Monday, December 26, 2011

JAMES BOND HACK MY FACEBOOK ACCOUNT

tengah layan Joan Jett, tetiba budak ni post dekat wall gua. 



maka kami pun berborak lah sebentar




dia pulak nak berlagak dengan gua, memang silap laa..



maka gua nasihatkan laa beliau



penyudahnya kitorang jadi geng..





dan dialog seterusnya mana boleh bagitahu, muahaha. i'm a hackerrrrrr! (tetiba)
watch out bila budak pelik ni ajar aku macam mana nak hack. 
tuih.haram jadah sungguh.



Saturday, December 24, 2011

MENG-PRINT SCREEN-ING II

gua selalu dikondem dalam fesbuk. ada ke patut muka cunn camni orang malas nak layan?! heh <-- kerek. (haha)










gua lepak dengan artis. husyooo~ 

tak kurang pujian yang melambung. oh ya, gua nak kahwin dengan Yusry KRU tahun depan. jemput datang semua k. ehem.





kak yong paroi nehh. sekali kentut berderet kereta datang. tapi tula, bukan setiap masa gua kentut. kena tunggu lama sikit baru datang budak. haihh



ada yang kata gua macam Elyana dan Tiz Zaqyah. tak patut betul, sedangkan gua adalah Lisa Surihani. k baii.



Friday, December 23, 2011

MENG-PRINT SCREENING


selalu gua tengok orang main-main printscreen status orang lain. best ke?
















bila dah buat, tak best pun :|

KENAPA BERKAWAN DENGAN LELAKI ITU LEBIH MUDAH?

bersihkan blog yang bersawang tak ingat dunia. dah lama tak update, takda masa. cehh bukan ada orang baca pun -____-''


cerita pertama, kehidupan belajar sangat memeranjatkan jiwa raga. sampai boleh terbaring, pandang siling, mulut ternganga, mata tak kelip lah. gila punya trauma. kawan. setakat ni gua takda kawan sama batch kecuali beruk 2 ekor tu. gua berkawan dengan budak sem 4 dan ke atas. kenapa eh? gua pun taktau.


tapi macam biasa lah, gua kan fobia dengan tempat baru. gua takut tengok orang sekeliling. ibarat gua pakai kostum angry bird dan berjalan di tengah padang di mana semua orang tertumpu pada gua. padahal tak pun, cehh. masih lagi dalam proses nak adapt dengan tempat sekeliling. mudah-mudahan di permudahkanNya.



balik pada topik asal, kawan. why do i have way more male friends than female friends?

ramai orang meletakkan persepsi buruk terhadap gua, sebab gua lepak dengan lelaki, mana-mana dengan lelaki, itu ini dengan lelaki, blablabla pun lelaki. to be straight, berkawan dengan lelaki ini mudah. sejuta kali lebih mudah dari berkawan dengan perempuan.


they're straight up. tak suka cakap tak suka, benci cakap benci, IN FRONT OF MY CUTE FACE (hiwhiw) biarpun ayat pedas menyucuk ke dalam jantung. i'd rather have friends that can tell you they're upset with you about someting to your face, then to have girl friends that talk about you behind your back and scheme up these crazy plans to hurt you.


they're much more entertaining. and their jokes, way too harsh. the funniest part of this is a lot of the time, certain gals whom be friends with guys will be very upset if they are actually treated like the guys treat each other. i used to be one of these girls. tapi kalau dah hari2 kena tepek dengan gurau kasar, jadi lali dah. then, i turn into person with gross jokes. which is, one of the reason why girls seems don't like to be friends with me, haha.




gosip. heh, walaupun gua bernaluri lebih kepada lelaki, tapi gua masih sukakan gosip, muahaha. fact, gossiping with the guys are moreee fun. gosip mereka lebih tajam ayatnya, di mana kalau kaorang tau apa yang diaorang cakap, kaorang rasa macam taknak hidup lagi, haha. which i learn my lesson from there- to be nice with guys so that they wont talk bout me behind their back, hiwhiw.


bezanya 'bercakap belakang' antara lelaki dengan perempuan, lelaki tak bercakap belakang kalau kita baik dengan diaorang. perempuan? huh, baik ke tak, sama je, acenggitu la caranya.


i like to talk about girls. sebab gua berkawan dengan lelaki, kalau gua cerita pasal lelaki kan dah lain pulak. so far, kawan2 gua semuanya lelaki sejati. berceritala kami tentang gadis itu, gadis ini, paras rupa mereka, perangai mereka. tapi Alhamdulillah, naluri berpasangan gua masih terhadap lelaki. haaa kan kalau dah cakap pasal tino je tiap2 hari, tak jadi lesbian? acano tu?


tapi itulah, orang kata kalau berkawan dengan lelaki, hati-hati. takut mereka berniat jahat. tapi setakat ini, Alhamdulillah kawan-kawan gua semuanya baik belaka. they're like my brothers and got my back. kalau setakat berperangai ala beruk tu takpalah, tutup sebelah mata jela.


gua ni memilih juga kawan. bukan memilih yang memilih tuu. tapi dah kalau makhluk tersebut kaki judi, kaki tonggak, kaki bong dan banyak lagi kaki, jadahnya kita berkawan dengan mereka ye idak?


but. haaa ada but tau. but deep inside, i missed out on a lot by not dealing with the, yes, catty and bitchy gals, but also general female friendships. most of my friends now are guys and while they're wonderful people, sometimes i wish i had more girl friends to be with. teringin nak cerita pasal rambut, kuku, fashion, etc untuk berjam lamanya (andainya gua dapat bertahan, muahaha)


so, pelajar perempuan semester 1 di tutttt.. (ceh ingat gua nak bagitau tempat belajar gua ke? tuihh) be nice with me. yela, tak kenal maka tak cinta. gua ni baik orangnya, comel apetah lagi. moh moh kawan dengan gua ye perempuan sekalian, hewhew~


p/s: habistu kenapa dengan gambar gua selit dalam setiap entri? cool isnt it?

Saturday, December 17, 2011

MENGENAL PEREMPUAN MELALUI BENTUK BADAN

yang perut buncit, double chin seguni, lemak bawah ketiak melayut, haa itulah yang paling genius, comel, menawan, jelita, perempuan melayu terakhir.



p/s: entri dibnat khas untuk aju

Thursday, December 15, 2011

KAWAN ATAU LAWAN

asam garam hidup.


selalu gua dengar- 'waktu ketawa ramai kawan, waktu senang kita sendirian' . dengarnya biasa, tapi bila kita hayati dan alami sendiri, baru tahu sakitnya rasa tu.


kawan datang dan pergi dalam hidup gua. harini gua berkepit dengan A, esok tukar dengan B. kadang tu takda langsung, tapi Angah sentiasa dengan gua. susah senang, ketawa menangis. tak pernah cakap 'tidak' bila gua perlukan pertolongan dia. and he is the real bestfriend of mine, always be, since we're not together yet 6 years ago.


indahnya hidup kalau ada kawan sejati. tapi jujurnya, takda seorang pun yang bergelar itu. for me, its just a word that isn't exist. tell me if you have one, seriously. yang tak pernah tinggalkan anda seorang diri diwaktu susah, tak pernah bercakap belakang walaupun sekali or simply, the greatest friend in the world.


terima kasih untuk mereka yang masih berkawan dengan gua, sampai sekarang. counting days till you guys walk away like others. but if you don't, you're my real friends.

Friday, December 2, 2011

10 PERKARA TENTANG- Bila Perempuan..



PENGKID


bila perempuan cuba untuk jadi seorang lelaki, sekaligus mencuba untuk merubah fizikalnya, pakai bengkung kasi flat itu nasi lemak, merubah mentalnya, "aku laki..aku laki..' -cakap tiap hari (mungkin..gua bantai je)- itu semua tak berbaloi kalau tetap saja sebulan sekali anda semua kaum tomboi ye, keluar darah haid. ehem.


DIARI


bila perempuan tuilis diari, penuh perasaan, penuh emosi gitu..kalau sedih letak smiley sedih, kalau mood happy siap lukis flower as background..konon hati berbunga laa.pui.





XBOX


bila perempuan main xbox..




GIRL FIGHT


bila perempuan gaduh, terutamanya dengan kawan baik sendiri, mereka akan berperang dingin dalam diam. mereka sesama sendiri akan menyebarkan cerita busuk fitnah umpatan segala macam dajal dikalangan teman mereka. rahsia masa berkawan baik dulu semua disebarkan. baru hati puas ye idak?


lagi best, kasi malu dekat FB, Twitter, Blog dan segala macam social networking. bila dah sampai kemuncak, kasi jumpa..apa lagi, main tarik rambut laa! fight, fight, fight!


SHOPPING




bila perempuan shopping, mesti lama ya amat..bila dah pilih yang pink, nampak pulak yang biru. tiba-tiba entah dari mana muncul pulak yang hitam. sudahnya, pening taktau mana nak pilih. boyfriend/suami kat luar dah boring+lenguh kaki tunggu. yang lagi sakit, bf/suami tunggu kat luar dah sejam, tengok gf/bini keluar tangan kosong. alasan: "takda yang berkenan la youuu.." (sambil buat muka comel)


JEALOUS


bila perempuan jealous..





SHOPPING II


bila perempuan shopping, mesti nak yang branded punya. kasi kikis bf/suami sampai diaorang kena pergi Yun Nam Haircare. kalau boleh, nak shopping handbag, mesti nak yang brand tag terpampang besar depan handbag kasi senang orang tengok. PAP..'Versace" takyah susah orang nak tanya.


BOLA




bila perempuan tengok bola, lagi kecoh dari lelaki. macam mak gua.. "alaaa eh eh..haaa pas sana, ishh ambik laa bola tu.haa haaa ambik ambik! aduhhh terlepas pulak..haa bagi sana pulak! laju lagi, laju lagi!! yes yess nak gol, cepattt! aahhhhhh..bodoh tak reti main bola, balik rumah torreh getah lahh!"


BERSIAP


bila perempuan bersiap nak keluar, it takes time like forever. nak pilih baju colour apa, nak kena match dengan tudung apa, hairstyle nak buat macam mana, beg nak pakai yang mana, kasut mesti nak match dengan beg. aisheydo lagi, nak buat smokey eyes lah, creamy eyes lah hape lah. alih-alih, gi pasar malam je..


special note: jangan tertipu dengan mekap
FRUST


bila perempuan sedih, haaa satu dunia nak bagitahu. post dekat wall fb, blog, twitter dan segala macam networking (macam pernah dengar je ayat ni? hm) kucing dia mati lah, bf dia curang lah, baju favourite koyaklah..macam sedih sangat pulak, padahal saja nak tengok berapa banyak feedback. kot ramai..dalam hati kata "hot jugak aku ni.." demyugel.


                                    *                             *                                *                                  *


tapi, itulah..perempuan ni hebat sebenarnya. ambik contoh mak gua. dialah yang buat breakfast, cuci baju, sidai baju, lipat baju, masak, kemas rumah, tengok pelajaran anak-anak, membebel sana sini, memekik telolong sana sini. dan yang paling penting, melahirkan dan menjaga kita semua-gua dan readers semua. haaaa semua tu ingat tak penat ke?



YOU GO GIRLS! FAP PAP PAP~ (tetiba)


p/s: lagu yang dibenci kalau gua karoke. sampai hati korang :(