Saturday, February 25, 2012

kerepek

bila dah terlalu banyak masalah, kita harus pura-pura macam masalah tu tak pernah wujud. tapi bila bangun tidur, dan sedar masalah-masalah tu masih wujud, peritnya nak hadap bukan main lagi.




''jangan pernah kita berkata pada Allah: wahai Allah, masalah aku sungguh besar! tapi berkatalah kepada masalah: wahai masalah, sesungguhnya Allah itu lagi besar!"




ye, masalah aku tak besar mana pun. tapi aku hati kecik, semangat kuman. eh, lagipun belog aku, suka aku lah nak tulis apa! :|

Tuesday, February 21, 2012

READ THIS IF YOU WANT TO KNOW WHAT IS THE MEANING OF REAL LOVE; sad true story

satu kisah cinta dari China yang amat menyentuh perasaan. mengisahkan tentang seorang lelaki muda yang mencintai wanita yang lebih tua daripadanya dan kemudian melarikan diri bersama-sama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.




lelaki tersebut telah meninggal dunia di dalam gua yang mereka diami selama 50 tahun. Liu Guojiang yang ketika itu berusia 19 tahun telah jatuh cinta dengan seorang janda berusia 26 tahun bernama Xu Chaoqin.



seperti kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan yang dijalin hanya kerana faktor usia si perempuan lebih tua. lebih-lebih lagi dia sudah mempunyai beberapa orang anak.


untuk menghindari cacian dan makian masyarakat, mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin di selatan sebelah Chong Qing.


pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa, samada bekalan makanan ataupun elektrik. mereka hanya memakan rumput-rumput dan akar yang ditemui di gunung itu. dan Liu membuat lampu minyak tanah untuk menerangi gua mereka yang gelap gelita.



Xu selalu merasa bahawa ia telah membuat nasib Liu malang kerana mencintainya dan berulang kali bertanya ''Apakah kau menyesal?'' Liu selalu menjawab, ''Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik''.

setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah dan ini berlangsung selama 50 tahun.


setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara melakukan eksplorasi ke hutan itu. mereka merasa hairan menemukan pasangan lanjut usia dan juga 6000 anak tangga yang dibuat Liu.


Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan ''orang tuaku sangat saling mengasihi. mereka hidup menyendiri selama lebih 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. selama itu juga ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku walaupun ibuku jarang turun dari tangga itu.''


pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. suatu hari Liu yang berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat suka dilepaskan dari tangan isterinya.


''kau telah berjanji akan memeliharaku dan akan terus bersamaku sampai ke akhir hayat..sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku dapat hidup tanpamu?''
selama beberapa hari Xu terus menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba-raba keranda suaminya dengan air mata yang membasahi pipinya.

*     *     *


kisah yang bikin aku sentap. sedih woo :'( lebih baik layan cerita ni daripada cerita si boipren mati eksiden untuk ambik teddy bear yang girlfriend dia baling ataupun cerita si girlfriend mati sakit. tuihh.
 this one is the real love!
                                                                





Monday, February 20, 2012

THAT AWKWARD MOMENT

when you try to flush the taik in the mangkuk jamban, and the taik still there. 
















demit!

RANAP

''dia pakai tudung labuh, mesti alim ni''


''dia pakai kasut Prada, anak Datuk niii''

''eh perempuan tu dia hisap rokok laa, budak liar laa apa lagii''

''budak tu nerd laa, confirm pandai''


satu perkataan: bodoh

meletakkan persepsi pada pandangan kali pertama, tanpa mengenal hati budi manusia tersebut. maka anda semua golongan bodoh


usah pesimis teman, jadi lah optimis. sentiasa positif! tak perlu untuk bercerita hal orang lain, sungguh tak perlu. melainkan anda dibayar, silakan. tapi aku easy dan simple. mahu bercakap tentang aku? go on. i don't live to fucking please you.


lantakkan dengan orang yang tak terima diri kita. dari orang yang terima kita dengan pura-pura? 












sakit betul.








Saturday, February 11, 2012

FEBRUARI YANG SIAL

aku bogelkan tulisan aku dari sekarang. aku tulis apa aku mahu, aku luah apa aku rasa, aku muntah apa aku fikir. persetankan apa orang kata sebab selama aku hidup pun, tak pernah mereka yang berkata2 tu bagi aku makan.


orang kata aku berubah, sampai orang naik meluat. kenapa? sebab aku kuat menangis, aku cembeng (cembeng ke cengeng?!) kenapa aku jadi macam tu? aku sendiri petak. pantang ada yang tak kena, aku mahu nangis. air mata jadi murah. biarkan aku. jangan ditegur, jangan dipujuk, nanti jadi manja. faham?



aku terjumpa gambar ni dekat wall aku. alangkah mudah je sebenarnya hidup ni kan? memang mudah kalau kita manusia tak dikurniakan hati jiwa perasaan akal fikiran. kalau aku main perambat bagitahu orang apa yang aku suka, apa yang aku tak suka, aku rasa sekarang aku dah mati dipijak.

manusia, tak kacak laa mengaku salah kan? tak macho laa bila ditegur. sebab tu ada setengah benda harus disimpan diam2, dikemut2 dalam hati biar dia hilang- bukan dendam.


ah, permulaan bulan Februari aku yang sial. pergi mati semuanya.

Friday, February 3, 2012

Luahan Si Paradoks

ni ke zaman kejatuhan? ah, hari-hari aku jatuh. ibarat tangga 100 tingkat, hari demi hari aku jatuh satu per satu. persetankan sangat apa orang cakap, nah. padan muka kau min.

rasakan.

you never appreciate people around you. those who loves you, those who always beside you. you claim that no one with you while you upset when they always wipe your tears. and now, they really gone. serves you right.

macam tahi rasanya.

bangun pagi harapkan sesuatu yang indah tapi semua tu masih lagi mimpi aku masa tidur malam tu. mata sedar, akal mati. orang-orang geleng kepala tengok aku, aku masih senyum-dengan ego.


dan bila aku saja nge-test buat status emo sedunia, orang-orang yang aku harapkan untuk comment tak kunjung tiba, tapi orang yang suam-suam kuku dengan aku yang ringan tangannya menaip perkara yang mungkin bukan dari hati mereka. tapi apa pun, terima kasih :')


dan dua manusia di atas, salut for ya. si Ghazali sentiasa bagi aku semangat setiap kali status emo sedunia aku singgah di news feed dia. dan Nazrin, abang ipar masa depan-dengan comment merapu tapi masih berbaur semangat.

dan saat itu, mana? MANA ORANG-ORANG YANG SEPATUTNYA BAGI AKU SEMANGAT?

'diaorang tak online kot masa tuu'


hm. masuk akal. tapi ada yang online apa masa tu? aku tunggu dan tunggu mereka comment. mungkin comment dalam hati-sedapkan minda.

'dalam facebook min, apa laa yang kau harapkan sangat. yang penting, kat luar tu haa, ramai yang ada untuk kau'


ramai? hihi. teruskan.

teruskan sedapkan hati aku yang dah hangus di-bbq.

















































terima kasih dunia.