bukan niat untuk mempertikaikan cara makpak mendidik anak depa zaman sekarang, bukan jugak untuk tunjuk bagus. cuma nak memperbetulkan apa yang salah, peace yo :)
ye, gua tau semua makpak fikir cara didikan diorang kat anak2 diorang adalah yang terbaik. tapi yang gua tengok sekarang ni, cara diorang yang banyak tak betul dari segi BAHASA. anak2 biasanya akan ikut apa yang makpak buat. bak kata pepatah, camno acuan camtu lah kuih eh.
nak kata fenomena tu takde lah sangat, tapi banyak yang gua perasan bahasa makpak ni kasar ya amat. taktahu lah apa masalah diorang, cakap nak kasar je. ni dari pemerhatian gua sendiri eh. kadang2 anak diorang takde la buat salah apa, setakat bertanya sikit je terus dapat maki berkepuk. menatam apa gitu? cakap elok2 boleh kan.
contoh:
"oi, yang kau letak mangkuk tu kat situ apehal. jatuh kang sape nak bayor? engko?? akal letak mana?"
aduhh sedih la gua kalau dapat mak cenggini. instead of saying that way, it would be better like this:
"letak tepi sikit mangkuk tu, jatuh kang susah pulak"
kan sedap dengar, anak pun nak dengar cakap rilek je tadahal punya. hati pun tak sakit. sesetengahnya suka memaki bila anak mereka tu bengap tak boleh di ajar.
"engko ni bodoh nak mampos la. lahabau punya budak. aku cakap lain kau buat lain. mati baik la woii"
haa jangan cakap gua dok mereka ayat ni, memang gua pernah dengar mak orang cakap cenggitu. sedih la sedih weh, apa laa salahnya cakap elok2. setiap yang keluar dari mulut seorang mak tu merupakan doa, kalau bodoh anda kata maka bodoh lah anak anda. jangan salahkan anak kalau depa bodoh, anda yang mendoakan macam tu.
dan gua tak berapa senang dengan makpak yang menggunakan istilah aku-kau dengan anak2. kasar sangat la, apa kata tukarkan dengan panggilan nama kan lagi sedap.
gua cuma cakap saja, tak salahkan apa gua cakap? jadi makpak2 sekalian, gunakan ayat2 yang baik kat anak anda. jangan la dok memaki2 anak, cakap elok2 pun diorang boleh dengar cakap kan, peace yo :)
p/s: nasib baik laa mak aku tak macam ni. mak aku cakap elok2 je. I LOVE MY MOM !
No comments:
Post a Comment