Saturday, April 30, 2011

HINA SANGAT KE??

gua tahu tu. orang tak cakap pun gua tahu. dari dulu lagi gua sedar. sejak gua duduk asrama, nak kata gua tak cuci, gua sental macam nak gila setiap kali bersiram.

tapi jangan lah hina gua. gua ada hati perasaan jiwa raga la. apa kaorang fikir kaorang best sangat takda penyakit kronik ni??

cehh, jangan bangga sangat laa, satu hari nanti tiba-tiba kaorang dapat penyakit ni, gua gelak pakai pembesar suara depan muka kaorang. haihh, hina sangat ke? sampai ada tutt tutt ni siap suruh gua hantar pergi dobi. kalau ada service cenggitu, dah lama gua hantar lah.

kat asrama dulu, orang selalu jauhkan diri dari gua kalau gua masuk dorm. hina sangat ke?? kaorang pun aku rasa lebih kurang sama je. gua balik kerja ni pun kakak gua bising, marah-marah gua pasal benda ni. eh, bukan gua mintak laaaa lahanat.

nantilah, gua ada banyak duit, gua beli benda yang boleh hilangkan menatang ni, okeh? takda la gua dengar orang mengutuk gua lagi. sedih tau :(

takpa kaorang, satu hari nanti gua transform menatang ni jadi menatang paling perfect pernah ada. siap orang mintak cium, mintak air basuh lagi. takda la lagi gua dengar orang cakap..























































''MIN, KAKI KAU BUSUK SANGAT LA''

Thursday, April 28, 2011

CERITERA BERMULA

cerita  bermula apabila sang benayna dan juga  raja syaitonnirojim membawa gua pulang menaiki kereta.


situasi: sunyi sepi
watak: sang benayna, raja syaitonnirojim, gula hati


sedang menghirup udara tak berapa nak segar di kawasan paroi, raja syaiton melanggar lubang lantas memberi satu hentakan dahsyat pada tayar kereta.


semua menjerit ke-terperanjat-an. cuma satu orang saja yang mengeluarkan kata-kata suci, ''astaghfirullahalazimmmm!''


setelah itu, masing-masing berpandangan. 
sang benayna berkata kepada raja syaiton ''ni tanda besar nak kiamat ni, kang lepas ni dia dok ghumah baca quran, ajak lepak malam kata tak boleh, nak qiamulail''


mereka pun berkata-kata lagi tentang kiamat mahu dekat hanya kerana satu orang ni mengucap disebabkan terperanjat.


kami teruskan perjalanan. raja syaiton bikin emergency break di bumper, maka satu orang ni ter-tepek-kan mukanya dekat tempat sandar kepala sit depan lantas melatah, ''haii pantat betul lahh''


kemudiannya sang benayna senyum kepada raja syaiton lalu berkata..






























 ''aku dah dapat min aku balik'' .

Sunday, April 24, 2011

:) :p :D

macam biasa, pagi tadi terlajak bangun, kerja pukul 10 bangun pukul 1130. haihh semalam lagi haramm, kerja pukul 10 bangun pukul 12, terus tak pergi kerja, pergi beronggeng dengan teman-teman. hah yang tu, akan gua ceritain entri akan datang.

pagi tadi dah bangun lambat, mandi P.Ramlee lagi sekali laa. manager call, katanya nak suruh gua transer pergi VIVA, mall baru dekat Miharja. gua pun turut jelah kata beliau, memandangkan gua pun dah lambat, elok pergi transfer sana dari stay kerja kat Kajang, kena marah sasek datang lambat je.

sesampai saja di sana, jantungku gugur 5 minit pasal ramai gila customer sampai beratur dekat luar. yelah, biasa kat kajang makan gaji buta je, duduk borak-borak, buat-buat penting, sapu angin. culture shock sekejap, heh tapi gua apa ada hal kan, dulu kerja chicken rice, morning-closing rilek je 15 jam. (Y)

tapi yang ni lagi gila babi busy, takda gap langsung, ada aje customer masuk. tapi tu yang gua suka, busy gila, baru advance. gua melangkah pun lajuu je, tangan dah macam main pedang, laju ambik sana ambik sini. terasa macam orang penting kejap,heh. dari kat Kajang, takda kerja langsung so sentiasa jadi perhatian manager dan macam biasa, selalu kena marah.

okeh, thats it, time to tidur. taknak lambat lagi esok. k bai.

p/s: my happiest day since i stay kajang :)