Monday, May 14, 2012

bebudak sekarang tak meniaga apa dah 'untunglah'

hey walley walley hey walley walley hey~

intro yang terencat bak budak hingusan menjilat hingus. sudah terlalu lama aku tinggalkan habit berblogging ni, maklumlah takda internet dekat rumah sewa. well well well, sekarang cuti semester. sangat gumbira hati, limpa dan paru-paru kerana waktu tidurku akan dipanjangkan sepanjang-panjang sesuka aku nak panjang mana.


 kadangnya aku terfikir, bebudak sekarang gemarkan ayat 'menganjing'. tapi kalau kita tukarkan anjing kepada ayam, jadi menganyam. menganyam ketupat. tak pernah dengar menganjing ketupat. (???) terfikir juga siapa pencipta lagu nama kau dollah tetek kau sebelah. dan ada yang menukar tetek berjuta, tetek terbelah dan berbagai lagi. sungguh kreatif. oh duniawi duniawi.. aku sangat kuat makan sekarang ni. terlalu kuat makan. selang sejam dua, perut comelku ini harus dirasuah dengan makanan agar ianya berhenti berkeroncong. tapi kadangkala, bila makan, aku tak habis. sudah omak aku memekak. terngiang-ngiang pula iklan Jalaludenhasan 'sebutir beras ibarat setitik peluh petani'. bayangkan dah berapa banyak peluh petani yang gua telan??


 maka, rutin harian aku semudah ABC, bangun tidur, terus tonton sinetron yang tak berpenghujung. dan apa yang aku simpulkan, semua sinetron jalan ceritanya tertukar anak. bagi aku satu yang tak tertukar anak? takdoo acik lijah oii takdooo. sangat klishe (camni ke eja??) sinetron dari negara seberang. lately, ramai pulak sedara mara kengkawan aku yang dah mendirikan rumah tangga. alhamdulillah, syukur nikmat. haa memangla nikmatttt kuikui. yela, orang kata jodoh tak kemana, ke katil je. tapi sebelum berkahwin mesti mau bercinta dulu. adat manusia tipikal kan, kot kalau terus kahwin tak pernah jumpa, first night rasa dada si perempuan berbulu bulu tak terkejut beruk kau matt? bebudak bercinta zaman sekarang tak setail langsung. apa stylenye nak berkenalan mintak nombor? patutnya tanya berapa kos perkahwinan, bincang terus. oii mat, kencing pun doposen, ni kan kahwin.


 tengok lelaki zaman sekarang pun tak semenggah. pakai seluar lipat2 apekebende mat? hensem la tu? konon ikut sunnah nabi pak hang. solat 5 waktu tak cukup, ada hati cakap pasal sunnah nabi. kemeja + seluar jeans + jam + kasut cukup la untuk lelaki. tak perlu nak bertindik pakai rantai, macam nak pergi thaipusam. yang peliknya lelaki keluar lepak suka pula tuck in baju. pergi sekolah, harommm nak tuck in -,-' lelaki HARUS tahu baca doa qunut dan mandi wajib. ooo mendayung tahu, mandi wajib taktau!


 aku punya habit dimana aku selalu mencarut tapi akan berzikir selepas melakukannya kerana merasa amat bersalah. apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata makan penumbuk. perkataan mencarut tipikal si melayu, 'babi' 'anjing' 'pukimak'. dan kenapakah babi dan anjing di persalahkan? kesian si babi yang sedang gumbira bermain lumpur dan si anjing yang sedang mendoggie. walaubagaimanapun, haram menyentuh babi walaupun beliau menutup aurat. kenapa dan why? adakah kalau kita mencarut 'cacing la kau!', 'badak air betul' ataupun 'ayam sungguh semua ni', kita tak nampak ganas ataupun sedang marah? masih dalam persoalan di mindaku ini..pukimak? ada 1 cerita yang mengingatkan aku tentang pukimak. di mana paksu aku di masa kecilnya bergaduh dengan pakcik2 aku yang lain, lantas menjerit 'pukimak kau!' lalu dengan cepat nenek aku menyahut 'kenapa dengan puki aku?!'


 maka dengan ini aku isytiharkan aku sudah punya akaun twitter. tak pernah terfikir untuk melakukannya tapi dah terlaku nak buat macamana. tapi aku hanya buka facebook dikala budak sekolah sudah tidur, baru aman wall aku dengan puisi cinta lirik lagu jiwang karat 18 mereka. dan baru-baru ini aku selalu tengok orang upload gambar pakai instagram? apekejadahnye instagram tu? seorang tolong kasi tahu aku~ aku tak mahu dilabel arnab comel terperuk dalam sangkar! al maklumlah, henpon aku henpon murah, cover belakang pun takde. henpon up 1 level dari 3310. oii kau jangan kutuk 3310, kalau aku baling ke kepala kau boleh bina bukit atas kepala otak kau tu tahu?


 ahh sudah terlalu banyak kerepek yang aku jaja dalam entri kali ini. kerepek seterusnya, nantikan dalam entri akan datang! causinci!

No comments: