Monday, June 6, 2011

GUA TERINGIN NAK MAKAN PIZZAHAT

oi. lama dah tak ngapdate belog, dah bersawang dah dashboard gua. gua busy menguruskan hidup yang tunggang langgang ni, heh. poket makin kering, kalau diperah pun ada laa keluar seposen dua, hari-hari makan maggi curi kakak punya, aduhh tak berkat makan benda curi, tapi takpa terdesak.


ekceli banyak yang gua nak cerita, tapi semuanya hilang dimakan waktu pasal gua dok simpan2 cerita tu sampai gua lupa. tapi semenjak dua menjak ni gua banyak mengeluh. keluhan dengan orang di sekeliling gua. kawan, keluarga, kenalan, teman, semuanya. gua perhati. gua cuma senyum. tak melenting, tak apa2. lumrah manusia, kalau silap ditegur, memang haram nak terima salah masing2. gua pun tak terkecuali.


gua pun letih dengan orang yang berlagak matang dengan umur mereka. ya, memang lu orang lagi tua, lahir tahun 92,91,90,89 and so on, gua baru 93. orang pandang setahun jagung je, ibarat bayi baru keluar dari rahim ibu. sejauh mana matang lu orang tu? nak orang hormat tapi diri sendiri buat benda tak betul, itu ke namanya matang? apa ada pada title 'kakak', 'abang'? sorry cakap tapi menatam tu bulsit je lebih.

kita nak hormat orang bukan pada title sister or brado, tapi pada perilaku kita. betul cakap, gua tak suka panggil orang kakak/abang. (tapi kalau umurnya memang layak macam tua 7,8 tahun dari gua ke memang patut panggil la) senang cakap, hormat yang tua sayangi yang muda. jangan perasan umur lu dah besar, lu matang. matang bukan terletak pada umur tapi pada pemikiran.


emo kejap, heh. bukan apa, gua cakap mungkin ada kurang ajar tapi itu realiti lah KAKAK, ABANG sekalian. chapter closed. haritu gua balik seremban, angah bawak geng U dia, mat tumit, ayah boss dan superman. nama2 pelik bukan? tapi memang itu lah nama mereka. oh ya, kawan gua sorang ada datang dari melaka, pop. memang tu nama dia, bukan gua menganjeng disini.

model: mat tumit & angah. situasi: angah cuba menggayakan aksi-aksi bergambar yang selalu dilakukan anak muda zaman kini, seperti gaya spek, muncung dan sebagainya. mat tumit macam angsa tersedak laaa~
model: superman, pop, ayah boss. situasi: sliper ayah boss yang terputus dijadikan sebagai prop iaitu  seekor ikan. seolah-olah ayah boss berjaya memancing seekor ikan lalu superman tumpang gembira dan gua tak pasti apa peranan pop.

model: ayah boss, mat tumit, angah. situasi: masing-masing cuba mencomelkan diri dan hasilnya macam tahi.

model: kaki ayah boss & angah. situasi: angah berasa begitu teruja dengan sliper maknya yang ayah boss pinjam telah tercabut. sebenarnya angah mengeluarkan bunyi ketika bergambar tapi malangnya ni bukan cerita harry poter yang mampu bergambar dengan suara.



model: angah & gua. situasi: kononnya kami ingin beromen-romentik di kala matahari terbenam. oh harunya~

model: angah& gua. situasi: ahh gambar ini candid dan tidak di rancang maka dengan itu gua dengan tidak sengajanya mengangkat middle finger ke arah camera man iaitu superman.

model: gua situasi: gua cuba melakukan pose paling ayu untuk dipamerkan di fesbuk dan juga belog. 

3 hari di seremban gua ditemani 5 ekor beruk di atas. terasa seperti di hutan rimba di mana haiwan-haiwannya terkinja-kinja. harap berjumpa lagi lepas ni kawan :) chapter closed.


mesti anda tertanya-tanya apa kena mengena title dengan menatam gua cerita kat atas ni? jawapannya, takda kena mengena pun. ia sekadar title yang tiba2 terlintas dalam kepala otak gua maka gua tuliskan. tapi memang betul pun, gua teringin nak makan pizzahat. anyone? ngeh ngeh.

No comments: