Sunday, November 27, 2011

PERGOLAKAN DI MESIR

dah lama nak update pasal mesir ni, tapi asyik busy je, busy dengan pelaburan. lepak minum sampai 4 pagi, borak benda yang sama je. entah apa yang life sangat.


macam biasa jugak entri yang berbaur politik, Islamik kurang dapat sambutan dari readers. apa readers nak? porn joke, fashion, gosip pasal boipren kaorang. gua peduli apa, gua berblogging bukan untuk tambahkan jumlah follower ataupun duit nuffnang tapi naluri suka berkongsi yang bagi semangat pada jari jemari ni untuk terus menaip berkongsi ilmu dengan readers. so, terima kasih banyak untuk siapa yang dah click pada entri ni. teruskan membaca..


back to the main point, kita dari beberapa bulan lepas dihebohkan dengan masalah pergolakan di Mesir. banyak rusuhan, bom meletup sana sini, pelajar kita kena rogol dan macam-macam lagi. maka Najib didesak membawa pulang pelajar-pelajar kita yang dekat sana, dikhuatiri keselamatan terancam.


dilaporkan, pelajar kita kat sana daerah Mansoura hidup dalam ketakutan. orang tepi jalan dibunuh, rumah kena rompak dan lebih teruk lagi, 6000 banduan penjara berkeliaran di jalanan. Kapal Bunga Mas 5 dan 3 kapal terbang C-130 TUDM telah pun dihantar dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia yang berada disana dan Alhamdulillah semua selamat sampai di Malaysia. sekarang, dah balik sana balik pun.







APA PUNCA RUSUHAN?


pada entri lepas-lepas, gua ada cerita pasal Gaddafi, tapi itu masa dia dah tewas di tangan rakyatnya sendiri. sekarang rusuhan di Mesir pulak. dan sekarang, orang cakap musim kebangkitan negara-negara Arab terhadap pemerintah mereka. tahun ni juga, Gaddafi Presiden Libya mati dibunuh rakyat sendiri, Presiden Tunisia, Ben Ali didesak rakyat untuk meletakkan jawatan, dan kini rejim Hosni Mubarak pemerintah Mesir berjaya ditumpaskan rakyat mereka.


apa yang berlaku di Mesir adalah akibat daripada rasa ketidakpuasan hati rakyatnya terhadap pemimpin Hosni Mubarak sendiri yang disifatkan pemimpin korup. Mesir takda kemajuan yang pesat, rakyat ditindas, kritik sikit kena penjara. dan yang paling menyakitkan hati, Hosni Mubarak menghalang talian hayat atau bantuan kepada penduduk Palestin dimana pintu sempadan ditutup dan bekalan makanan disekat.


Mubarak sedap makan duit poket kerajaan Amerika bagi, sedangkan saudara kita di Palestin mati kelaparan tanpa sebarang bantuan. Nauzubillah, benarlah kata orang, semua benda boleh dibeli termasuk harga diri.


gambar diatas menunjukkan rejim Mobarak menyerang rakyat Mesir yang memberontak dengan menyemburkan gas pemedih mata. bila Mobarak sedap makan duit haram, rakyat apa dia kisah? Entah apa yang ada di pikiran Pak Mubarak yang tega menutup mata atas teriakan warganya dan nyawa yang telah hilang kerana kekukuhannya memeluk takhtanya. tak bawak masuk kubur pun la woi.


Mesir berada di tahap kemiskinan yang ditetapkan PBB iaitu AS$2 sehari atau RM6.10. kemiskinan, pengangguran, dan kenaikan harga makanan mengancam rejim Mubarak. ketegangan antara penduduk Islam dan Kristian memburukkan lagi keadaan.


dan sekarang, Hosni Mubarak telah pun meletakkan jawatan. namun, masalah tidak berakhir disitu. selepas perletakan jawatan Mubarak, berlaku kekosongan pemerintahan dan diambil alih oleh tentera yang merupakan rejim Mubarak sendiri. macam Chin Peng ambik alih Tanah Melayu lepas Jepun undur dulu tu.


mulanya, rakyat setuju tapi mereka seolah-olah nak monopoli terus kerajaan Mesir yang membawa kepada pemerintahan tentera seperti yang berlaku di Turki beberapa lama dulu. bermakna, kalau ada election sekalipun, perdana menteri yang dipilih hanya ada berapa percent kuasa je.


jadi, rakyat Mesir sekali lagi berkumpul dan berkhemah untuk menunjukkan protes. mereka berjuang mati-matian untuk mendapatkan semula keamanan dan pemerintahan telus dalam kerajaan Mesir. yang lebih gua tersentuh hati, mereka semua yang berjuang ni, siap tulis nama dan nombor telefon orang terdekat yang boleh dihubungi pada lengan diaorang, in case diaorang meninggal masa bertempur dengan pihak tentera mayat diaorang takla dibiarkan macam tu je.
diaroang dah redha, diaorang tahu kemungkinan diaorang akan meninggal sangat tinggi, makanya persiapan awal dibuat. tak takut mati punya orang. indah dan amannya dunia kalau seluruh umat Islam mempunyai semangat juang sebegitu. Allahuakbar!




Netanyahu pulak macam biasa sebarkan cerita karut marut dia, kononnya pergolakan di Mesir ni akan menjejaskan kestabilan serantau. pak hang la..sedangkan dia tengah takut sebab negara-negara Arab sekarang tengah menggeledak di mana pemimpin-pemimpin korup yang ikut cakap Netanyahu ni mula dijatuhkan sorang demi sorang.


dan bila negara-negara Arab yang keliling Israel dah mula berpaling tadah, dia tinggal sorang-sorang seciput je dengan orang yang tak suka dengan dia. nak geng ngan Amerika bolehh, tapi jauh. bila tinggal berjiran dengan orang yang tak suka dia, dia pulak buat kepala dia, kacau orang sana sini, orang Arab dah mengamuk tau la dia.


konklusi di sini, kita sebagai umat Islam sama-samalah kita berdoa agar saudara kita yang ditindas di Mesir, Palestin atau dimana saja akan dapat pertolongan dari Allah yakni seluruh umat Islam bersatu menentang kuasa jahat yang sentiasa nak menjatuhkan kita. ALLAHUAKBAR!


jom layan Maher Zain..dengar lagu ni buat gua membara-bara nak update entri ni.

Thursday, November 24, 2011

KARANGAN KREATIF BUDAK SEKOLAH

harini gua post 4 entri. boring sangat dan nak berkongsi gelak tawa dengan readers. tengah blogwalking, terjumpa entri best pasal karangan pelajar mungkin dari Sarawak kot.


karangan budak-budak ni memang sengal ubi, bikin perut geli-geli lantas ketawa terbahak-bahak (ayat macam harem) diaorang ni ada idea, kreatif lagi tu, tapi tu lah, otak budak-budak kalau dah kreatif tu kreatif sangat. gua tak kata diaorang bodoh, kerana jutawan/inventor/ilmuwan dunia pun kebanyakannya ada masalah otak lembab, tak reti baca dll. ambik contoh, Bill Gates. sekarang kaya ya amat, 7 keturunan melantak pun belum tentu habis. so, tekankan disini: nothing is impossible.



persoalan 1: plot kebanyakan di sini cerita pasal dia bukak pintu, dia takut, dia tutup pintu- berulang kali
persoalan 2: kenapa mak dia gembira tiba-tiba?
konklusi: cerita yang memerlukan imaginasi tinggi, bagus budak ni. fuu~


dah 3 kali kena redo stilll buat kesalahan sama, jiwa kental la budak empunya karangan kat bawah ni- asyik kena marah dengan cikgu je.



persoalan 1: ayat dia cool gila. gua pun tak berani buat masa SPM dulu- "saya pun terfikir. ya kan saya ada bawak lastik. buduh kenapa saya boleh telupa?" perghh hati kering betul budak ni -,-



persoalan 1: dengan penuh yakin dia describekan benda yang menarik kaki dia dalam air sebagai puting beliung                                                                                                                             
persoalan 2: macam gembira pulak sebab dia terminum banyak air masa berenang-renang sampai kenyang~
persoalan 3: tajuk utama karangan- Terima Kasih Datuk- tapi ending dah menyimpang habis jadi "saya benci datuk saya" . memang sengal punya budak.



persoalan 1: ayat pasar habis, gua pun tak faham. pakai dialek Sabah Sarawak mungkin.
                                                                                       


persoalan 1: cerita yang menarik habis. gua pun tertunggu-tunggu ending dia.
persoalan 2: dia nampak seketul ular, diia gustan pelan-pelan. ada unsur saspen disitu.
persoalan 3: dia salahkan mak dia sebab bagi makan telur untuk breakfast? kejam gila.
konklusi: cerita dia ada improvement dari karangan yang pertama. bertambah best. 

     
           

LATEST FASHION INNOVATION

latest fashion innovation called fundies. what is fundies? it is underwear for two. believe it.



p/s: just wondering, who would buy it? unless you're searching for extra fun.

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT BOOBS

macam biasa, entri macam ni akan dapat hits yang gua pun pelik juga. kenapa orang kita tertarik kepada perkataan 'boobs', 'masturbate', 'sex', 'shemale' dll. dirty minds.


gua sukakan fakta. tapi fakta-fakta yang ada di blog ni takdapat dekat buku, belajar di sekolah ataupun dalam TV. fakta yang ada di blog ni tak penting untuk diambil tahu tapi menarik bila dapat tahu.


so, here we go. facts about boobs:















Wednesday, November 23, 2011

HIDUP ASAL BOLEH NAFAS! -zaman kanak-kanak



bila dikenang balik, penuh rasa gembira hiba zaman kanak-kanak dulu. dan gua rasakan zaman kanak-kanak gua dan adik beradik dulu yang paling cool antara teman-teman lain yang dimanjakan sepenuhnya.


makpak kami tak pernah tunggu kami sampai akhir waktu sekolah masa hari pertama masuk darjah 1. mengikut pengalaman gua, gua kena hantar masuk kelas, kendian pak gua gerak pergi kerja. gua ingat dia tunggu gua bersama dengan deretan makpak orang lain.

gua dapat table, duduk, pandang belakang dia takda. nak buat camna? pasrah jela yobb. buat kawan, lepastu terkinja-kinja.




duit belanja kami masa sekolah rendah dekat KL dulu, 50sen je. duit celah taik gigi macam tu apa boleh dapat? tapi zaman dulu kopok lekor sebatang seposen je, nasi lemak 40sen. haaa tercekiklah kami makan takda air. survive habis kan?

kendian pindah ke Seremban, up sikit la duit belanja, jadi RM1. adakalanya pak kami sengkek duit, mak kami pesan suruh makan kenyang-kenyang kat rumah sebelum pergi sekolah. sedih pulak bila dikenang kembali.



kami adik beradik dulu dilatih untuk berkongsi. pak kami selalu beli jajan. macam Super Ring, Mister Potato dan segalam macam yang lain tuu. tapi kami masa tu 4 beradik, (bongsu belum keluar lagi) pak kami beli sebungkus besar dan kami akan berkongsi 4 orang. terasa gembira di situ.



kecik dulu, kek harijadi kami mak kami bikin sendiri. kek carrot ke, kek coklat ke apa-apa kek semua mak kami bikin. mak kami pandai masak, kami pun tak kisah sangat. tengok ada kek je dah cukup happy. tak macam sekarang, kalau takda Secret Recipe, celebration konon tak meriah. puiii~



zaman kanak-kanak kami takda barang mainan, macam otromen terbang, satu set pasukan tentera ataupun anak patung. kami bikin barang mainan kami sendiri. kusyen kerusi kami buat khemah, selimut jadi kanvas, konon life sangat la tu. haa lagi life, pergi rumah jiran main PS diaorang. tu yang stimm habis.



mainan mewah pertama kami adik beradik, sebuah kereta control kaler merah yang pak kami beli untuk kami. gua pompan consider tak reti main (hampeh tol) terkinja-kinja jela tengok abang-abang gua main. kakak gua pulak kunun dah besar sangat taknak masuk campur. padahal baru darjah 6, pooorrraahhh~



sampai lah dah besar gadang macam ni, kami rilek saja berdikari sendiri. kami 4 beradik buat lesen kereta/motor sendiri. sendiri maksudnya disini, tanpa pak kami perlu call orang tempat buat lesen tu, call cikgu ajar kereta dan sebagainya. pak kami bagi duit secukupnya, pergilah kami terkontang kanting taktau apa-apa.

tapi sejujurnya gua bangga. pasal tengok kawan-kawan lain, makpak yang uruskan pasal lesen, siap hantar depan pejabat lagi. makpak gua, kasi duit je, kami adik beradik setel sendiri. cool gilaa~




terasa nak kembali ke zaman hingusan dulu. tu la kauu min, dulu kecik-kecik sibuk nak jadi orang besar, sekarang dah besar nak jadi kecik balik. apa-apa pun, hidup mesti diteruskan tak kira pahit maung mana yang harus ditelan. hidup asal boleh nafas!

Tuesday, November 22, 2011

MAGIC OF NIGHTMARE *WOOTT WOOTT*

i'm losing my sense of humour.


this is it. its time to change. Allah love those who change towards good. back me up, stand still behind my back, guys. InsyaAllah, i'll be a better person. ever.


nowadays, this blog, its not a platform for me to search popularity. tak jaja kisah sedih. tak jaja kisah yang gua ni ramai peminat. follower? namploh pun namploh la. pedehal? tak mengunci jari ni untuk terus memuntahkan karya sampah.


okeh baideway, gua nak promosi magician nogori kito, MAGIC OF NIGHTMARE yang kini sedang melonjak naik membawa nama di seluruh pelusuk negeri di Malaysia. mereka akan membuat show kebabomm di Kompleks Belia & Sukan Paroi, Seremban pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ni. datang ramai-ramai bagi support untuk diaorang okeh? majulah magik untuk entertainment kita! (slogan takleh pi jauh-jauh)


Tuesday, November 15, 2011

MOVIE HARUS TONTON

entri ni bertujuan untuk merekemen movie-harus-tonton-kalau-tak-tonton-rugi-gila. at first place, when i say, the movie is superbb then i really mean it. gua ni merangkap pengulas movie tak bertauliah jadi jangan cuba-cuba meragukan taste movie gua.


1. MY SISTER'S KEEPER


cerita yang lebih kepada prospek kekeluargaan di mana salah seorang keluarga diaorang menghidap kanser dan hampir mati. mak dia pulak bertungkus lumus nak selamatkan dia tanpa fikir orang lain. si penghidap kanser ni pulak cuba untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya. banyak konflik yang buat hati kaorang dupdap sambil air mata mengalir.


sebuah cerita yang mampu buat kaorang menangis sebak di dada dan mula menghargai family kaorang (mungkin untuk jangka masa pendek sahaja keinsafan itu) -oo-'


2. BEYOND THE BLACKBOARD



a 24 years old first time teacher overcome her initials fears and predujices and makes a difference in the lives of the homeless children she teaches in a shelter's makeshift classroom. haa pandai tak gua ngomputeh? copy-paste boleh la. cehh. pompuan ni cuba jugak nak bagi pendidikan dekat homeless kids ni walaupun ramai orang cakap mereka-mereka ni takde masa depan.


movie ni based on true story dan banyak dapat awards. cerita ni gua highlight kan, mesti tengok. air mata mengalir dengan deras bila plot saorang demi saorang murid dia pergi tinggalkan dia. sangat meruntun jiwa #sobsob


3. LASKAR PELANGI




akar ceritanya sama saja macam cerita di atas, berpaksikan kepada perjuangan anak-anak untuk mendapatkan pelajaran. mungkin ramai yang dah tengok cerita ni sebab banyak kali dah diulang tayang dekat astro Prima dan Citra.


tapi cerita ni tak buat gua menangis, dia buat gua pandang ke langit, tangan di dada, gigi ketap bibir, mata berair. haaaa tu maknanya bangga la. sedangkan kita yang hidup senang lenang mudah untuk dapatkan pelajaran tapi ambil sambil lewa, inikan orang-orang yang sanggup bersusah payah untuk mengisi ilmu di dada.


                                                        *          *          *          *         *

konklusinya, instead of kaorang download cerita merepek, better kaorang download movie di atas. kompem cara kaorang melihat dunia akan berubah dan seterusnya merubah kehidupan kaorang. walaupun sedikit. dah macam pesanan khidmat masyarakat pulak -oo-'


ok, done.

FATIN LIYANA: FENOMENA BLOGGER

entri ringkas. asal boleh taip, gua taip - sementara tunggu angah/beruk jemput.


ohkee, SIAPA FATIN LIYANA? blogger famous -konon atau memang?

ok, tak boleh diragukan dia memang famous, kadang2 jalan2 blog orang selalu jugak click blog dia walaupun tak follow. mungkin orang suka dia sebab dia boleh dijadikan ikon fesyen- untuk orang bertudung (tak berudung pon boleyy) tapi fashion dia boleh diklasifikasikan sebagai high class fashion pasal mahal wooo baju2 dia #sobsob


tapi gua takda la nak fanatik sangat dengan dia, setakat minat macamtu jela. belog dia memang selalu jadi tatapan dikala boring sejak 2 tahun lepas. tapi dia memang layak nak dijadikan ikon sebab penampilan dia, tahap pengajian dia, life dia yang orang tengok perfect. but the fact, takda hidup orang yang sempurna pun.




ya ya ya, itu kakak gua dengan FL. si malaon ni pulak gila bergambar dengan orang kelas atasan /artis. FL ni pulak rakan blogger dia, jumpa dekat open house mutual friend diaorang.


hm instead of gua fanatik dengan orang lain, baik gua fanatik dengan kakak sendiri. she's quite hot jugak. puiiii~ #bak sini RM100. klik sini untuk enter ke belog si malaon elmoluya merangkap kakak gua.

belog yang jadi pujaan hati ketika blog walking, blog Irene Nadia Marcello. dia memang lah comel yang teramat comel, gua yang tino ni pun boleh cair dengan senyuman dia.


btw, belog ni bukan bertujuan untuk memperlekehkan fans FL, saja buat untuk suka. fans dia pulak, jangan la nak berlebih2, orang tengok menyampah.


done.



Sunday, November 13, 2011

Cerita Bermula

lama tak update belog. takda cerita baru selain daripada kakak gua yang show off pasal Sarimah Ibrahim follow twitter (the real one) dan Fynn Jamal add facebook dia dan juga gua mengajar miya layan Fynn Jamal, Angah pergi audition Raja Lawak, perut gua semakin membesar dan gua tekilan takdapat lepak dengan Angah walaupun sekarang dekat Seremban.


done.

Saturday, November 12, 2011

hai saya bosan

Saya dekat mekdi senawang. Saya ada bersama ameer, miya, taufik dan emi. Saya dah 3 jam dekat sini dan tak buat pape pon. Saya rasa macam orang gila. Pape pom saya post entry ni via blekberi. Saya baru belajar pakai blekberi. Sila tunjuk ajar.

Thursday, November 3, 2011

FUUUU~ DAH BOLEH TENGOK ORANG ROMEN ROMEN

3 NOVEMBER. biasanya dikaitkan dengan orang yang periang, aktif, kreatif, mesra, COMEL, ANGGUN, KURUS&LANGSING, dan pujian yang sebagainya.


well well well, kalau tak angkat bakul sendiri, siapa nak angkatkan, ye idok? kalau ada pun, angah. itu pun setelah dipaksa selepas ditarik putingnya.


hari jadi yang paling simple tapi menggembirakan selama 18 tahun bernafas. jam 12, angah call, of course.

"happy birthday sayang. japgi kita call balik, nak main game. kbai." #sobsob


kendian, call orang sana sini ingatkan birthday gua. ketagih bosday wishes #simpati gila
sekarang, jam 9.20 malam dan gua telah dapat sebanyak.............



















































3 message birthday wishes. fuuuu~ merobek jiwa dan raga. tapi takpa, orang dah wish tu pun kira ok. terima kasih kepada kakak tersayang, sepupu tersayang dan miya terbenci.


harini pergi PD dengan angah, jalan-jalan makan kuih, lepak tepi pantai. BERDUA SAHAJA. don wori paklong maklong paksu pakteh dan segala macam pakcik makcik yang baca. kami tidak berduaan di tempat sunyi.


 aman dan harmoni rasanya apabila berdua. maklumlah, kali terakhir kitorang dating berdua tak ingat dah bila. mungkin 4 bulan lepas.


senang hati umur dah 18. macam-macam boleh bikin.


  • boleh tengok wayang cerita orang romen-romenan
  • boleh beli rokok sendiri 
  • boleh masuk pub dengan sah 
  • boleh keluar malam atas pukul 12


dannn kenapa semuanya benda negatif untuk orang atas 18? ish ish. jangan risau lagi pakcik makcik sekalian, gua tak buat. senaraikan je.


finally, SELAMAT HARI JADI MIN.


p/s: orang kata kalau nak tengok kita disukai orang ke tak, tengok berapa ramai yang wish kita pada hari penting. and obviously, tak payah gua nak sambung ayat ni.. sodeh mek :'(