masa mula-mula berchinta dengan angah dulu,
semuanya malu-malu.
untuk sebulan pertama kami menggunakan aku-kau,
nak cakap sayang, haram!
masing-masing malu.
nak cakap i love you pun terberak-berak,
pernah sekali atas motor (aku yang bawak),
aku dengar sayup-sayup dari belakang, "ebiu ebiu"
apa kejadahnya mangkuk ni cakap,
setelah diamati betul-betul, i love you rupanya.
aku tersenyum sendirian,
bukan senyum apa,
senyumkan kebodohan angah, hakhakhak.
pegang tangan?
setakat sentuh-sentuh macam tu pun dah macam di awang-awangan,
lagipun haghamm (belah la kau min)
yelah, daripada kawan baik yang teramat baik,
bertukar jadi pasangan kekasih,
sangat janggal rasanya.
3 4 bulan seterusnya makin romantik,
kurang sikit malu,
sebelum tidur, kalau tak call sejam tak boleh,
dia nak aku bagi message goodnight 4 page,
jenuh lah otak aku nak fikir ayat-ayat cintan.
orang muda macam-macam ragam,
kelakar pulak bila aku fikir balik.
sekarang pulak dah berbeza.
nak tidur pun, setakat cakap goodnight dah cukup.
nak buat apa pun dah tak malu.
betul lah apa orang cakap,
seri sesuatu hubungan tu cuma mula-mula je.
tapi takpa, kalau setakat seri je hilang boleh lagi,
asal perasaan tetap sama.
aku terlalu bersikap jual ikan dekat angah,
entah kenapa macam tu sekali,
for that i'm really sorry brother.
kadang tu orang yang paling kita sayang paling kurang diberi perhatian,
aku cuba ubah yang itu ye angah.
wahaa saja letak gambar dulu-dulu,
sekarang jarang ambik gambar bersama.
kalau ada pun pakai camera orang.
kami ni pasangan nelayan,
tak kayo pun.
p/s: tak kurang dari sebulan lagi nak SPM. demitttt!
1 comment:
<3
Post a Comment