Thursday, June 9, 2011

AHHH AHHHH AHHHHH~

title macam haram, har har.

gua nak cerita pengalaman gua kali ni. pengalaman gua masa kecik2 dulu, senang cakap belum akhil baligh tapi teringin nak jadi orang besar.

gua ada kakak, semestinya semua orang tahu siapa kakak gua. kalau taktau, cekidaut sini. dulu kami suka mandi sama2. lepas maghrib, masing2 tahu jalan balik rumah (sekarang taktau dah), masing2 tahu lepas balik maghrib kena mandi pasal lepas tu nak solat (sekarang lagiii taktau). maka gua dengan kakak gua selalunya gemar mandi sama2. rilek je mandi macam takda apa yang berlaku. (apa yang nak berlaku??)

sehinggalah satu hari ni, gua terdengar riuh rendah perbualan antara kakak gua dan mak gua. kakak gua kata dia punya *flower berdarah. tadi dia pergi toilet ada nampak dekat dalam mangkuk jamban tu. mak gua kata ''oh period lah tu, nah pakai pad. reti tak?'' dengan coolnya. yang tak coolnya, gua dan abang2 gua. semua pulak berlari pergi toilet nak tengok darah tu dalam lubang jamban, gayat lah katakan. tapi malangnya kakak gua dah flush awal2. gua masih tak faham period tu apa. tapi apa yang gua perasan, sejak haritu, kakak gua taknak mandi dengan gua dah. gua pelik. tapi setiap kali dia mandi, mesti gua memberontak, gua tendang pintu macam nak gila, semata2 nak mandi dengan dia.

maka dengan itu, gua cari teman mandi baru, iaitu adik gua. siapa adik gua? jeng jeng jeng~ ramai yang taktau. tapi ada yang tau. tak payah tau la kan. biarkan identitinya kekal misteri. (har har kesian kau dik) gua mandi dengan dia hari2. entah apa yang best ada kawan mandi sama ni pun gua tak paham. kadang2 tu sampai berebut lah gua ngan abang gua nak mandi dengan adik punya pasal.

dan kemudian, gua pun jadi macam kakak gua, sampai 1 tahap, gua dah taknak mandi dengan orang. mandi sendiri2, sorang2, sunyii jee~ ahh macam haram pulak. baru gua faham kenapa kakak gua taknak mandi dengan gua lepas dia period. taring badan semua dah keluar. atas terbonjol lah, bawah keluar itu ini lah. aishh geli pulak gua menaipnye.

dulu sebelum period, gua tengok golongan wanita badan mereka sangat cantik. terbonjol sana sini, badan slim, kaki panjang. gua masa tu? kemetot, badan takda bentuk pun, muka selebet. cehh maka dengan itu, gua mengambil insiatif untuk mencuri bra kakak gua dan pakai kemana saja gua pergi. ya, memang pelik. pasal badan kecik, tang yang tu besar pulak. tapi gua pedulikan, asalkan niat di hati tercapai. ahh terasa bodoh bila recall zaman kecik2 dulu. dem u min.

tapi bila dah period, dia dah terbonjol dengan sendirinya, gua pulak yang malu. rasa nak sorok je. tahapape tah gua ni.

haa tu jelah cerita gua. sekian, salamlekom.

*kamus min*
flower- nama sopan untuk kemaluan perempuan. mak gua ajar. ikutlah ye, budi bahasa budaya kita~

Monday, June 6, 2011

GUA TERINGIN NAK MAKAN PIZZAHAT

oi. lama dah tak ngapdate belog, dah bersawang dah dashboard gua. gua busy menguruskan hidup yang tunggang langgang ni, heh. poket makin kering, kalau diperah pun ada laa keluar seposen dua, hari-hari makan maggi curi kakak punya, aduhh tak berkat makan benda curi, tapi takpa terdesak.


ekceli banyak yang gua nak cerita, tapi semuanya hilang dimakan waktu pasal gua dok simpan2 cerita tu sampai gua lupa. tapi semenjak dua menjak ni gua banyak mengeluh. keluhan dengan orang di sekeliling gua. kawan, keluarga, kenalan, teman, semuanya. gua perhati. gua cuma senyum. tak melenting, tak apa2. lumrah manusia, kalau silap ditegur, memang haram nak terima salah masing2. gua pun tak terkecuali.


gua pun letih dengan orang yang berlagak matang dengan umur mereka. ya, memang lu orang lagi tua, lahir tahun 92,91,90,89 and so on, gua baru 93. orang pandang setahun jagung je, ibarat bayi baru keluar dari rahim ibu. sejauh mana matang lu orang tu? nak orang hormat tapi diri sendiri buat benda tak betul, itu ke namanya matang? apa ada pada title 'kakak', 'abang'? sorry cakap tapi menatam tu bulsit je lebih.

kita nak hormat orang bukan pada title sister or brado, tapi pada perilaku kita. betul cakap, gua tak suka panggil orang kakak/abang. (tapi kalau umurnya memang layak macam tua 7,8 tahun dari gua ke memang patut panggil la) senang cakap, hormat yang tua sayangi yang muda. jangan perasan umur lu dah besar, lu matang. matang bukan terletak pada umur tapi pada pemikiran.


emo kejap, heh. bukan apa, gua cakap mungkin ada kurang ajar tapi itu realiti lah KAKAK, ABANG sekalian. chapter closed. haritu gua balik seremban, angah bawak geng U dia, mat tumit, ayah boss dan superman. nama2 pelik bukan? tapi memang itu lah nama mereka. oh ya, kawan gua sorang ada datang dari melaka, pop. memang tu nama dia, bukan gua menganjeng disini.

model: mat tumit & angah. situasi: angah cuba menggayakan aksi-aksi bergambar yang selalu dilakukan anak muda zaman kini, seperti gaya spek, muncung dan sebagainya. mat tumit macam angsa tersedak laaa~
model: superman, pop, ayah boss. situasi: sliper ayah boss yang terputus dijadikan sebagai prop iaitu  seekor ikan. seolah-olah ayah boss berjaya memancing seekor ikan lalu superman tumpang gembira dan gua tak pasti apa peranan pop.

model: ayah boss, mat tumit, angah. situasi: masing-masing cuba mencomelkan diri dan hasilnya macam tahi.

model: kaki ayah boss & angah. situasi: angah berasa begitu teruja dengan sliper maknya yang ayah boss pinjam telah tercabut. sebenarnya angah mengeluarkan bunyi ketika bergambar tapi malangnya ni bukan cerita harry poter yang mampu bergambar dengan suara.



model: angah & gua. situasi: kononnya kami ingin beromen-romentik di kala matahari terbenam. oh harunya~

model: angah& gua. situasi: ahh gambar ini candid dan tidak di rancang maka dengan itu gua dengan tidak sengajanya mengangkat middle finger ke arah camera man iaitu superman.

model: gua situasi: gua cuba melakukan pose paling ayu untuk dipamerkan di fesbuk dan juga belog. 

3 hari di seremban gua ditemani 5 ekor beruk di atas. terasa seperti di hutan rimba di mana haiwan-haiwannya terkinja-kinja. harap berjumpa lagi lepas ni kawan :) chapter closed.


mesti anda tertanya-tanya apa kena mengena title dengan menatam gua cerita kat atas ni? jawapannya, takda kena mengena pun. ia sekadar title yang tiba2 terlintas dalam kepala otak gua maka gua tuliskan. tapi memang betul pun, gua teringin nak makan pizzahat. anyone? ngeh ngeh.

Thursday, June 2, 2011

GADIS ITU.

aku lihat.
aku perhati.
gadis di dalam cermin itu
penuh suka. duka.

bibirnya basah senyuman
hatinya penuh tangis.

gadis di dalam cermin itu.
tak punya apa
tapi dia tak meminta.
ahh biarkan dia.
cukup sekadar dia bahagia dengan apa yang dia punya.

dosa. noda. syaitan.
tiga itu relevan dengan hidupnya,
momen tiga itu menguasai dirinya,
dia tak mampu berdiri,
tak mampu berkata,
tak mampu.
tak mampu.

gadis di dalam cermin itu.
aku saja yang tau.
kerna dia adalah aku.