Saturday, January 8, 2011

Customer


paling gua benci kerja chicken rice ni, CUSTOMER.
pasal customer gua ke hulu ke hilir hantar order macam orang gila,
pasal customer gua kena angkat besen cuci segala sisa makanan diaorang,
pasal customer gua kena rajinkan mulut sebut ''haiii welkammmmmmmmm''.
pasal customer kitorang selalu balik lambat pasal sesetengahnya tak reti nak balik,
sedangkan kitorang dah mula kerja-kerja closing.

asal ada customer, semua staff merungut,
''babi, tak reti makan kat rumah ke''
''deyy, kat rumah dah tak ada gas ke''
''pergi makan tempat lain lah sial''
tapi bila service charge rendah masing-masing merungut, haha.

pagi tadi gua dapat customer,
ala-ala rempit. bawak awek pakai baju kotak-kotak dengan cap tak habis sarung,
konon dia paling hensem dalam jusco tu lah,
gua ambik order dia, dia nak bergurau dengan gua lah gua rasa kan.

dia: dik, duk lah sini makan sekali dengan abang.
gua: *senyum (tengah lap table)
dia: nanti duk sini makan dengan abang eh.
gua: *muka toya (terus belah nak punch order)
dia: dik dik, nak nombor boleh? nombor ic pun jadi lah. (konon kelakar la)
gua: *muka toya paling toya sampai nak loya (belah lepas send order)

lepas tu masa gua paling belakang je dari meja tu gua dengar satu perkataan keramat,
yang diharamkan dalam islam sama ada menyentuh lagi memakannya,
iaitu BABI.
brader tu cakap gua babi pasal tak layan lawak bodoh dia?
lahanat betul, tapi gua ingat pesan manager gua,
CUSTOMER ALWAYS RIGHT.
tapi tak bermakna memang gua babi,
gua pun belah pergi kitchen memaki-maki seorang diri sambil makan roti canai.
end of story.

gua tau gambar atas ni memang tak relevan dengan topik gua,
tapi gua rasa gambar ni memang menarik.
k bye

No comments: