Tuesday, July 6, 2010

KOSONG

aku ada saudara lelaki, dan perempuan.
saudara A, B, C, D dan apa sahaja abjad.
senang aku katakan saudara B yang mempunyai pertalian darah dengan aku ni tak ngam dengan aku.
aku seolah-olah tak pernah wujud depan dia.
waima aku ada di sebelahnya pun,
dia akan berborak dengan saudara aku yang lain.

begitu juga yang terjadi kepada abjad-abjad yang lain.
bila diorang berkumpul sama-sama dan aku ditengah-tengahnya,
tak ada sorang pun yang akan bercakap dengan aku.
seolah-olah aku tak wujud.


ya, aku tak wujud.


saudara B hanya baik dengan saudara A dan abjad yang lain.
dia tak pernah buat sesuatu untuk aku,
tapi kalau untuk saudara A khususnya,
siap masakkan, ambik air bagai.



kecik hati aku hanya tuhan yang tahu.
dan semakin hari semakin benci terhadap saudara-saudara aku yang lain.


pernah suatu ketiuka dahulu aku kecelakaan,
ayah aku mintak tolong dari saudara B jagakan kenderaan aku
sementara aku pergi hospital.
kawan aku yang tau pergilah tempat kejadian


kawan: weh, min macam mana?
B : entah, hidup ke mati peduli apa aku. menyusahkan je.


luluh, hancur, berkecai hati.
itu baru satu.
saudara-saudara yang lain pun tak kurang lakhanat diorang.


dalam hati aku cuma..












KOSONG.