Saturday, April 16, 2011

I LIKE LAHH BRADER~

semalam gua letih tahap gaban, gua cuci baju manual tau nyahh~ dah lama sangat dah gua tak cuci baju manual, sejak keluar asrama masa form 3, itupun kat asrama pakai mesin, bila mesin dah jemrut baru pakai manual. baru gua tahu susahnya mak mengandungkan seorang anak. err ok memang takda kena mengena.

harini gua kerja pukul 12 tapi gua bangun 1130. mandi P.Ramlee jelah gua pagi tadi, kelam kabut punya pasal. letih siud kerja harini, customer tak putus-putus, gua break pun pukul 4. lepas break terus cabut lari balik, kihkih.

tapi keletihan gua di ubati dengan kedatangan kawan terbaik, ameer boncoi. beliau datang dengan mak beliau, hajat nak usha kolej dekat kajang ni, alang-alang tu datang lepak dengan gua. tapi sumpah gua terharu lah bro, terima kasih banyak kawan. kitorang makan sushi-king tau nokk~ dah lama gua tak makan sedap-sedap, maha-mahal, sekali orang nak belanja gua balun macam orang jakun.


mana taknya, hari-hari maggi, sardin, roti gardenia makan cenggitu je, takpun biskut kering. cehh, dah boleh panggil BERSAMAMU datang bagi bantuan kewangan. bagi beras 3 kampit sikit, tv LCD 42 inci, peti ais 16 pintu, renovate sikit bilik kakak gua tu kasi besar sikit, kalau tak macam stor tinggal je. tambah laptop sebijik, katil besi sebijik, kalau tak gua tidur atas katil pam je. 3 hari sekali kena pam, kalau tak pam, cecah buntot gua dengan lantai la jawapnye~ alangkah indahnya kalau ada orang bagi bantuan sebegitu rupa~

tiba-tiba gua rasa sentap lah, gua nak balik serembann :'(
apis atai, ameer dah datang sini, kau bila lagi? miya pun sama, kaorang bila lagi? angah dah selalu datang, sejukk hati gua. kihkih. datang bawak makbapak, baru boleh makan besau. :)



lagu ni ikhlas dari gua untuk kaorang semua. layan goyang kepala hentak kaki tau. k bai.

No comments: