Thursday, May 17, 2012

Cerita A, B dan C






orang cuma nak dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.


defense:

1)
aku kata A orang faham B.
orang marah aku.
bila tanya "siapa kata B?"
orang kata aku degil,
tak makan nasihat.


soalan.
BILA aku kata B?


2)
aku tulis A bila aku kiaskan B.
orang cuma nampak A.
yang setuju apa aku kata tentang A akan puji2.
yang setuju apa aku kata tentang B akan julang tinggi.
yang tak setuju, maki2 dan caci2--bilang kurang ajar.


penyataan.
PEDULI APA kau setuju atau tidak apa aku rasa.
aku menulis APA aku rasa.


3)
aku cakap A.
A itu rakan ku.
rupa-rupanya ramai yang A juga.
tersinggung hati.
perasan aku kata dia.


soalan.
kau SIAPA?


BENARLAH--
orang cuma nak dengar APA yang mereka NAK dengar.
orang cuma lihat APA yang mereka NAK lihat.
orang cuma baca APA yang mereka NAK baca.




maka..


janganlah perasan SEMUA BENDA dalam dunia ni berkisar tentang KAU SAHAJA.


kalau kau cari diri kau dalam status2 manusia sekeliling, kau akan jumpa.


sebab kita manusia.
DOSA kita,
PAHALA kita,
lebih kurang sama.
cuma aplikasinya pada lain2 situasi dan masa.




berhenti merasakan SEMUA BENDA adalah berkisar tentang KITA.




dan, usah berkata tentang umur.
setahun jagung aku, 
berlelehan hingus aku,
cerita kau bukan aku bikin sendiri.


---


tapi aku mendengarnya dari mereka yang seusia kau.
dari PANGKAL ke HUJUNG.


Wednesday, May 16, 2012

Fesyen Terkini: buat aku loya, bikin laki suka


ever heard of camel toe?


kalau belum pernah, jangan rasa anda ketinggalan zaman. sebab aku pun baru tahu maknanya tadi. *terima kasih google** aku memang tahu 'benda' itu cuma tak menggunakan istilah yang itu. aku pakai istilah aku sendiri...yang aku rasa tak patut ditulis dekat sini.


ye tapi di sini bukan aku nak tekankan aku ada ke tidak, (yang pastinya semua perempuan ada) tapi permasalahan fesyen di kalangan anak remaja, kakak-kakak ataupun mak janda yang dah dimakan usia. camel toe itu kecelakaan fesyen namanya kak dik oii.


pada yang taktahu kejadahnye camel toe, bak sini kak limah terangkan apekebendenye menatam tu. secara mudahnya, camel toe adalah terma untuk perempuan yang menggunakan SELUAR YANG TERLALU KETAT sehingga menzahirkan kelepet di kawasan2 yang tidak sepatutnya hingga menjadikan manusia sekelilingnya hilang arah dan panduan hidup.


material yang biasa digunakan DEMI menjadikan camel toe suatu fesyen adalah legging, skinny jean dan seluar2 biasa CUMA KAU DAH TAK MUAT TAPI TAK MAHU MENGAKU saja.


jadi akak, adik sekalian, tak kisahlah macamana kekdah u ols pakai seluar ketat tu,cuma kak timah serabut seluar tu u ols padankan dengan t shirt senteng yang memberitahu wujudnya camel toe.


ada sebabnya namanya camel toe, cuba lihat kaki unta. geli bukan?


simpan ye? simpan untuk tontonan suami u ols. timah bukan jeles. timah geli. eh, kerang pun tahu sembunyikan dirinya dalam cengkerang, pasal dia tahu punyalah dia buruk, malu!


sekian!!!

Monday, May 14, 2012

bebudak sekarang tak meniaga apa dah 'untunglah'

hey walley walley hey walley walley hey~

intro yang terencat bak budak hingusan menjilat hingus. sudah terlalu lama aku tinggalkan habit berblogging ni, maklumlah takda internet dekat rumah sewa. well well well, sekarang cuti semester. sangat gumbira hati, limpa dan paru-paru kerana waktu tidurku akan dipanjangkan sepanjang-panjang sesuka aku nak panjang mana.


 kadangnya aku terfikir, bebudak sekarang gemarkan ayat 'menganjing'. tapi kalau kita tukarkan anjing kepada ayam, jadi menganyam. menganyam ketupat. tak pernah dengar menganjing ketupat. (???) terfikir juga siapa pencipta lagu nama kau dollah tetek kau sebelah. dan ada yang menukar tetek berjuta, tetek terbelah dan berbagai lagi. sungguh kreatif. oh duniawi duniawi.. aku sangat kuat makan sekarang ni. terlalu kuat makan. selang sejam dua, perut comelku ini harus dirasuah dengan makanan agar ianya berhenti berkeroncong. tapi kadangkala, bila makan, aku tak habis. sudah omak aku memekak. terngiang-ngiang pula iklan Jalaludenhasan 'sebutir beras ibarat setitik peluh petani'. bayangkan dah berapa banyak peluh petani yang gua telan??


 maka, rutin harian aku semudah ABC, bangun tidur, terus tonton sinetron yang tak berpenghujung. dan apa yang aku simpulkan, semua sinetron jalan ceritanya tertukar anak. bagi aku satu yang tak tertukar anak? takdoo acik lijah oii takdooo. sangat klishe (camni ke eja??) sinetron dari negara seberang. lately, ramai pulak sedara mara kengkawan aku yang dah mendirikan rumah tangga. alhamdulillah, syukur nikmat. haa memangla nikmatttt kuikui. yela, orang kata jodoh tak kemana, ke katil je. tapi sebelum berkahwin mesti mau bercinta dulu. adat manusia tipikal kan, kot kalau terus kahwin tak pernah jumpa, first night rasa dada si perempuan berbulu bulu tak terkejut beruk kau matt? bebudak bercinta zaman sekarang tak setail langsung. apa stylenye nak berkenalan mintak nombor? patutnya tanya berapa kos perkahwinan, bincang terus. oii mat, kencing pun doposen, ni kan kahwin.


 tengok lelaki zaman sekarang pun tak semenggah. pakai seluar lipat2 apekebende mat? hensem la tu? konon ikut sunnah nabi pak hang. solat 5 waktu tak cukup, ada hati cakap pasal sunnah nabi. kemeja + seluar jeans + jam + kasut cukup la untuk lelaki. tak perlu nak bertindik pakai rantai, macam nak pergi thaipusam. yang peliknya lelaki keluar lepak suka pula tuck in baju. pergi sekolah, harommm nak tuck in -,-' lelaki HARUS tahu baca doa qunut dan mandi wajib. ooo mendayung tahu, mandi wajib taktau!


 aku punya habit dimana aku selalu mencarut tapi akan berzikir selepas melakukannya kerana merasa amat bersalah. apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata makan penumbuk. perkataan mencarut tipikal si melayu, 'babi' 'anjing' 'pukimak'. dan kenapakah babi dan anjing di persalahkan? kesian si babi yang sedang gumbira bermain lumpur dan si anjing yang sedang mendoggie. walaubagaimanapun, haram menyentuh babi walaupun beliau menutup aurat. kenapa dan why? adakah kalau kita mencarut 'cacing la kau!', 'badak air betul' ataupun 'ayam sungguh semua ni', kita tak nampak ganas ataupun sedang marah? masih dalam persoalan di mindaku ini..pukimak? ada 1 cerita yang mengingatkan aku tentang pukimak. di mana paksu aku di masa kecilnya bergaduh dengan pakcik2 aku yang lain, lantas menjerit 'pukimak kau!' lalu dengan cepat nenek aku menyahut 'kenapa dengan puki aku?!'


 maka dengan ini aku isytiharkan aku sudah punya akaun twitter. tak pernah terfikir untuk melakukannya tapi dah terlaku nak buat macamana. tapi aku hanya buka facebook dikala budak sekolah sudah tidur, baru aman wall aku dengan puisi cinta lirik lagu jiwang karat 18 mereka. dan baru-baru ini aku selalu tengok orang upload gambar pakai instagram? apekejadahnye instagram tu? seorang tolong kasi tahu aku~ aku tak mahu dilabel arnab comel terperuk dalam sangkar! al maklumlah, henpon aku henpon murah, cover belakang pun takde. henpon up 1 level dari 3310. oii kau jangan kutuk 3310, kalau aku baling ke kepala kau boleh bina bukit atas kepala otak kau tu tahu?


 ahh sudah terlalu banyak kerepek yang aku jaja dalam entri kali ini. kerepek seterusnya, nantikan dalam entri akan datang! causinci!