ini adalah kisah benar yang menyayat hati- tentang seorang anak di China, Zhang Da yang mendapat penghargaan tinggi dari pemerintahnya kerana dinyatakan telah melakukan perbuatan yang sangat luar biasa. di antara 9 orang dari peraih penghargaan itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumah penduduk lain di China.
sejak kecil, dia ditinggalkan oleh ibunya kerana ibunya tidak tahan lagi hidup bersama ayahnya yang sering sakit kuat dan sangat miskin. sejak itu, Zhang Da hidup dengan si ayah yang tidak bekerja dan sering sakit kuat.
kalau dinilai dari segi umur, memang cukup berat apa yang budak ni pikul tapi demi tanggungjawab, dia kuatkan semangat. dia pergi sekolah dengan berjalan kaki, lalu hutan kecil. dan dalam perjalanan, sebab tak sarapan dari rumah, di perjalanannya dia makan daun-daun, bijian-bijian dan buah-buah yang dia jumpa.
kadang-kadang dia cuba makan rumput sampaikan dia tahu mana yang boleh diterima lidahnya dan yang mana tidak. pulang sekolah, dia bekerja membelah batu-batu besar. upah kerjanya digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan ayahnya. setiap hari, dia menggendong ayahnya ke bilik air, menggosok dan memandikannya.
uba yang mahal dan tempat berubat yang jauh membuatkan Zhang Da terfikirkan cara untuk mengubati si ayah. dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui buku yang dibeli. dia belajar tentang cara-cara jururawat menyuntik jarum dan setelah dia berasa mahir, dia melakukan suntikan sendiri kepada ayahnya.
ketika acara penganugerahan tersebut berlangsung, speaker bertanyakan kepada anak tersebut, apa yang diinginkannya.
'apa yang kau mahu? apakah wang atau selainnya? di sini ada banyak pegawai, pengusaha serta ratusan juta penonton rancangan ini yang sedia membantumu nak!'
namun jawapan Zhang Da sangat mengejutkan siapapun, dia hanya berkata,
'aku tak mahu apa-apa, aku hanya inginkan ibuku kembali!'
***
a true story that change my whole perspective on the way i labelled myself when i have tons of problems. seorang anak kecil yang tak dicurahkan apapun kemewahan tapi dah ada rasa tanggungjawab dan memikulnya seperti orang dewasa.
where am i this whole time? on what earth did i step on this whole years? and seriously, what kind of person i am?
ya, aku si bodoh. kau pun.
No comments:
Post a Comment