Sunday, April 10, 2011

LEND ME YOUR SHOULDER, PLEASE?

`kenapa kau tak pernah fikir perasaan orang?'

`aku taknak fikir. apa yang penting, hari esok aku masih bernafas'


`kau terlalu penting diri!'


` orang lain apa kurangnya'


 `kau tak pernah cukup dengan apa yang kau ada, sedar itu!'

`aku sedar, setiap tapak aku berjalan, setiap perkara aku lakukan, aku akan pastikan hajat aku tercapai. kalau tidak, bukan MIN nama aku'


'cukuplah. cukup dengan ego kau, cuma hasutan syaitan semuanya'


`ego aku melambangkan sifat aku, aku bangga!'


'ia cuma merosakkan jiwa kau, diri kau, jasad kau. sedar itu'


  `apa guna kalau aku buang ego? orang sudah anggap aku perempuan rosak. perempuan liar. aku lakukan sebaik yang aku boleh tapi tetap itu yang basah di bibir orang'


'persetankan mereka! kau tahu diri kau siapa!'


'ya aku tahu. SHAHIRA YASMIN yang kosong tanpa arah hidup. dan aku tak pernah lupa itu!'


'sudahlah, kau tetap mahu lawan takdir Tuhan'


  `aku yang melawan atau memang aku ditakdirkan begini? fikir itu!'


'ingat Tuhan. Allah maha adil'


`*diam*'


'kenapa kau diam? bicaralah. bicara pakai ego.'


` kau siapa mahu cakap tentang Tuhan aku? setiap perkara aku buat pasti ada balasan dan aku tahu tentang itu. semuanya antara aku dengan Dia'


'sama aku juga kau mahu ego? aku adalah engkau. jadi aku berhak ucap apa pun'


`*menangis* '
'aku lumpuh. aku penat. penat hidup dalam kepura-puraan. aku pamerkan kegembiraan biar semuanya tahu aku kuat harungi segala macam yang melanda. sudut jauh, aku meraung bagai anak kecil. tolong aku..'


`cuma kau boleh tolong diri kau. sudah masanya aku pergi. tidurlah.'


*menangis* 
 

No comments: