Saturday, January 8, 2011

Customer


paling gua benci kerja chicken rice ni, CUSTOMER.
pasal customer gua ke hulu ke hilir hantar order macam orang gila,
pasal customer gua kena angkat besen cuci segala sisa makanan diaorang,
pasal customer gua kena rajinkan mulut sebut ''haiii welkammmmmmmmm''.
pasal customer kitorang selalu balik lambat pasal sesetengahnya tak reti nak balik,
sedangkan kitorang dah mula kerja-kerja closing.

asal ada customer, semua staff merungut,
''babi, tak reti makan kat rumah ke''
''deyy, kat rumah dah tak ada gas ke''
''pergi makan tempat lain lah sial''
tapi bila service charge rendah masing-masing merungut, haha.

pagi tadi gua dapat customer,
ala-ala rempit. bawak awek pakai baju kotak-kotak dengan cap tak habis sarung,
konon dia paling hensem dalam jusco tu lah,
gua ambik order dia, dia nak bergurau dengan gua lah gua rasa kan.

dia: dik, duk lah sini makan sekali dengan abang.
gua: *senyum (tengah lap table)
dia: nanti duk sini makan dengan abang eh.
gua: *muka toya (terus belah nak punch order)
dia: dik dik, nak nombor boleh? nombor ic pun jadi lah. (konon kelakar la)
gua: *muka toya paling toya sampai nak loya (belah lepas send order)

lepas tu masa gua paling belakang je dari meja tu gua dengar satu perkataan keramat,
yang diharamkan dalam islam sama ada menyentuh lagi memakannya,
iaitu BABI.
brader tu cakap gua babi pasal tak layan lawak bodoh dia?
lahanat betul, tapi gua ingat pesan manager gua,
CUSTOMER ALWAYS RIGHT.
tapi tak bermakna memang gua babi,
gua pun belah pergi kitchen memaki-maki seorang diri sambil makan roti canai.
end of story.

gua tau gambar atas ni memang tak relevan dengan topik gua,
tapi gua rasa gambar ni memang menarik.
k bye

Tuesday, January 4, 2011

Facebook Memang Boleh Bawak Malang

gua pernah tengok orang bergaduh dekat wall facebook,
berpuluh-puluh orang dah yang gua dah tengok,
tu belum yang gua tak tengok lagi,
alang-alang mark zuckenberg dengan tom anderson pun bergaduh,
ini kan budak-budak bodoh yang baru nak guna facebook.

pasal facebook jugak member gua pernah bergaduh sampai mandi milo ais *HAHA
pasal facebook jugak buat bestfriend bergaduh,
mana taknya, tak letak dekat list family pun kecik hati lantas tercetuslah pergaduhan,
pasal facebook jugak gua tak boleh nak menggedik dengan jantan lain,
kang cepat je angah tau,
dekat facebook jugak penyokong malaysia dan indonesia berembat tak puas hati.

konklusinya, FACEBOOK MEMANG BOLEH BAWAK GADUH.
sekarang bapak gua, mr.shahriman suruh gua buat account facebook dia,
gua nak buat serba salah, taknak buat memang salah,
gua tak kisah dia ada account facebook gua,
tapi gua suka market link belog gua dekat wall,
tak pasal-pasal mr.shahriman main tekan-tekan,
click pulak dekat ''HIDUP ASAL BOLEH NAFAS'',
ahh sudah kantoi gua melucah mencarut, merayau jauh-jauh tak bagitau dia,
dan segala macam dajal yang gua buat belakang dia.












damn.

Monday, January 3, 2011

TAHUN BARU??

ok gua memang ketinggalan nak buat entri pasal tahun baru ni,
dah 4 hari masuk 2011 baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal tahun baru.
sebelum gua bukak apa-apa cerita,
gua nak bagitahu dengan niat berlagak serta bongkak campur sikit membangga diri,
RUMAH GUA DAH ADA STREAMYX.
takpayah la lepas ni gua terhegeh-hegeh mengengsot ke cybercafe abang tak mandi tu lagi,
itupun bapak gua main sorok-sorok cable pasal tak bagi adik gua main internet,
maklumlah dia budak sekolah lagi.

bukak cerita pasal tahun baru ni,
gua tak celebrate pun,
takde pergi KL ke, Melaka ke atau mana-mana fireworks show,
gua cuma duduk depan JJ ramai-ramai, borak-borak, balik.
kitorang cuma celebrate dengan air kotak dan sebotol air kosong,
kononnya mabuk lah, haha.
tapi gua punya harapan untuk tahun 2011 ni,
gua nak tengok family gua bahagia, takde konflik langsung.
gua dah letih nak tengok mak gua mengamuk macam orang meroyan.

by the way, my future mother-in-law dah ada account facebook,
dan dengan penuh yakin beliau add gua,
lepas ni tak boleh dah letak gambar-gambar merepek, tak senonoh dan tak sopan,
nanti kena reject tak pasal-pasal gua kahwin lari kat Thailand.
-__________________-''