Thursday, March 29, 2012

BE MY FRIEND UNTIL DIE?

ramai tinggalkan aku tapi ramai jugak yg datang jadi orang baru dalam hidup aku. dan aku berharap yg baru ni semua tak tinggalkan sepertimana yg lain lakukan pd aku. if they do the same, i don't give a fuck. orang datang dan pergi dalam hidup aku perkara biasa. cuma aku kepingin nak merasa sesuatu yg namanya 'kawan sampai mati.'


orang pandang sinis tatkala aku mengejar impian aku. yg menyokong hanya sekerat, yg menyokong tapi masih juga bercakap belakang terlalu banyak, tak terkira pulak untuk yg menyumpah seranah dan pinggirkan aku. masa tu, aku cuma ada kawan2 yg sama2 mahu capai impian sama seperti yg aku lakukan sekarang ni. tapi ada antaranya tak kuat semangat dengan caci maki orang luar yang memang suka nak jatuhkan kita, jadi mereka pergi.


kadang tu aku pun rasa tak kuat, terlalu ramai yg mahu jatuhkan aku dari yg mahu tengok aku sampai ke puncak. bilamana aku kasi orang lain semangat, aku terlupa. siapa yg mahu kasi aku semangat? semangat aku dah disalurkan kepada mereka2 yg lagi sikit nak jatuh.

semangat. sesuatu yg subjektif. andai kata ia boleh dibeli, aku beli seberapa banyak yg boleh, tak kira berapa harganya. Allah is merciful, aku cuma ada Dia bila aku rasa jatuh terduduk. manusia, memang normal bila susah baru sebut namaNya.


jatuh terduduk itu sakit. amat sakit. terlalu dan bertambah sakit bila aku jatuh terduduk dan aku dikelilingi orang2 yg dari dulunya nak tengok aku jatuh. mereka tertawakan aku, mereka tuding jari dengan muka gembira. ya Tuhann, aku tahu Kau bersama aku. jauhkan mereka, bagi aku semangat!


bodoh aku kalau aku marahkan mereka. bodoh aku kalau aku ke depan dan caci mereka. mereka jahil, mereka kosong ilmu. sebutir kata aku keluarkan, sejuta kata tak berasas mereka balas. jadi aku diam. diam dan biarkan badan aku ditujah dengan kata2 kesat. memang sakit!


tarik nafas. hela.


harini aku tak pergi kelas. badan aku terlalu sakit untuk bangun, kepala aku macam diketuk dengan tukul, sakit! aku kerap kali sakit sejak kebelakangan ni. migrain aku semakin teruk. bukan untuk minta simpati, cuma luahan. abaikan jika kau tak suka, jgn benda kecik mcm ni pun mahu kau jadikan sbg bahan umpatan kau.


mental dan fizikal aku sudah cukup sakit. jadi, berhenti sakitkan aku lagi. kau dah dapat apa kau nak. nak teruskan jugak? go on if that makes you happy. tapi aku akan terus berjalan. tak boleh berjalan, aku merangkak. sebab aku percaya, Allah itu lagi besar kuasaNya dari kau, manusia keji.



Assalamualaikum.

1 comment:

Paksu said...

tak best la marah macam ni, mana fun baca belog. Org baca blog nak mengisi masa lapang, nak happy ... kau nak marah kawan/boyfren/girlfren, sound je depan muka dia, takpayah nak menaip .... takkan sama. Tapi kena marah cara professional le ... mungkin org pertama, kedua dan ketiga habis kena maki, tapi lama2 kau terrer la dlm skil memarahi org. Kalau tak, macammana nak jadi bos nanti masa kerja??