"alaa, pendeknya awak tulis pasal kita! nak panjang lagi!"
yeahh, itu dia keluhan membunuh yang aku dapat dari Mr.A,
entri sebelum ni dibuat dalam keadaan tergesa-gesa,
memang lah pendek..
aku kena reka cerita paling best untuk dijadikan tatapan buat cucu-cucu aku,
yelahh nak jugak dengar diorang cakap,
"makkk oii nenek ni power jugak muda-muda dulu kan? hottt gitu!"
bhahaa perasan kejab.
ok, aku mulakan dengan kelebihan yang angah ada.
setiap kali korang jumpa girlfriend or boyfriend korang,
mesti ada rasa cuak sikit,
campur nak terberak sikit,
cover sana cover sini,
si perempuan tak habis-habis betulkan make-up,
rambut tak kemas sikit dah pergi toilet,
si lelaki pulak tak habis-habis bajet cool,
urghhh i hate that type of couple!
tapi aku dengan angah lain,
aku sangat selesa dengan dia,
rasa macam lepak dengan kawan-kawan,
takda nak cover lawa ke apa,
taik hidung aku dia yang korek!
so, thanks for being my bestfriend ever Angah!
kelebihan kedua,
aku tak pernah dibiarkan berada dalam kesusahan,
means dia sentiasa berada dengan aku,
tak kira susah tak kira senang,
kalau aku susah, dia akan sedaya upaya tolong aku dengan cara yang paling baik,
thanks for being my guard angel!
kelebihan ketiga,
dia adalah orang paling baik pernah aku jumpa,
yang paling jarang dijumpai rasanya,
dia takkan membalas perbuatan jahat orang dekat dia,
dan kitorang ada satu prinsip,
"biar orang buat kita, jangan kita buat orang"
ramai orang buat tanggapan buruk tentang dia,
cuma disebabkan perlakuan dia yang agak di luar batasan kadangkala,
tapi tak kenal maka tak cinta,
dan jangan hanya korang adalah kawan dia,
korang kata korang dah kenal dia sangat,
sebab Angah,
aku sorang je yang faham dan kenal dia.
kelebihan ketiga,
dia tak suka gaduh dengan aku lama-lama,
kalau gaduh tu dia akan desak aku untuk elok-elok balik,
walaupun kadang tu aku rimas dengan perangai dia,
tapi aku suka jugak,
sebab ada couple yang tak kisah pun kalau diorang gaduh,
tapi Angah kena perbaiki cara pujuk Angah,
sebab takda style langsung!
banyak lagi kelebihan dia,
tak terungkap.
itu sahaja yang dapat aku ungkaikan.
ya memang sesetengah orang bagi tohmahan buruk,
"kau beriya bercinta ni entah sampai kahwin ke tak, buang masa je!"
"kau ni cinta monyet je min, tak ke mana nak bawak hubungan korang ni"
"alaahh, cinta budak-budak biasalahhh.. sebulan dua lagi tu break lah tu"
aku tak kata diorang salah,
diorang betul,
kitorang masih budak hingusan,
hingus pun mak yang lapkan,
tapi biar perangai yang hingusan,
jangan pemikiran!
di kesempatan ini,
kita nak mintak maaf dekat awak, Angah,
sebab awak adalah bestfriend kita,
tapi kita tak pernah jadikan kita kawan awak,
awak adalah guard angel kita,
tapi kita tak pernah lindungi awak,
awak sayangkan kita sampai sanggup hilang nyawa awak,
tapi kita tak pasti kalau kita sanggup buat macam tu untuk awak,
awak bersabar dengan kita,
tapi kita tak pernah sabar dengan awak.
awak kata awak sanggup tunggu kita bertahun lamanya,
tapi kita taktahu kita sanggup tunggu awak atau tak.
tapi satu yang pasti,
awak sayangkan kita,
dan kita pun sayangkan awak!
andai kata kita tak ada jodoh pun,
cerita kita tetap dijadikan tatapan buat cucu kita nanti :)
sesiapa yang bermusuh dengan Angah,
tidak bermusuh dengan aku,
tapi kalau diorang anggap aku musuh diorang jugak,
aku tetap anggap diorang kawan aku,
so korang buang masa buat dosa,
nak bermusuh dengan aku tak habis-habis
p/s: siapa makan pizza dia yang terasa cheesenya!
ikhlas dari jauh sudut hati,
"Shahira Yasmin Bt. Shahriman"
4 comments:
ltk gmbr oi.. hahahha
haha, nanti laa bila dah sedia nak perkenalkan sepenuhnya ye?
u r the best,.i think angah will cry when read this:)
errr, bukan awk ke angah?
Post a Comment