ok, pertamanya aku nak cakap abang jaga cc ni macam haram.
aku selalu bertandang ke cc dia,
jadi aku bukan orang asing lagi di sini.
tapi entah kenapa dia tergelak masa aku masuk tadi?
ya, aku mengaku aku tak mandi dari pagi tadi,
sebab air rumah aku keruh berwarna coklat,
berkarat la badan aku kalau mandi jugak.
muka aku pulak berminyak,
dah boleh tepek kertas dan perah untuk dijadikan minyak goreng burger.
bau badan? *bau jap
ada lah sikit, tapi tak adalah kronik mana.
siud punya abang cc,
aku tak datang sini lagi baru kau tahu apa erti bankrap.
aku nak cerita,
pagi tadi aku berjanji dengan angah nak belajar dekat Mcd,
katanya ada sorang kawan dia SAHAJA.
jadi aku pun naik motor dengan suka rianya,
menyanyi-nyanyi lagu Paramore,
menuju ke Mcd.
sekali sesampainya di sana,
aku ternampak segerombolan manusia berkumpul di satu meja,
"mak oi, ramai bebenor, pikir sorang je" *dalam hati
langkah aku terhenti seketika,
dan aku rasakan masa terhenti 2 3 minit sekejab.
sebab apa?
aku tak sukakan kejutan, aku takut berjumpa dengan orang baru.
pertamanya, angah mengejutkan aku pasal dia tak bagitahu ada ramai orang,
keduanya, aku takut berjumpa dengan orang baru sekali ramai macam tu!
aku rasa janggal,
aku rasa macam baru turun dari planet marikh dan berjumpa dengan orang bumi.
*haa baru ada kaitan kan dengan tajuk entri aku.
jadi aku ambik keputusan untuk memprotes di situ juga,
aku ajak angah belah,
haha bapak jahat aku siud.
mungkin kawan-kawan dia tu meninggalkan impression buruk pasal aku,
tapi tak apa.
sesiapa kawan angah yang ada dekat Mcd tadi yang baca belog aku ni,
aku mintak maaf kerana berkelakuan tidak sopan.
itu sahaja :)
No comments:
Post a Comment