Sunday, October 10, 2010

More Tears

esok merupakan hari penentuan.
penentuan masa depan aku.
penentuan masa depan adik-beradik aku.
penentuan arah hidup mak aku selepas ni.

mak bapak aku kena pergi ke mahkamah,
untuk urusan poligami bapak aku.
terserah pada Allah sama ada diluluskan atau tidak.

my mom is not a malaysian,
she is a singaporean.
setiap tahun kena renew visa dan passport,
dengan kehadiran bapak aku sekali,
untuk mengesahkan mak aku masih berkahwin dengan orang malaysia.

tapi disebabkan krisis rumah tangga mereka,
bapak aku tak pergi renew visa dan passport mak aku.

dan itu memberi makna mak aku perlu keluar dari Malaysia 2 minggu sebelum visanya mati,
dan itu bertarikh sebelum tarikh aku SPM.

tahu tak apa maknanya tu?
mak aku takkan berada di rumah semasa aku menduduki SPM.
and do you know how does it feel?
no one will prepare you breakfast,
no one will wake you up.

"umi, exam tadi susah laa. tapi ok laa"
                                                
                                                  "umi, exam tadi senang! boleh dapat A kot"
        
              "umi, doakan shera ya untuk exam hari ini"

dekat siapa aku nak cakap benda-benda tu?
takkan aku nak call dia tiap-tiap pagi atau lepas balik dari exam?

YA TUHAN, TABAHKAN HATI AKU!


hargailah keluarga kalian yang masih bahagia,
sayangilah ibu bapa kalian,
sementara mereka masih bernafas,
dan masih HIDUP BERSAMA.

1 comment:

jari je mari said...

aku doakan ko yg terbaik... budak kuat!