Wednesday, July 13, 2011

MAKPAK KASAR? SALAH KITA KE SALAH DEPA??

bukan niat untuk mempertikaikan cara makpak mendidik anak depa zaman sekarang, bukan jugak untuk tunjuk bagus. cuma nak memperbetulkan apa yang salah, peace yo :)

ye, gua tau semua makpak fikir cara didikan diorang kat anak2 diorang adalah yang terbaik. tapi yang gua tengok sekarang ni, cara diorang yang banyak tak betul dari segi BAHASA. anak2 biasanya akan ikut apa yang makpak buat. bak kata pepatah, camno acuan camtu lah kuih eh.

nak kata fenomena tu takde lah sangat, tapi banyak yang gua perasan bahasa makpak ni kasar ya amat. taktahu lah apa masalah diorang, cakap nak kasar je. ni dari pemerhatian gua sendiri eh. kadang2 anak diorang takde la buat salah apa, setakat bertanya sikit je terus dapat maki berkepuk. menatam apa gitu? cakap elok2 boleh kan.

contoh:

"oi, yang kau letak mangkuk tu kat situ apehal. jatuh kang sape nak bayor? engko?? akal letak mana?"

 
aduhh sedih la gua kalau dapat mak cenggini. instead of saying that way, it would be better like this:

"letak tepi sikit mangkuk tu, jatuh kang susah pulak"


kan sedap dengar, anak pun nak dengar cakap rilek je tadahal punya. hati pun tak sakit. sesetengahnya suka memaki bila anak mereka tu bengap tak boleh di ajar.


"engko ni bodoh nak mampos la. lahabau punya budak. aku cakap lain kau buat lain. mati baik la woii"

haa jangan cakap gua dok mereka ayat ni, memang gua pernah dengar mak orang cakap cenggitu. sedih la sedih weh, apa laa salahnya cakap elok2. setiap yang keluar dari mulut seorang mak tu merupakan doa, kalau bodoh anda kata maka bodoh lah anak anda. jangan salahkan anak kalau depa bodoh, anda yang mendoakan macam tu.




dan gua tak berapa senang dengan makpak yang menggunakan istilah aku-kau dengan anak2. kasar sangat la, apa kata tukarkan dengan panggilan nama kan lagi sedap.




gua cuma cakap saja, tak salahkan apa gua cakap? jadi makpak2 sekalian, gunakan ayat2 yang baik kat anak anda. jangan la dok memaki2 anak, cakap elok2 pun diorang boleh dengar cakap kan, peace yo :)


p/s: nasib baik laa mak aku tak macam ni. mak aku cakap elok2 je. I LOVE MY MOM !
 

PELIK TAPI WUJUD ;P

extreme woii

pun bolehh~

kering siot dia ni..

how is that??

dia pun nak jugak!

dude, seriously?

;p

nice shot

HAHAHA toksah le naik kalau badan dah gitu~

dumbness

cool~

aww cool gila~

fuyyoo seriously?

perit lak muka dia.

;o

DIRTY MIND OR LOGO FAIL? :D










P/s: minda harus positif!! :p

Sunday, July 10, 2011

KEBIASAAN MANUSIA

kita, bila perangai tak betul biasanya orang akan tegur. pada yang tak dapat terima teguran, ayat yang akan terkeluar akan berbunyi:

"aku manusia biasa, tak boleh puaskan hati semua orang."


kita, bila ditegur dan tak menerima teguran, maka mungkin kawan2 akan protes mungkin dengan cara memulau. ayat yang akan terkeluar mungkin berbunyi:

"apa salah aku? aku tau semua orang tak sayang aku. aku dah takda siapa kat dunia ni. ahhh~"


kita, bila perangai tak betul, orang akan tegur. dan bila tak dapat terima teguran, orang ego mungkin akan mengeluarkan kata2 seperti:

"hidup aku, aku punya pasal la nak buat apa. asal aku tak kacau orang sudah. kubur pun lain2"

-butoh pak hang kuboq lain2. kot mati pasal tsunami kena tanam ramai2 dalam satu lubang, tak ke aku jugak sakit mata nengok kau kena siksa? kau pun tak ke sakit mata tengok aku kena siksa?-








kita, bila perangai tak betul, orang tegur kita dengarkan jela. DAN tak kira yang menegur itu lebih muda atau lebih muda, selagi teguran tu tak membunuh anda atau mencederakan telinga anda lalu bernanah ataupun darah berkoyan2 mengalir, dengarkan saja. tak ada lah salahnya.

mungkin anda jenis panas baran ke, hati cepat menyirap ke, ataupun ego tinggi KLCC, tapi dengarkan saja teguran tu. mungkin satu hari nanti, anda duduk sorang2, boring2, anda akan teringat teguran tersebut lalu memuhasabahkan diri anda dengan otomatiknya. maka otomatiknya jugak, anda akan tersedar yang BUKAN ANDA SAJA YANG BETUL DALAM DUNIA NI.


gua pun bukanlah orang baik2 nak cakap macam bagus, tapi jangan pandang pada tuan badan yang bercakap tapi pandang apa yang dicakap.


p/s: tegurlah gua kalau ada yang tak sedap mata memandang, tak sedap telinga mendengar ataupun tak sedap hati merasa :)

BIRTHDAY BOTAK & miya #2

FYI, semalam birthday botak. walaupun gua intend untuk buat suprise untuk dia, malangnya tak menjadi pasal botak ni memang sial sikit perangai, suka menyibuk. kalau kau dah tau aku nak buat suprise pun, kau buat2 taktau sudah, layan jela aku. dasar botak -,- . to make it more suprise, gua buat suprise untuk adik gua, Miya sekali walaupun birthdaynya isnin depan. jimatt duit, pheww


plot: City Park S2
dihadiri oleh: Botak (of course), Miya (main), Emi, Acap Porno, Mon, Awim (hadir di akhir event)

Miya beriya lah prepare sana sini untuk Si Botak punya birthday dan beliau kelihatan sangat excited. namun begitu, ketika Botak sudah nak sampai di tempat kejadian, Miya pelik apabila matanya ditutup sekali. oh, rupa-rupanya birthday party ni untuk dia sekali. <-- mungkin ini yang bermain di mindanya.







Gua takda apa nak bagi dekat botak, lepas makan2 kek semua kitorang pergi karok. sebelum pergi karok, pergi bank dekat Giant. singgah kedai souvenier, dan gua belikan kipas comel berharga RM1.50 yang dipilih botak sendiri untuk dia sendiri. unik bukan? dia memilih hadiah hari jadi sendiri :O

 
hello Miyabi,

walaupun birthday kau lambat lagi, aku sudah pun wish lebih awal iaitu hari Khamis yang lalu dan juga sambut birthday kau hari Sabtu sedangkan birthday hari Isnin nanti. :) ternyata aku adalah orang terawal yang wish.

di sini, aku ucapkan selamat hari jadi yang ke-16. Alhamdulillah sempat sambut, moga2 dipanjangkan umur, sampai boleh merasa kenikmatan hidup berkeluarga, beranak dan bercucu-InsyaAllah. belajar biar yang bagus, jangan jadi malas. malas itu beruk. nak jadi beruk ke?

yang penting, jadi orang yang tak menyusahkan orang lain. buat apa kau nak, jaga diri, jangan mati.



oh birthday boy dan birthday girl, HAPPY BIRTHDAY TO YOU <3 XOXO (macam gedik la pulak haih)





mintak maaf lah botak, gua takda apa nak bagi lu. biasanya gelpren bagi hadiah mahal2 untuk boipren kalau tibanya birthday si boipren. perfume mahal ke, Ipod ke, Ipad ke, baju branded ke, tapi gua? kipas comel kaler pink berharga Rm1.50. oh menyedihkan. emsori :(

nanti nak keluar melepak lagi 21hb nanti. anniversary kita ke yang berapa tahun tak ingat. dan masih takda apa nak bagi. yang penting gua bagi hubungan yang berkekalan :)


                                                                    IN MEMORIES :)

Friday, July 8, 2011

HAPPY BIRTHDAY BOTAK XOXO #1

harini tanggal 9 Julai, tarikh keramat yang ditunggu-tunggu selama ni, dari awal tahun sampai pertengahan tahun dan harini tiba lah harinya. hari jadi buah hati tersayang, MOHAMAD NUR FIRDAUS BIN SAHARUDIN


oh mai jantung paru paru dan limpa ku,

dah besar dah awak, dulu kecik je macam berudu. bila dah besar, cabaran makin banyak. hadapinya dengan akal sihat dan hati tenang. ceh ayat macam haram tapi datang dari lubuk hati tau. den harap hubungan kita berkekalan lah hendaknya. 

plan awak nak kahwin kat Thailand hujung tahun ni jangan diteruskan tau, buat gila kau nok~ haa kan dah ter-heboh kat belog, maka semua orang tau yang AWAK AJAK KITE KAHWIN KAT THAILAND HUJUNG TAHUN NI, NAK ADA IKATAN AWAL2 TAKUT KITE MELEPAS KAT ORANG LAIN. aduhh sorry ngah. sorry la terbagitau eh? takda niat pun (HAHA hambekk kau)

belajar rajin2 tau ngah, banggakan ibu ayah, kite tau awak boleh berjaya. do your best, make everyone around you proud of what you are. kite sentiasa berada di belakang awak. go botak go!

kite jugak harap rambut awak tumbuh cepat dan bila tumbuh ianya lurus dan bukan kerinting. kalau kerinting awak takyah iron seperti yang awak pernah buat suatu masa dulu tau :p oh angah, ni macam bukan speech untuk wish birthday awak je. patutnya title dia 'KEAIBAN ANGAH' takpela, asal kite ikhlas sudeh.
   
i love you bebeh :*



kek untuk awak..

Sunday, July 3, 2011

PLASTIC SURGERY?? PATUT ATAU TAK PATUT?

assalamualaikum pembuka bicara, madah bermula dengan sopan santunnya.


err. macam pelik je bunyinya kalau kata-kata tu datangnya dari gua. ohhoohoii, lama doh tak jumpa, gua tak update belog lebih kurang 2 minggu jugak lah. al maklumlah, dah berpindah ke Melaka, rumah disana tak ada internet, kena laa berikat nafsu nak update belog.


sebelum gua teruskan madah bercili gua, gua nak ucapkan tahniah untuk kawan gua, BOB yang dapat melanjutkan pelajaran ke Sabah, alhamdulillah. senang hati tengok kawan-kawan dah pergi sambung belajar, siap gua dan lain2 hantar pergi KLIA lagi hantar bob. elok2 belajar tempat orang, jangan asyik nak bergonjeng je dengan awek sabahan ye bob.haii  min, lu bila lagi??


entri gua kali ni nak bagi informasi sikit lah, yela biasanya gua dok mengarut sana sini, sekali gua post benda yang berfaedah elok jugak ye idak? dah macam mak bedah mak kiah dahh..


plastic surgery atau malaysianya pembedahan plastik membawa maksud pembedahan yang dilakukan untuk mengubah bentuk asal muka atau badan atau keduanya. haa ni pakcik wiki cakap.


orang kata pembedahan plastik ni bahaya ya amat, silap langkah muka kaorang boleh jadi hodoh, orang tengok pun takut. macam yang kat bawah ni..

hamboii mukanya dah macam orang teran berak. ori punya kan ok. ish ishh

haa yang ni senyum ke tak senyum tak ada beza, memang camtu jela bibir dia.

yang ni confirm semua tau cerita tragis dia kan? ala pasal laki dia main kayu 3 belakang dia,
lantas dia terus buat plastik surgery nak pikat laki dia balik. penyudahnya laki dia
lari ada la. bengomm mu ni..

hadoi yang ni parah. bibir luas ya amat, boleh makan betik sekali suap dengan kulitnya sekali.
memula buat plastic surgery lawaaa, tapi ni la hasilnya bila dah tua.
yang kat dada tu apa tu? dah macam belon. ish ishh

haa yang tu teruk punya hasil. yang teruk memang lah teruk, gua nak tengok lama2 pun geli geliman, hilang nafsu syahwat laki masing2. tapi ada jugak yang menjadi, malah makin menawan dan ramai yang tertawan. macam ni..


plastic surgery yang famous di kalangan artis iaitu menipiskan bahagian atas bibir. lawa nokk~

yang ni dia bedah bahagia hidung saha kasi mancung bahagian bawah, tapi nampak sama je..

gwen steffani, bedah part hidung jugak, kasi lurus sikit. hasilnya, memang lawaa..

aduhh kalau tak buat plastic surgery, hidung dia ni macam kena baling lesung batu.
kan hensem dah lepas surgery tu.

jadi, baik atau buruk plastic surgery ni masing2 dah tau, nak buat tu boleh tapi jangan la melampau sangat. sampai budak kecik tengok pun boleh menangis tahap parah lah tu kan. tapi untuk beragama Islam, tak payah nak pertikaikan la baik ke buruk, memang sah2 haram di sisi agama..


p/s: kalau la menatam ni halal, gua nak bedah hidung gua yang orang kata macam kena gilis treler..