kami suka berperang. kami ada gang perang tau. perang kaunter seteraik. kalau gua lepak rumah dia, mesti bergaaduh nak main menatang ni. laptop ada satu je, nak bergaduh dengan adik dia 2 ekor, dengan dia lagi. erghh, dan macam biasa gua tak pernah menang.
kami suka buat kerja tak mendatangkan faedah tapi memberi pengalaman. sejak gulahati ada motor baru, kami selalu menjelajah. jalan-jalan, kl-cheras-puchong-putrajaya-kajang. nampak tempat best, berhenti. kadang-kadang pergi mana-mana tempat taktau pun, main redah jalan. rasa nak balik, masuk highway, tengok signboard Seremban.
kalau lepak, takda duit, kami akan duduk tepi jalan sambil rokok ditangan, kepala memikirkan mana nak dapat sumber wang. macam biasa jugak, gulahati selalu bagi idea. bila ada duit, pergi perang dua orang. kadang-kadang lepak mamak yang ada astro bukak movie ongputih.
kami suka tengok wayang dekat Pavillion. sebab kami kalau nak bershopping kat situ memang sampai lembu mengembek pun belum tentu mampu. jadi untuk menaikkan sifat riak dalam diri serta perasan berduit, kami hanya mampu tengok wayang dekat sana. kami kaki movie tau.
gua sukakan ke-simple-an tapi gulahati sukakan ke-kasual-an. kalau pergi shopping baju gua, mesti dia suggestkan baju-baju kot, kemeja orang bawak pergi kerja, seluar khakis. kalau dress pun, dress yang orang bawak pergi dinner atau mana-mana acara formal. jangg, den nak poie mano yo pakai menatang2 tu? hari2 den keluar sini2 yo, paling koman pun kodai runcit bawah tu haa. aiyoo macikeni~
gulahati suka nyanyi. sukaaa sangat. kalau karok, gua selalu bergaduh dengan dia pasal dia suka select lagu banyak2 pastu tang lagu gua, hujung2 nak habis baru sampai. masa lagu gua pun dia suka nyelit2. nyanyi 'uuuuuu~' pun jadi lah asalkan dia nak nyanyi.
kami ada parut yang sama tempatnya. semua sekali. sama. lutut kanan kiri, keting, buku lali, jari apa benda semua lah, sama. 1 je tak sama, parut jerawat dekat muka dia gua takda. muka gua bersih tau nokk, pakai kertas pasir gaha jerawat.
macam biasa gambar yang sama. kami pasangan nelayan, handphone masing-masing kokak je. kamera takde. last word, I LOVE YOU MEN.
berbajukan dress pink berbunga kecil, jeans karat, kasut keroks, rambut ekor-babi dan beg sandang coklat berserta nasi goreng kampung bungkus di tangan kanan, gua berjalan pergi KTM. ingin pulang ke lubuk asal, Kajang selepas berjalan di Seremban.
dalam KTM, gua baca buku. LAGEJ tajuknya. ahh, cukup mengajar gua erti hidup, suka duka kehidupan. tak sia-sia pinjam dekat kakak gua.
hari sudah malam, gua tengok luar. hujan renyai. gua nampak lelaki duduk sebelah kanan gua tengok gua melalui cermin depan. perbodohkan saja. gua pandang kiri. lelaki yang tengah duduk dengan aweks dia pun curi-curi pandang gua-takut kantoi dengan aweks dia kot. bodoh.
kenapa ada lelaki dalam coach ni?? ni kan coach wanita? bodoh lagi. sia-sia mak hantar pergi tadika dulu. dah besar pun tak reti baca.
berbalik pada point tadi, kenapa lelaki-lelaki tadi pandang gua? mungkin gua makan fish ball cicah cili tadi sisanya terlekat pada gigi gua? atau mungkin muka gua macam baru balik dari bukit mencari petai? al-maklumlah kalau muka gua berminyak, hantu kak limah pun lagi cantik.
bagi sesiapa yang tak kenal gua, muka gua tak adalah lawa, tak adalah hodoh. sedang-sedang saja. ramai yang kata macam Tiz Zaqyah (kihkih), gua iyakan saja. tapi bagi gua, luaran dan dalaman gua lebih senang gua kategorikan sebagai 'out-of-service'. 'out-of-service' di sini memberi maksud dimana kalau kaorang pergi ATM untuk keluarkan duit dan paparan skrin mesin ATM tersebut tertulis 'out-of-service', kaorang akan rasa marah dan ingin sepak terajang mesin tersebut. begitulah yang terjadi kalau kaorang jumpa gua.
tapi orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. tapi kalau dah kenal pun tak cinta cinta, itu masalah kaorang.
fikiran gua menerewang jauh tatkala menunggu keretapi itu sampai ke destinasi gua. buku LAGEJ di tangan gua sudah tidak gua pedulikan. tiba-tiba gua teringatkan satu orang lelaki. buaya darat. bodoh.
''aku tak pernah couple, min. sumpah.''
''yeke? tipulah. muka hensem, maskulin lagi takkan tak ada yang mahu''
''lillahitaala. tak pernah. tunggu lah nanti aku dah lepas degree, dapat pangkat leftenan baru aku cari orang yang sesuai. sekarang macam tak ada yang sesuai la''
''oh. tak apa lah, perempuan sekarang pun bukan semua boleh percaya''
itu poin penting gua berborak dengan lelaki tersebut. katanya tak pernah couple. pergi makan berak lu sendiri lah kawan. bila gua tanya kawan gua yang lain pasal dia ni, semua buat muka taik paling busuk dan hina. kata mereka, lelaki tersebut lah paling buaya. tengah lepak kedai makan pun boleh mintak nombor aweks belakang table. muka hensem kan, aweks pun bagi jelah.
basah gua kena kencing.
gua senyum sendirian. ka;au dah namanya lelaki kan.
gua akhiri senyuman gua dengan mata terlelap tidur sampai Kajang.
lokasi sekarang, KAJANG. sudah pulang setelah 6 hari pulang Seremban. 6 hari yang penuh makna, 6 hari yang penuh suka, penuh tawa. :')
HARI 1
pergi Seremban naik KTM, sampai jam 6. gulahati marah pasal lambat, kena tempik dekat KTM tu jugak. taknak kalah, gua tempik beliau balik. kendian macam biasa elok balik, kami gerak pergi PD memandangkan kawan yang lain dah tunggu kami dekat sana. port lepak PD biasa kami, rumah jambu. rumah tepi pantai yang ada buaian pokok, pangkin depan pantai, ahh one word : perfect.
lepak-lepak, makan-makan, tengok kandang kambing yang lebih beso dari rumah dia, makan-makan lagi, balik. tidur.
HARI 2
bangun, mandi, makan. jam 5 keluar pergi Jusco dengan miya, emi dan satu orang kawan lagi. kami main game, tengok wayang cerita KONGSI, balik. semua di-support oleh kawan yang satu orang tadi. sorry man, gua lupa nama lu. gulahati tak ikut pasal dia pergi perang dota-counter awal-awal.
balik dari jusco, emi hantar pergi tempat perang kami. gua pun ikut sama perang. jam 2 pagi, balik. tidur.
HARI 3
bangun jam 1, rumah gulahati busy, ibu masak untuk kenduri kesyukuran gulahati. gua tolong-tolong sikit, jam 4 keluar pergi karaoke dengan boncoi, apis, bob, napi dan apit. 2 jam. bermakna, puas, best. dan sakit tekak sekali.
maghrib, siap-siap pergi surau, kenduri kesyukuran gulahati. lepas isyak kami blah dan pergi kompleks, main badminton. gulahati je main, gua tak main pun. dapat main free tau. kendian kami pergi benteng, macam biasa pelantak rotitelokentang berpinggan-pinggan. balik, tidur.
HARI 4
siang tak keluar. malam kami pergi berperang. tengah berperang, boncoi kata nak pergi makan. gua folo dia, lepas makan, dia kata nak pergi karok, lagii la gua suka, gua folo lagi. kendian balik dari karok, gua pergi mendapatkan gulahati dekat mamak paroi.
lepak sana sampai 3 pagi, balik, tidur.
HARI 5
hari kedua terakhir. mula terasa sesuatu kurang enak. membuak-buak, berkecamuk. tapi diamkan saja. gua, miya, boncoi, bob dan gulahati keluar sama. pergi Jusco, beli barang gulahati, pergi Lake Garden saja tangkap gambar bersama, mungkin untuk kali terakhir. tapi sayang, apis tak ada.
malam, kami makan dekat Senawang, kedai Thailand favourite kami kendian snuker. balik, tak tidur. gua kemaskan barang-barang gulahati nak berangkat esoknya. pastikan semua lengkap, takmau dia terkinja-kinja barang tak cukup dekat sana nanti.
jam 1130 kami keluar balik dengan boncoi, lepak benteng, macam biasa pekena rotitelokentang berpinggan-pinggan. boncoi ucapkan kata-kata yang buat gua sentap mau nangis tapi diamkan saja. dia kata dia sedih, berat hati gulahati mau berangkat esoknya. gua diam. buat taktahu.
balik, tak tidur. berfikir tentang semuanya baru tidur.
HARI 6
hari akhir. bangun pagi, siap-siap, gerak hantar gulahati pergi naik kereta bob. boncoi ikut sekali. hati mula berkocak. diamkan saja. kampusnya besar, sangat besar. gua mula resah. nanti gulahati penat kena jalan kaki jauh-jauh.
masuk bilik dia, gua senang hati. suasana selesa. barang-barang dia dah siap kemas masuk dalam almari. kami keluar pergi pekan, makan-makan sikit. hati berat sangat. terlalu. makin. hantar dia balik kampus, gua tak sempat cakap panjang-panjang, gulahati bodoh suruh gua balik cepat. dia kata malu. *lu langsi lu mati tau.
takda kata-kata akhir pun, semua berlaku cepat sangat. salam, cium pipi kiri kanan, belah. on the way balik, macam-macam bermain dalam otak. diamkan saja. bob hantar gua balik kajang. apis, ameer, jambu, awim pun ada sekali. 2 kereta.
sampai kajang, pergi paparich, nak mintak kerja dekat sana balik. puas la pulak gua mengayat manager betina tu, punya kerek taknak bagi gua kerja situ lagi. gua susun ayat punya baik, buat muka paling comel dunia akhirat berkat ajaran gulahati, manager tu kata nanti dia call.
lepak-lepak minum situ dulu. apis kata dia nak balik seremban dulu, yang lain pun mau ikut sama. ahh, yang ni gua takleh diam dah. kat situ jugak gua menangis. hati berat. sangat-sangat berat. lepas ni mungkin tak jumpa lagi, boncoi pergi melaka, apis pergi pahang, yang lain-lain taktau tapi pasti pergi. gua lepaskan apa ada dalam hati, tapi tak lepas habis. malu.
*sila play lagu sebelum mula membaca
gua sedih. terlalu, sangat, amat. mereka, kawan, sahabat, keluarga. satu demi satu pergi. ya, tahu mereka pergi bukan suka-suka. mereka belajar. tapi hati berat. masa hantar gulahati, gua rilek lagi pasal gua tau gua ada boncoi, apis, bob lagi. ibarat rokok yang basah tapi masih boleh disalai untuk dihisap.
tapi bila boncoi salam gua nak balik, gua rasa lain. lain sangat. rasa ditinggalkan. ibarat rokok yang basah teruk, tak boleh salai lagi.
lepas gua tak duduk rumah, gua jauh dari ibu ayah, jauh dari keluarga, gua ada diorang. gulahati, boncoi, apis, bob, miya. gua lapar, diorang bagi duit pergi makan. gua takda duit nak keluar lepak-lepak, diorang tak pernah berkira. gua nak apa semua diorang bagi. ya, gulahati terutamanya.
hari-hari kita jumpa, kita lepak sama, keluar sama, ketawa sama..
lepas ni takda lagi.. semua pun pergi. pergi jauh. gua sedih. sentap sangat. gua sorang dekat kajang, masih kerja banting tulang cari duit nak sambung belajar. takpa, gua doakan kaorang semua berjaya. gua doakan semua yang terbaik untuk kaorang. insyaAllah.
jangan lupakan gua. itu satu gua mintak. ya, kaorang pergi tempat baru nanti mesti jumpa ramai kawan baru. mungkin lagi best dari gua, lagi happening. tapi jangan lupa, kaorang pernah ada adik, nama MIN. jangan lupa tau. kawan, air mata gua mencurah keluar masa gua tulis benda ni.
YA TUHAN, KUATKAN HATI AKU.
lepas ni mungkin gua tak balik seremban dah. miya, jaga diri, gua sayang lu. ada masa, ada rezeki kita jumpa lagi. hilang mereka, hilang semuanya. balik seremban pun diorang takda, hati gua sedih. lu ada pun miya, lu busy dengan sekolah.
ini beruk bukan sebarang beruk. semua 6 orang ada. gua pun. jangan hilangkan tau.
tadi gulahati call, dia kata dia tak boleh berhenti fikir pasal gua, boncoi, bob, apis, semuanya. gulahati pergi, semua sedih. gulahati pun ikut sedih. kenapa laa kita tak boleh belajar satu tempat yang sama? :(
sayangnyaa apis takda dalam gambar ni. I LOVE YOU GUYS. <3