Saturday, February 11, 2012

FEBRUARI YANG SIAL

aku bogelkan tulisan aku dari sekarang. aku tulis apa aku mahu, aku luah apa aku rasa, aku muntah apa aku fikir. persetankan apa orang kata sebab selama aku hidup pun, tak pernah mereka yang berkata2 tu bagi aku makan.


orang kata aku berubah, sampai orang naik meluat. kenapa? sebab aku kuat menangis, aku cembeng (cembeng ke cengeng?!) kenapa aku jadi macam tu? aku sendiri petak. pantang ada yang tak kena, aku mahu nangis. air mata jadi murah. biarkan aku. jangan ditegur, jangan dipujuk, nanti jadi manja. faham?



aku terjumpa gambar ni dekat wall aku. alangkah mudah je sebenarnya hidup ni kan? memang mudah kalau kita manusia tak dikurniakan hati jiwa perasaan akal fikiran. kalau aku main perambat bagitahu orang apa yang aku suka, apa yang aku tak suka, aku rasa sekarang aku dah mati dipijak.

manusia, tak kacak laa mengaku salah kan? tak macho laa bila ditegur. sebab tu ada setengah benda harus disimpan diam2, dikemut2 dalam hati biar dia hilang- bukan dendam.


ah, permulaan bulan Februari aku yang sial. pergi mati semuanya.

No comments: