Thursday, December 30, 2010

Patah 18 Kerat

gua dah kerja chicken rice shop dalam seminggu lebih,
dalam seminggu lebih tu jugak gua tak pernah datang on time,
mesti lambat setengah jam,
paling babi lambat 2 jam,
macam-macam alasan dah gua bagi dekat manager gua,
motor habis minyak. motor jemrut, takde orang kejut bangun dll,
lepas ni gua dah taktau nak bagi alasan apa dah,
harini pun gua tak kerja pasal laki gua pun tak kerja.
gua bagi alasan atuk gua jatuh tangga,
padahal beliau dah ada dalam kubur dah, haha.

gua kerja balik pukul 1230 paling cepat,
gua taktau kenapa tempat gua lambat closing,
mungkin sebab masing-masing bekerja macam siput,
memang letih kerja situ tapi gua tak kisah,
asal rezeki dicari itu halal.

gua dah plan pasal first gaji gua nak buat apa,
gua takkan sentuh gaji gua untuk kepentingan gua,
gua nak spent duit tu untuk parents gua,
belanja makan, belikan bapak gua kasut kerja baru, belikan mak gua emas,
diorang pun dah banyak keluarkan duit untuk gua kan,
takde salahnya gua nak belanja diorang walaupun gaji diorang sepuluh juta berlipat kali ganda dari gaji gua.
 gaji bulan seterusnya baru lah gua berjoli dengan laki gua,
beli kondom banyak-banyak, HAHA babi.
okay untuk family gua yang baca ni, memang tak lawak. joke je weh.

THE END.

Monday, December 20, 2010

Belog-ku

gua tengok belog orang lain meriah,
lampu lip-lap-lip-lop,
dengan gadget yang kononnya boleh menunjukkan mereka celik IT,
dem, gua memang buta IT.
tapi tak bermakna gua tak ada sense of art,
gua lebih menjurus kepada quote 'keep it simple but nice to see'
dem again, betol ke omputih gua tu?

gua kalau nak design belog gua,
gua mintak tolong sister gua,
belog dia memang superb lah,
nice and simple to see,
boleh check out dekat sini,
tapi gua lagi suka background yang sebelum ni,
lagi lagi superb.
belog dia dah bersepah follower,
sampai dia boleh buat duit dengan belog sememeh dia tu.

belog gua jugak setakat ni clean,
gua takpernah kutuk, mengeji mahupun menghina makhluk sejenis gua,
kalau ada yang gua kutuk pun,
sah-sah la dorang tak sejenis dengan gua.
gua mem-blog untuk rakam setiap journey hidup gua,
biar 10-20 tahun akan datang,
gua baca, gua tersenyum.
belog gua bukan tempat untuk bergaduh sana sini,
PUBLSITI MURAHAN.

gua punya follower pun tak ramai,
alahh gua tengok belog kebanyakan member gua,
memang lah ramai follower,
yang mem-follow tu dipaksa follow.
kalau lu orang perasan pun,
dari masa ke semasa gua ubah cara penulisan gua,
untuk keselesaan gua jugak.

okeh, esok gua start kerja,
gua kerja sampai closing iaitu pukul 1030PM,
dem again and to the end,
first kerja dah kena kerah kudrat sampai lebam,
bapak gua pesan masa solat tadi,
'kamu kerja jangan tak solat, nanti tak berkat gaji kamu tu'
hoho, gua berazam nak solat penuh masa kerja nanti,
INSYALLAH.

peace yo.

Sunday, December 19, 2010

Minded Kita *inspired by ANGAH

gua orang melayu, tipikal melayu,
berambut hitam *ada sikit uban,
berkulit sawo matang *ada sikit kurap,
pendek tak pendek sangat,
tinggi tak tinggi langsung.

gua nak story pasal minded orang kita,
yang tak bagus dipraktikkan,
gua memang baru bernafas bak kata orang tua,
tapi gua tengok apa gua nampak,
gua tulis apa gua fikir,
teruskan membaca.

bila kita belajar, kita berjaya,
kita kata semua tu usaha kita,
bila kita tersungkur,
kita kata semua takdir illahi.

bila kita bercinta sampai kahwin,
dapat pulak laki/bini perfect,
kita kata kita memang pandai pilih pasangan,
bila kita bercinta tak sampai kahwin,
kita kata tak ada jodoh.

bila kita naik motor tak pernah accident,
kita kata kita memang hebat bawak motor,
bila kita bawak motor tiba-tiba accident,
kita kata semua salah pasir atas jalan.

kenapa tak pernah tudingkan jari ke diri sendiri?
kenapa tak pernah kata salah kita semuanya?
orang kita memang macam tu.
tak ada yang lagi perfect selain dari perfectnya diri kita.

ada jugak orang kita yang ber-minded-kan omputih,
di kalangan member aku pun banyak jugak,
kononnya bangga amalkan gaya barat,
jalan-jalan pakai spaghetti, hot pant,
lelaki perempuan kalau berjumpa berpeluk-peluk,
kononnya rapat sangat macam family dah,
pergi clubbing, party sana sini,
mana fun dia aku tak nampak lagi.

gua tak ada kutuk pun perempuan bergaul dengan lelaki,
gua pun macam tu jugak orangnya,
jujurnya gua cakap gua tak ada kawan perempuan,
sejak sekolah dah berhenti gua tak ada kawan perempuan dah,
gua lepak dengan lelaki, bukan sebarangan,
and they're not just friend,
they're family.


ok gua taktau kenapa angah macamtu,
sorry untuk yang lainnya yang tak ada dalam gambar ni,
tapi korang memang terbaik.

peace yo.

 
hah, saja gua selitkan gamba keluarga bahagia,
anak tahun depan. insyallah due bulan 2 :p
background belakang tu real tau,
bukan senang nak dapat sawah menghijau,
belah kanan sikit dari gambar ni pun dah kena bajak sawah dia :D