Thursday, May 17, 2012

Cerita A, B dan C






orang cuma nak dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.


defense:

1)
aku kata A orang faham B.
orang marah aku.
bila tanya "siapa kata B?"
orang kata aku degil,
tak makan nasihat.


soalan.
BILA aku kata B?


2)
aku tulis A bila aku kiaskan B.
orang cuma nampak A.
yang setuju apa aku kata tentang A akan puji2.
yang setuju apa aku kata tentang B akan julang tinggi.
yang tak setuju, maki2 dan caci2--bilang kurang ajar.


penyataan.
PEDULI APA kau setuju atau tidak apa aku rasa.
aku menulis APA aku rasa.


3)
aku cakap A.
A itu rakan ku.
rupa-rupanya ramai yang A juga.
tersinggung hati.
perasan aku kata dia.


soalan.
kau SIAPA?


BENARLAH--
orang cuma nak dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.




maka..


janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ni berkisar tentang KAU SAHAJA.


kalau kau cari diri kau dalam status2 manusia sekeliling, kau akan jumpa.


sebab kita manusia.
DOSA kita,
PAHALA kita,
lebih kurang sama.
cuma aplikasinya pada lain2 situasi dan masa.




berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah berkisar tentang KITA.




dan, usah berkata tentang umur.
setahun jagung aku, 
berlelehan hingus aku,
cerita kau bukan aku bikin sendiri.


---


tapi aku mendengarnya dari mereka yang seusia kau.
dari PANGKAL ke HUJUNG.


No comments: