua?
adakah aku mengalami proses penuaan yang awal?


fikir-fikirkanlah.

baideway, kakak aku yang terbenci dah kembali ke rahmatullah,
ok kidding. dia dah balik kajang,
bosan dan gembira lah dia balik,
bosan sebab takde tempat nak borak,
gembira sebab lapang sikit katil aku.


esok pulak sekolah,
bangun pagi,
masuk bilik air, tenung air 10 minit baru mandi,
solat, siap-siap,
panaskan enjin motor,
dan rempit ke sekolah!

ya, aku ke sekolah menunggang motorsikal NCE2386,
macam batman naik motorlah katakan,
menggerbang terbang baju dan tudung sekolah aku,
















MALASNYA NAK PERGI SEKOLAHH!!!