halo halo, suka makan telur?
ok, lawak tak jadi.
dah lama aku tak update belog,
malas nak pergi CC,
poket pun kering.
ini pun pergi CC terlajak nak hantar adik aku pergi open house kawan dia.
abaikan, bukan tu yang aku nak cerita pun.
pertamanya aku nak cakap,
gambar bontot dekat entri sebelum ni,
its not mine ok!!
aku tak gila sampai nak letak bontot aku sendiri, ngek!
keduanya,
aku ni selain daripada bongok tak boleh nak diajar,
aku suka tengok TV,
macam addict pun ada jugak.
sehari kalau tak tengok TV rasa macam nak gila,
kau ceritalah apa movie pun dekat HBO, Starmovie ataupun mana-mana channel astro,
mesti aku pernah tengok.
dan semalam aku ada tengok satu cerita,
best tahap dewa kau!
menangis lah aku tengok, nasib baik aku tengok sengsorang kalau tak malu je.
cerita ni jugak mengajar aku,
bahawa kita kena ada pendirian yang tetap,
dan sentiasa meletakkan maruah diri kita di tempat yang paling tinggi.
tajuknya The Hurricane,
diadaptasi dari buku dengan tajuk yang sama,
dan kisah benar,
tu yang membuatkan aku lagi suka tengok.
internet memang macam bangang,
aku tak boleh upload gambar cerita ni,
tapi takpe tak penting sangat pun.
ceritanya lebih menjurus kepada racism,
memandangkan latar belakang dia dalam 40 tahun lepas,
masa zaman orang kulit hitam masih lagi ditindas.
Rubin Carter lahir tahun 1937,
dia masuk penjara beberapa kali sebelum jadi seorang peninju,
itu pun sebab difitnah,
dan lepas dia keluar penjara, dia jadi seorang peninju yang sangat terkenal.
dia femes dengan nama Rubin Hurricane Carter,
dalam masa tu,
dia dituduh membunuh 3 orang kulit putih,
dihukum penjara seumur hidup tanpa pembicaraan yang adil,
walaupun dia mempunyai alibi yang kuat.
hakim, pendakwa raya, polis, semua bersubahat untuk jatuhkan dia.
20 tahun selepas tu,
ada 4 orang muda dapat tahu pasal dia,
dan cuba untuk tolong dia.
memang susah nak tolong dia,
sebab rayuan untuk perbicaraan semula rubin carter selalu ditolak,
tapi disebabkan semangat, jati diri kuat dan keyakinan,
perbicaraan semula rubin carter telah berjaya,
dan dia dibebaskan selepas meringkuk dalam penjara kira-kira 30 tahun.
ok, mungkin aku cerita tak best sangat,
tapi cerita ni memang best gila aku cakap.
ayat aku macam india lah pulak..
aku syorkan kaorang tengok cerita ni,
tapi kalau tak best jangan marah aku,
taste orang lain-lain.
huhuuuu.
ada cerita yang lagi best dari yang atas tu,
kucing aku, Obama (dia betina tau)
dah beranak 4 ekor anak kucing yang comel-comel belaka!
jangan tanya kenapa nama dia Obama,
aku pun taktau, mak aku yang memandai-mandai letak macam tu.
aku akan berusaha besarkan anak-anak dia!
sebab biasanya setiap kali dia beranak,
mesti ada sekor dua yang mati.
aku taknak macamtu, nanti aku menangis lagi,
macam pondan!
SPM makin dekat,
dan aku ada masa lagi nak main-main.
entah bila nak sedar,
tunggu dapat result baru nak sedar agaknya.
min.. minnnn..
p/s: ku suka la entri ni.
3 cerita dalam 1 entri. hoo
1 comment:
blah, blah, blah, tiru.
obama dah beranak???? mesti anak die sume kelabu kan???? cis. takde kaler lain ke. bosan.
Post a Comment