Friday, May 25, 2012

Tentang Status yang Jadi Bualan

"ehem, malu sikit ye awak tu dah tua, tapi masih mengharap duit mak yang dah kerepot. kereta, rumah awak tu, semua orang tau bukan duit awak. jangan nak berlagak sangat lah okey?"


disebabkan statement aku di atas bertarikh 14 May, telah terjadi satu kekecohan besar. tak perlu aku ceritakan semuanya, cuma disini aku nak luahkan apa yang terbuku dalam  sanubari ku ini, cececehhh -__-
dan harap maklum, JANGAN NAK TERASA sangat dengan entri ni, sebab ianya dibuat UMUM, ulang taip, UMUM.

pertama sekalinya, apa tujuan facebook?
  1. untuk cari kawan lama dan berkenalan dengan kawan baru,
  1. untuk menambah ilmu pengetahuan tentang duniawi/ akhirati berdasarkan artikel2 yang dishare
  1. untuk merepek dan merapu apa yang kita suka dekat status

dan penjelasan seterusnya untuk point 3, ya semua orang tahu dari segi kemanusiaan yang penuh hati perasaan, tak sepatutnya kita mengeluarkan status yang kurang enak dibaca, samada dari segi sensitiviti perkauman ataupun sebagainya.

tapi semua orang pun tahu, apa yang ditulis adalah UMUM, selagi tidak disebutkan nama si polan dan si polan, boleh jadi status tersebut ditujukan untuk Mamat, Kasim ataupun Minah. 
seperti contoh:
"bodoh punya Mamat pegi mencurik kat rumah Leman, takde keje lain ke, bangang betoi"

maka dengan itu, sekiranya si Mamat tak buat sepertimana empunya badan cakap, ada hak untuk si Mamat marah, sebab terang2 namanya disebut dekat situ. melainkan, empunya badan cakap:

"bangang nak mampos pegi mencuri kat rumah orang tu buat apa"

tapi, sekiranya si Mamat tetiba mencelah "eh apahal kau kurang ajar sangat ni, bila aku mencurik?" tak ke dia mengantoikan diri sendiri? 

bermaksud, kesimpulan untuk point yang ini, anda TAK PERLU terasa dengan setiap status yang keluar dari facebook, dan jangan perasan semuanya adalah tentang anda. tak perlu ada facebook, kalau semua benda anda fikir ditujukan untuk anda. DAN kalau terasa sekalipun, tak perlu melenting selagi orang tak sebut nama anda. facebook adalah hak privacy semua orang, terpulang nak tulis pasal apa.

kenapa anda tak terasa bila saya bercerita tentang masak lemak daging salai? kenapa anda tak terfikir yang anda adalah daging yang disalai tu?


seterusnya, perkataan "kerepot" di atas. sebagai contoh, sekiranya status itu ditujukan untuk Meon, kemudiannya emak Meon berkecil hati. di sini, SAYA RASA TAK PERLU DAN TAK PATUT UNTUK BERKECIL HATI. kerana status itu adalah untuk Meon, Emaknya tak terlibat sama sekali

"kerepot" di atas bukan bermaksud untuk mengutuk bahawa emak si Meon adalah seorang tua kerepot tapi untuk MENEKANKAN bahawasanya mintak duit dekat orang tua yang dah kerepot itu tak elok, kesian. ada paham? bukan nak mengutuk tapi menekankan.


jadi, ini adalah kali pertama dan terakhir aku bagi penjelasan tentang status di atas yang telah membawa kekecohan besar selama berminggu2 dan mungkin akibatnya untuk selama-lamanya. tapi suka aku ingatkan di sini, kebenaran tak berpihak kepada orang yang lebih tua. maksudnya, tak semestinya anda lebih tua anda berada di pihak yang benar. habis tu, apa budak2 buat semua tak betul? kononnya setahun jagung tak tahu apa2 lagi? YOU MAKE ME SICK.

jadi lepas ni, aku tak akan layan apa2 provokasi dari anda2 semua yang tak habis2 mengutuk saya di belakang, dan raya pun nak dekat dah, memang aku jela jadi tajuk perbualan gosip hangat anda semua kan? :3

cakap apa hang nak cakap, aku tak kisah dahhhhhhhhhh. kang satgi blog aku pulak korang kutuk, macam aku tak tahu. sekian.

No comments: