Saturday, February 11, 2012

FEBRUARI YANG SIAL

aku bogelkan tulisan aku dari sekarang. aku tulis apa aku mahu, aku luah apa aku rasa, aku muntah apa aku fikir. persetankan apa orang kata sebab selama aku hidup pun, tak pernah mereka yang berkata2 tu bagi aku makan.


orang kata aku berubah, sampai orang naik meluat. kenapa? sebab aku kuat menangis, aku cembeng (cembeng ke cengeng?!) kenapa aku jadi macam tu? aku sendiri petak. pantang ada yang tak kena, aku mahu nangis. air mata jadi murah. biarkan aku. jangan ditegur, jangan dipujuk, nanti jadi manja. faham?



aku terjumpa gambar ni dekat wall aku. alangkah mudah je sebenarnya hidup ni kan? memang mudah kalau kita manusia tak dikurniakan hati jiwa perasaan akal fikiran. kalau aku main perambat bagitahu orang apa yang aku suka, apa yang aku tak suka, aku rasa sekarang aku dah mati dipijak.

manusia, tak kacak laa mengaku salah kan? tak macho laa bila ditegur. sebab tu ada setengah benda harus disimpan diam2, dikemut2 dalam hati biar dia hilang- bukan dendam.


ah, permulaan bulan Februari aku yang sial. pergi mati semuanya.

Friday, February 3, 2012

Luahan Si Paradoks

ni ke zaman kejatuhan? ah, hari-hari aku jatuh. ibarat tangga 100 tingkat, hari demi hari aku jatuh satu per satu. persetankan sangat apa orang cakap, nah. padan muka kau min.

rasakan.

you never appreciate people around you. those who loves you, those who always beside you. you claim that no one with you while you upset when they always wipe your tears. and now, they really gone. serves you right.

macam tahi rasanya.

bangun pagi harapkan sesuatu yang indah tapi semua tu masih lagi mimpi aku masa tidur malam tu. mata sedar, akal mati. orang-orang geleng kepala tengok aku, aku masih senyum-dengan ego.


dan bila aku saja nge-test buat status emo sedunia, orang-orang yang aku harapkan untuk comment tak kunjung tiba, tapi orang yang suam-suam kuku dengan aku yang ringan tangannya menaip perkara yang mungkin bukan dari hati mereka. tapi apa pun, terima kasih :')


dan dua manusia di atas, salut for ya. si Ghazali sentiasa bagi aku semangat setiap kali status emo sedunia aku singgah di news feed dia. dan Nazrin, abang ipar masa depan-dengan comment merapu tapi masih berbaur semangat.

dan saat itu, mana? MANA ORANG-ORANG YANG SEPATUTNYA BAGI AKU SEMANGAT?

'diaorang tak online kot masa tuu'


hm. masuk akal. tapi ada yang online apa masa tu? aku tunggu dan tunggu mereka comment. mungkin comment dalam hati-sedapkan minda.

'dalam facebook min, apa laa yang kau harapkan sangat. yang penting, kat luar tu haa, ramai yang ada untuk kau'


ramai? hihi. teruskan.

teruskan sedapkan hati aku yang dah hangus di-bbq.

















































terima kasih dunia.

Monday, January 23, 2012

CERITA YANG MENGUBAH PERSEPSI KITA TERHADAP MASALAH: bukan kita yang paling malang dalam dunia. jadi hargailah hidup anda


ini adalah kisah benar yang menyayat hati- tentang seorang anak di China, Zhang Da yang mendapat penghargaan tinggi dari pemerintahnya kerana dinyatakan telah melakukan perbuatan yang sangat luar biasa. di antara 9 orang dari peraih penghargaan itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumah penduduk lain di China.

sejak kecil, dia ditinggalkan oleh ibunya kerana ibunya tidak tahan lagi hidup bersama ayahnya yang sering sakit kuat dan sangat miskin. sejak itu, Zhang Da hidup dengan si ayah yang tidak bekerja dan sering sakit kuat. 

kalau dinilai dari segi umur, memang cukup berat apa yang budak ni pikul tapi demi tanggungjawab, dia kuatkan semangat. dia pergi sekolah dengan berjalan kaki, lalu hutan kecil. dan dalam perjalanan, sebab tak sarapan dari rumah, di perjalanannya dia makan daun-daun, bijian-bijian dan buah-buah yang dia jumpa.

kadang-kadang dia cuba makan rumput sampaikan dia tahu mana yang boleh diterima lidahnya dan yang mana tidak. pulang sekolah, dia bekerja membelah batu-batu besar. upah kerjanya digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan ayahnya. setiap hari, dia menggendong ayahnya ke bilik air, menggosok dan memandikannya.

uba yang mahal dan tempat berubat yang jauh membuatkan Zhang Da terfikirkan cara untuk mengubati si ayah. dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui buku yang dibeli. dia belajar tentang cara-cara jururawat menyuntik jarum dan setelah dia berasa mahir, dia melakukan suntikan sendiri kepada ayahnya.

ketika acara penganugerahan tersebut berlangsung, speaker bertanyakan kepada anak tersebut, apa yang diinginkannya.
 'apa yang kau mahu? apakah wang atau selainnya? di sini ada banyak pegawai, pengusaha serta ratusan juta penonton rancangan ini yang sedia membantumu nak!'
namun jawapan Zhang Da sangat mengejutkan siapapun, dia hanya berkata,
'aku tak mahu apa-apa, aku hanya inginkan ibuku kembali!'


***

a true story that change my whole perspective on the way i labelled myself when i have tons of problems. seorang anak kecil yang tak dicurahkan apapun kemewahan tapi dah ada rasa tanggungjawab dan memikulnya seperti orang dewasa.

where am i this whole time? on what earth did i step on this whole years? and seriously, what kind of person i am?


ya, aku si bodoh. kau pun.