uwahh title gua macam saspen je pulak, takda benda pun sebenarnya.
harini gua balik kerja sepatutnya awal tapi jadi lewat pulak,
pasal CRS nak buat decoration sempena chinese new year ni,
gua pun dengan kreatifnya menghias sana sini,
so korang yang datang JJ tu, lalu CRS nampak meriah semacam,
semua gua punya kerja lahh,
letihh woo decoration tu semua gua buat sendiri,
yang menggantungnya pun gua, tangga dah la macam nak roboh,
gua siap pesan lagi dengan supervisor gua (gua taktau pun jawatan dia apa sebenarnya)
''andai kata ajal min dekat CRS ni, tutuplah CRS ni sehari tanda hormat''
*konon sedih sangat pulak,
nasib baik gua selamat panjat dan turun.
esok gua start bawak kereta pergi kerja, bapak gua suruh,
tadi lepas balik kerja bapak gua ajak test drive dengan dia,
punyalah banyak pesan dia dah boleh buat list 5 helai kertas,
''kalau excident ni kamu bayar sendiri''
''kalau excident, kamu berhenti kerja terus''
''kamu jangan pecah rekod excident kereta, kakak abang kamu pun takpena lagi''
ahhh malas gua nak listkan semuanya,
tapi kebanyakannya 'kalau excident' la,
cippodey lah bapak gua ni, suka berpikiran negatip,
haihh nak pulak tadi gua bawak enjin asyik mati,
yelahh first time bawak kereta yang kita takpena bawak,
mesti kekok sikit kan, biasanya gua bawak EVO colour biru angah je,
*ngah, bagi kita seplo hingget
jadi gua harap moga-moga esok takda benda buruk jadi, INSYALLAH.
baideway, gua nak ucapkan selamat hari jadi untuk bespren gua yang tak berapa nak best ni pasal dia selalu lupakan gua dimana dia berada, tapi gua tak kisah *tskk tskk
NATASHA HANA KAMAL TAN, dah bosaa dah kau, dulu den kona kau kocik yo. umur dah sembilan boleh ni makin banyak dugaan eh, tak bermakno kau dah boleh poie clubbing, jangan jadi bangang bona yo. den tak kisah walaupun kau selalu lupo den, kau balik takpona la nak message, call den, sumpah den tak kisah. (fuck ko, aku kisah sial) haha, kang hadiah den bagi yo, tunggu gaji masuk. den ingat kawan den, tapi kau dah lobeh dari kawan, sayang kau lahhh. lap u muah muahh.
No comments:
Post a Comment