Wednesday, July 7, 2010

AKU SI LOSER

kadang-kadang meluat tengok orang zaman sekarang.
berlagak sana sini,
konon dia lah paling kaya,
dia lah paling panas menggelegak,
dia lah paling awesome.


berlagak pakai duit mak bapak,
beli baju mahal-mahal RM200-300,
kasut mahal-mahal,
semua outfit dia branded habis lah.
tapi pakai duit makbapak?


bukan lah aku jealous ke apa,
aku sedar aku datang dari keluarga yang sederhana,
setakat cukup makan pakai.
aku tak mampu nak beli baju mahal-mahal.
kalau aku nak beli something,
cari lah duit sendiri *kerja catering ke.


makbapak aku tak pernah mandikan aku dengan wang ringgit.
sampai aku takut lah nak mintak duit,
walaupun untuk kegunaan aku, macam bayar duit tuisyen ke.
zaman mentah dulu memang aku memberontak,
yelah tengok kawan beli itu beli ini,
tapi sekarang bila dah boleh fikir, ada baiknya diorang buat macamni.
mak aku selalu cakap, "orang yang kuat belanja ni orang bodoh tahu tak?"
bapak aku selalu cakap, "belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus belilah apa kamu nak"


sampai bila nak makan duit makbapak?
bila makbapak kauorang dah meninggal,
baru tahu peritnya nak carik duit.



bila aku perhatikan orang, aku tergelak sendirian.
tangkap gambar pakai baju MNG,
upload kat facebook bagai,
biar orang kata "whoaaa, MNG tuuu"


haih, macam-macam lagi lah.
jadi konklusinya di sini,
semoga berjaya mendapatkan populariti yang diimpikan tu okeh?


p/s: hari ni aku banyak kentut macam machine gun. best..

2 comments:

URRA said...

sokong ko 100%

totallyasminspies said...

oyeah! ko sorang pun da cukup berbaloi! haha