Tuesday, November 15, 2011

MOVIE HARUS TONTON

entri ni bertujuan untuk merekemen movie-harus-tonton-kalau-tak-tonton-rugi-gila. at first place, when i say, the movie is superbb then i really mean it. gua ni merangkap pengulas movie tak bertauliah jadi jangan cuba-cuba meragukan taste movie gua.


1. MY SISTER'S KEEPER


cerita yang lebih kepada prospek kekeluargaan di mana salah seorang keluarga diaorang menghidap kanser dan hampir mati. mak dia pulak bertungkus lumus nak selamatkan dia tanpa fikir orang lain. si penghidap kanser ni pulak cuba untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya. banyak konflik yang buat hati kaorang dupdap sambil air mata mengalir.


sebuah cerita yang mampu buat kaorang menangis sebak di dada dan mula menghargai family kaorang (mungkin untuk jangka masa pendek sahaja keinsafan itu) -oo-'


2. BEYOND THE BLACKBOARD



a 24 years old first time teacher overcome her initials fears and predujices and makes a difference in the lives of the homeless children she teaches in a shelter's makeshift classroom. haa pandai tak gua ngomputeh? copy-paste boleh la. cehh. pompuan ni cuba jugak nak bagi pendidikan dekat homeless kids ni walaupun ramai orang cakap mereka-mereka ni takde masa depan.


movie ni based on true story dan banyak dapat awards. cerita ni gua highlight kan, mesti tengok. air mata mengalir dengan deras bila plot saorang demi saorang murid dia pergi tinggalkan dia. sangat meruntun jiwa #sobsob


3. LASKAR PELANGI




akar ceritanya sama saja macam cerita di atas, berpaksikan kepada perjuangan anak-anak untuk mendapatkan pelajaran. mungkin ramai yang dah tengok cerita ni sebab banyak kali dah diulang tayang dekat astro Prima dan Citra.


tapi cerita ni tak buat gua menangis, dia buat gua pandang ke langit, tangan di dada, gigi ketap bibir, mata berair. haaaa tu maknanya bangga la. sedangkan kita yang hidup senang lenang mudah untuk dapatkan pelajaran tapi ambil sambil lewa, inikan orang-orang yang sanggup bersusah payah untuk mengisi ilmu di dada.


                                                        *          *          *          *         *

konklusinya, instead of kaorang download cerita merepek, better kaorang download movie di atas. kompem cara kaorang melihat dunia akan berubah dan seterusnya merubah kehidupan kaorang. walaupun sedikit. dah macam pesanan khidmat masyarakat pulak -oo-'


ok, done.

No comments: