Monday, January 23, 2012

CERITA YANG MENGUBAH PERSEPSI KITA TERHADAP MASALAH: bukan kita yang paling malang dalam dunia. jadi hargailah hidup anda


ini adalah kisah benar yang menyayat hati- tentang seorang anak di China, Zhang Da yang mendapat penghargaan tinggi dari pemerintahnya kerana dinyatakan telah melakukan perbuatan yang sangat luar biasa. di antara 9 orang dari peraih penghargaan itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumah penduduk lain di China.

sejak kecil, dia ditinggalkan oleh ibunya kerana ibunya tidak tahan lagi hidup bersama ayahnya yang sering sakit kuat dan sangat miskin. sejak itu, Zhang Da hidup dengan si ayah yang tidak bekerja dan sering sakit kuat. 

kalau dinilai dari segi umur, memang cukup berat apa yang budak ni pikul tapi demi tanggungjawab, dia kuatkan semangat. dia pergi sekolah dengan berjalan kaki, lalu hutan kecil. dan dalam perjalanan, sebab tak sarapan dari rumah, di perjalanannya dia makan daun-daun, bijian-bijian dan buah-buah yang dia jumpa.

kadang-kadang dia cuba makan rumput sampaikan dia tahu mana yang boleh diterima lidahnya dan yang mana tidak. pulang sekolah, dia bekerja membelah batu-batu besar. upah kerjanya digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan ayahnya. setiap hari, dia menggendong ayahnya ke bilik air, menggosok dan memandikannya.

uba yang mahal dan tempat berubat yang jauh membuatkan Zhang Da terfikirkan cara untuk mengubati si ayah. dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui buku yang dibeli. dia belajar tentang cara-cara jururawat menyuntik jarum dan setelah dia berasa mahir, dia melakukan suntikan sendiri kepada ayahnya.

ketika acara penganugerahan tersebut berlangsung, speaker bertanyakan kepada anak tersebut, apa yang diinginkannya.
 'apa yang kau mahu? apakah wang atau selainnya? di sini ada banyak pegawai, pengusaha serta ratusan juta penonton rancangan ini yang sedia membantumu nak!'
namun jawapan Zhang Da sangat mengejutkan siapapun, dia hanya berkata,
'aku tak mahu apa-apa, aku hanya inginkan ibuku kembali!'


***

a true story that change my whole perspective on the way i labelled myself when i have tons of problems. seorang anak kecil yang tak dicurahkan apapun kemewahan tapi dah ada rasa tanggungjawab dan memikulnya seperti orang dewasa.

where am i this whole time? on what earth did i step on this whole years? and seriously, what kind of person i am?


ya, aku si bodoh. kau pun.

Friday, January 20, 2012

MEMANG ENTRI NI UNTUK AMEER

sejak bermenjak ni, jiwa kacau habis. bila buat tak layan, makin menjadi pulak. nak lepas, dekat Ameer jelah. siapa lagi yang kena sanggup kena maki kemudian diam dan senyum? untuk itu, terima kasih abang.

minggu ni saja gua dah menangis lebih 3 kali.

'cihh perempuan ni, menangis banyak kali pun nak bagitahu'


ehh biaqpilaa gua nak taip apa pun. orang post entri mengumpat sana sini suka pulak lu tatap.
balik pada cerita, Ameer adalah penyebab besar gua menangis sebab dekat tempat belajar, dia berperangai macam kera, tinggal takda ekor dan bulu yang banyak je. rambut dah kurang lebih je.

Ameer dah ramai peminat kat sana, pasal tu adik dia yang comel ni disampah-sampahkan, diludah-ludah. itu jam, memang gua semburrrrr~ sampai menangis lah. cihh gua ni, luaran je nampak konkrit, dalam hati ada City Park tau. eh, dengar cerita City Park ada anak buaya? jengjengjengg. tulaa kaorang, main baling je roti lah whiskas lah batu lah ludah lah, maka terlahirlah seekor anak buaya dengan sendirinyaa.

ni semua sebab period dah terover hari, maka tahap ketensionan semakin meninggi.
hipotesis: semakin lambat period, semakin banyak Ameer kena maki

haii lah Ameer, apahal la gua buat entri pasal lu ni? aptb~ (HAHA)


yayaya gua tahu muka dia macam b***k, tapi bersama dialah gua tertawa, ternangis dan terkentut.

 so, introducing Ameer Adzwan a.k.a Boncoi a.ka my brother a.k.a my bffffff (best friend fucking forever fuck fuck fuck), umur 19, menaiki kereta Naza Ria, tak suka mandi, rambut hodoh, bateri handphone manjang low setiap kali gua mintak dan sudah berpunya. *sori mona dan kamisah. 



Saturday, January 14, 2012

SI PARADOKS

aku letih. aku penat.
orang-orang caci maki aku ibarat aku tak punya sesuatu yang namanya perasaan.
katanya suruh aku lakukan anjakan paradigma.
apa itu? apa maksudnya?
aku rasa 'kau' yang patut berhenti bercakap tentang aku dahulu baru kau boleh bercakap tentang itu.
siapa kau?
kau, ya kau. dan kau kau semua. ya, tudinglah jari pada diri sendiri, kau yang aku maksudkan disini.


bunuhlah aku.
bunuh jasad aku. dari kau bunuh jiwa aku.
aku bukan malaikat, jauh sekali nabi.
kau bercakap tentang agama sedangkan setiap sabtu malam kau pergi check-in sama pacar kau.
*senyum*
dunia akhir zaman~


ya, aku si bodoh yang tak punya apa.
kawan yang ramai & panas, baju mahal-mahal ataupun handphone canggih.
aku sudah lama tak cium yang namanya sejadah.
aku sarung baju apa yang ada, walaupun murah saja.
aku berkawan dengan mereka yang tegur aku.
aku si lurus yang bodoh.


pergi, pergi jauh.
jangan ganggu aku.

Tuesday, January 10, 2012

2012 DUNIA BERAKHIR, SIAPA TAHU? KELEMUMUR SAYA MASIH ADA LAGI..GUNALAH SUNSILK~

dah 2 minggu masuk 2012, barulah nak buat entri tahun baru. apa pun tak boleh min nii~


biaqpilaaa, gua pun blog, gua punya suka laa bila nak tulis.


orang kata tahun baru, azam baru, orang baru, jiwa baru, semualah baruu. boipren pun baru. boleh ke centu? :D
azam baru? azam baru gua, untuk mencapai azam lama. hapekebendenye azam lama gua? huh, let it be confidential. terlalu private untuk dikongsi.


tapi, hidup biar ada matlamat barulah berbaloi setiap nafas yang kita sedut dan hembus. maka dengan itu, gua mendoakan matlamat kengkawan gua tercapai apa pun jua ianya, ameennn~


sekali gua selitkan peringatan untuk bebudak belajar tempat gua, takpayah nak kerek sangat la kan. kita nak jumpa 3 tahun ni, kalau sekali gua terlempang, buruk muka tu karang. kakyong paroi nihhh, huh~