Friday, July 30, 2010

KENTUT

babi, aku dah type panjang panjang tadi,
pastu entah apa aku tekan, semua hilang!
bodoh siuttttttttttttttttttttttttttttttt!



Wednesday, July 21, 2010

Kau Ni Kelakarlah Kawan!

semalam, aku lepak dengan member aku.
gosip sana sini lah apa lagi kan,
sekali tersebut pulak nama si budak A ni.


aku: laaa.. kau kenal ke A ni..
B : apa pulak tak kenal, balak dia pernah mintak kapel dengan aku, tapi aku reject!
aku: (hot laa neh) ohh gitu. apasal kau tak suka dia?
B : kau tahu, dia cerita gebang lepak Pavillion bagai, padahal tak pernah pun!
show off dengan harta mak bapak dia, pakai baju branded bagai, padahal pinjam!
aku: lah yeke. lagi?
B : dia cerita macam-macam lagi lah, pergi clubbing sana sini. tengok facebook,
myspace dia pakai baju seksi, konon life dia laa paling best.
aku: laa dah gitu apa tak bestnya? best lah tu mak bapak bagi kau keluar sana sini
ikut suka kau je.
B : HAHA. kau tak kenal dia lagi. dia imaginasi kuat weh. menipu, pembohong bagi kat
dia. dia keluar entah bagitahu mak bapak dia ke tidak. pakai singlet dengan hot
pant je dekat luar, konon paling seksi, padahal bapak dia sendiri pernah warning
dekat budak jangan pakai seksi-seksi dekat luar.
aku: lahh yeke. banyak makan smarties tu, imaginasi kuat sangat.
B : lagi satu, menyampah pulak aku dengan dia. berlagak dengan harta mak bapak dia.
setakat kereta bapak dia yang besar tu, bapak aku pun ada laa weh.
aku: ohh..



panjang lagi sebenarnya perbualan kitorang.



haih, kesian aku tengok dekat kebanyakan budak zaman sekarang.
kaorang menipu sana sini,
cerita dekat orang kaorang pergi Party Summer Splash (betul ke aku eja?),
pergi MTV world stage,
pergi lepak Pavillion,
pakai baju-baju branded,
berlagak ada baju mahal-mahal,
beli barang branded sikit nak bagitahu orang,
pendek kata you guys trying soooooooo hard to look perfect di mata orang.



hey kawan, kaorang menipu sana sini,
bila orang dapat tahu, malu dia hanya Tuhan je yang tahu.
kaorang berlagak sana sini, orang menyampah tahu tak?
lama-lama orang akan menjauh.
matang lah sikit.


aku pun pernah menipu kawan-kawan aku jugak.
masa darjah 2, darjah 3 dulu lah.
cerita lah, rumah aku ada orang gaji,
tiap-tiap pagi dia yang gosokkan baju aku.
padahal mak aku yang gosokkan.
lepas tu cerita aku pergi Hawai, bercuti dekat sana.
HAHA, bodohnya aku.


tapi kawan,
kita tipu kecik-kecik dulu tak sama.
kita yang bodoh menipu yang bodoh, kalau kantoi pun tak ada malu sangat.
tapi kita dah besar lah kawan.
kaorang nak menipu orang yang dah boleh berfikir.



jadi lah diri sendiri,
walaupun diri sendiri kaorang tu tak adalah hebat mana,
at least tak perlu berbohong,
tak perlu nak cari idea apa lagi yang nak dihobongkan lagi lepas ni.



fikir-fikirkanlah kawan.
siapa pun yang baca entri ni,
sama ada dia tahu aku tujukan entri ni dekat dia atau tak,
fikir-fikirkanlah.
siapa yang makan pizza, dia yang terasa cheesenya.




THE END.

Monday, July 19, 2010

Heart Attack

sehari dua hari tiga hari ni,
banyak pulak berita yang cukup nak buat jantung aku tercabut sekejap.
orang meninggal sana, meninggal sini.

paling latest, jiran belakang rumah aku meninggal.
muda lagi, 20 tahun.
teringat pulak dulu masa kecik-kecik,
berabang angkat bagailah dengan dia.
HAHA. how stupid i am.

tahu-tahu dah meninggal, excident.
tersentap gua beb.
kejadian ni buatkan aku lagi insaf dan takutkan kematian.
barulah ni banyakkan ibadat.
itulah fenomena biasa yang aku alami selepas seseorang itu meninggal.

aku harapkan arwah ALIF dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, INSYALLAH.


moralnya, takutlah kamu dengan kematian,
kerana kematian itu tak kira masa, usia dan tempat.
perbanyakkan amalan kamu, seolah-olah esok adalah hari terakhir kamu di dunia.

bukan aku nak cakap lebih, cakap POMPOM bak kata orang zaman sekarang,
aku pun tak lah sempurna mana,
ibadat 5 waktu insyallah aku tunaikan.
cuma mahu ingat mengingat.











wallahualambissawab.
AL-FATIHAH buat arwah ALIF.

Friday, July 16, 2010

Daripada-Nya Kita Datang dan Kepadanya Kita Kembali

entri kali ini aku utuskan dengan sepenuh keikhlasan hati,
dengan penuh rasa pilu,
dengan penuh rasa sunyi.



selalu kita dengar,
kawan ketawa senang di cari,
kawan menangis haram nak jumpa.



tapi, aku ada kawan baik.
yang aku anggap sahabat,
keluarga,
teman di kala ketawa dan di kala duka.



setiap pagi sebelum pergi sekolah,
perkara pertama yang aku lakukan,
mencari si dia dan berkata,
'adik, jaga diri baik-baik. jangan nakal-nakal, tunggu min balik ya'
aku usap kepala dan mencium dahinya.



dan setelah pulang dari sekolah, perkara pertama yang aku lakukan,
mencari si dia.
aku akan menceritakan segala apa yang berlaku pada hari tersebut,
dan dia seolah-olah memahami apa yang aku katakan.

kalau aku cerita masalah aku,
si dia akan mengusapkan kepalanya di tangan aku seperti menyuruh aku bersabar.
kalau aku cerita perkara yang menggembirakan,
dia akan mengiau seolah-olah dia turut gembbira.
























ya, mungkin dia hanyalah makhluk yang tidak berakal.
tapi aku cukup bahagia setiap saat bermula dari saat kelahirannya.



aku tak ada kawan nak cerita masalah sepenuhnya,
yang boleh menghulurkan bahunya untuk aku menangis,
tapi adik tetap ada dengan aku tak kira masa.
sahabat aku sehingga akhir zaman, ADIK.


























setiap gerak gerinya menceriakan hati aku,
bagi aku dialah yang teristimewa.

















tapi semuanya berbeza sekarang.
sebelum aku pergi sekolah semalam, aku cium dahinnya berkali-kali,
tidak seperti sebelum ini.
aku rasa pilu.
rasa kosong tiba-tiba.




balik dari sekolah,
aku nampak sebuah kotak depan kereta kancil kakak aku.
kakak kepada adik;lulu, keluar masuk dari kotak itu.




aku sangkakan adik tengah tidur tapi lain macam pulak kali ni,
kaku.
hati taknak terima kenyataan,
hati menolak segala kemungkinan.
aku menangis tak henti-henti.
dan menangis,
dan menangis.
kenapa adik? sedangkan dia masih kecil.
masih terlalu mentah untuk pergi dulu.
mungkin ALLAH menyanyanginya lebih dari yang lain.



mintak maaf adik,
min bukan taknak kebumikan adik.
min cuma tak boleh tengok mayat adik,
min tak kuat untuk tengok satu-satunya sahabat min di kebumikan.



























tidur lah adik, tidur dengan tenang.



















AL-FATIHAH.

Adik, 25.03.2010-16.07.2010


p/s; arwah adik disahkan meninggal lepas mak aku bawak dia pergi klinik. mungkin makan racun. dan aku lambat pos entri sebab emosi tak stabil lagi semalam.

Friday, July 9, 2010

Birth Day

semalam, bersamaan 9 JULAI 2010 merupakan hari jadi angah.
aku tak pernah mention pasal dia kan sebelum ni?
*takut family baca blog aku daaa..
aku sambut kecil-kecilan sahaja,
hanya kami berdua,
tapi dekat tempat terbuka laa..



bagi aku hari jadi adalah hari paling penting dalam hidup,
paling sedih kaw kaw kalau orang tak sambut, tak wish, tak ingat pun!
bagi aku macam tu lah,
tapi ada setengah orang prefer tak sambut.


nak dijadikan cerita, aku buat lah suprise untuk si angah ni.

plan awal (aku seorang je yang terlibat):

1. cakap dengan dia tak boleh keluar sebab kena marah pasal result mid-year.
2.lepas tu aku ikut mak aku pergi giant (kononnya, kalau tak boleh jumpa lama pun, sekejap pun jadilah)
3. sementara angah ditipu, aku sudah berada dekat pizza hut dengan pizza yang sudah tersedia.
4. si mangkuk yang jaga pintu depan pizza hut tu akan bagi birthday present untuk angah bila dia masuk.


kononnya lah, tapi tak jadi pun.
yang sebenarnya yang berlaku:

1. cakap dengan dia tak boleh keluar sebab kena marah pasal result mid-year.

2. lepas tu aku ikut mak aku pergi giant (kononnya, kalau tak boleh jumpa lama pun, sekejap pun jadilah)

3. sementara angah ditipu, aku pun pergilah usha meja dekat pizza hut. omakkkkaaauu, meja dia punya lah rapat dengan orang tepi kiri kanan depan belakang. kalau aku berbisik pun orang boleh dengar rasanya.

4. pergi pulak usha KFC, tak ada tempat duduk pulak. tapi tak apa, pilihan terakhir sebab aku dah muak makan MCD.

5. beratur. bila dah sampai turn aku, aku pergi belakang balik sebab tak ada tempat dan angah bakal datang lambat lagi. 2 kali jugak lah aku buat kerja gila ni.

6. bila dah order, aku pun pergi carik tempat. masa tu beg sandang aku dah nak terjelepok ke lantai, jadi aku tumpang meja makcik sorang ni kejap nak letak makanan aku. makcik tu pandang aku semacam.

perbualan dalam hati:

makcik: eh, budak ni nak rampas meja aku ke apa? puas aku tunggu meja ni senang-senang dia nak duduk.

aku: kerek lah kau makcik, aku nak tumpang kejap je. tak hadap aku dengan meja buruk kau ni.

makcik: *pandang atas bawah

aku: aku baling drumstick ni karang.

dan beg aku pun telah dibetulkan balik, aku pun ternampak tempat kosong.

7. aku pun tunggu angah dalam 15 minit baru sampai.

8. blah blah blah, malas nak cerita, kami pun menikmati hari jadinya dengan penuh rasa gembira di hati. kami hidup bahagia selama-lamanya di samping 3 orang anak......



THE END.


p/s: tak ada gambar, sebab takut family baca blog aku. kah kah kroooohhhhhh..

Wednesday, July 7, 2010

AKU SI LOSER

kadang-kadang meluat tengok orang zaman sekarang.
berlagak sana sini,
konon dia lah paling kaya,
dia lah paling panas menggelegak,
dia lah paling awesome.


berlagak pakai duit mak bapak,
beli baju mahal-mahal RM200-300,
kasut mahal-mahal,
semua outfit dia branded habis lah.
tapi pakai duit makbapak?


bukan lah aku jealous ke apa,
aku sedar aku datang dari keluarga yang sederhana,
setakat cukup makan pakai.
aku tak mampu nak beli baju mahal-mahal.
kalau aku nak beli something,
cari lah duit sendiri *kerja catering ke.


makbapak aku tak pernah mandikan aku dengan wang ringgit.
sampai aku takut lah nak mintak duit,
walaupun untuk kegunaan aku, macam bayar duit tuisyen ke.
zaman mentah dulu memang aku memberontak,
yelah tengok kawan beli itu beli ini,
tapi sekarang bila dah boleh fikir, ada baiknya diorang buat macamni.
mak aku selalu cakap, "orang yang kuat belanja ni orang bodoh tahu tak?"
bapak aku selalu cakap, "belajar rajin-rajin, dapat kerja bagus belilah apa kamu nak"


sampai bila nak makan duit makbapak?
bila makbapak kauorang dah meninggal,
baru tahu peritnya nak carik duit.



bila aku perhatikan orang, aku tergelak sendirian.
tangkap gambar pakai baju MNG,
upload kat facebook bagai,
biar orang kata "whoaaa, MNG tuuu"


haih, macam-macam lagi lah.
jadi konklusinya di sini,
semoga berjaya mendapatkan populariti yang diimpikan tu okeh?


p/s: hari ni aku banyak kentut macam machine gun. best..

my bad day ever

hari ini hari rabu.




hari paling malang rasanya,
di mana telah berlaku pertumpahan darah di kelas aku.
dan ianya disebabkan AKU.



ya, AKU.


aku telah mengelar leher seorang kawan aku dengan sengaja,
menggunakan cebis-cebis kaca yang telah pecah.
dalam jugak rasanya.
(yela, siapa suruh terajang kepala aku)


nak dijadikan cerita, aku bergaduh hari ni.
gaduh BESAR.
aku rasa macam orang bodoh sangat bila terjerit-jerit macam lakhanat.
tapi emosi di kawal hati.



dan bila amarah datang,
aku berada di bawah sedar.


aku runsing.
semenjak seminggu dua ni,
emosi aku tak terkawal.
sangat-sangat tak terkawal.



YA ALLAH, lindungilah aku dari segala hasutan syaitan.
AMIN.

Tuesday, July 6, 2010

KOSONG

aku ada saudara lelaki, dan perempuan.
saudara A, B, C, D dan apa sahaja abjad.
senang aku katakan saudara B yang mempunyai pertalian darah dengan aku ni tak ngam dengan aku.
aku seolah-olah tak pernah wujud depan dia.
waima aku ada di sebelahnya pun,
dia akan berborak dengan saudara aku yang lain.

begitu juga yang terjadi kepada abjad-abjad yang lain.
bila diorang berkumpul sama-sama dan aku ditengah-tengahnya,
tak ada sorang pun yang akan bercakap dengan aku.
seolah-olah aku tak wujud.


ya, aku tak wujud.


saudara B hanya baik dengan saudara A dan abjad yang lain.
dia tak pernah buat sesuatu untuk aku,
tapi kalau untuk saudara A khususnya,
siap masakkan, ambik air bagai.



kecik hati aku hanya tuhan yang tahu.
dan semakin hari semakin benci terhadap saudara-saudara aku yang lain.


pernah suatu ketiuka dahulu aku kecelakaan,
ayah aku mintak tolong dari saudara B jagakan kenderaan aku
sementara aku pergi hospital.
kawan aku yang tau pergilah tempat kejadian


kawan: weh, min macam mana?
B : entah, hidup ke mati peduli apa aku. menyusahkan je.


luluh, hancur, berkecai hati.
itu baru satu.
saudara-saudara yang lain pun tak kurang lakhanat diorang.


dalam hati aku cuma..












KOSONG.

Saturday, July 3, 2010

kegayatan melihat teknologi

petang tadi aku tak ada kerja,
main-mainlah laptop kakak aku.
secara spontannya aku teringin buat video gila ni.
officially, my first vblog.
hayati..





belakang menyemak tuh adik aku,
gembira sungguh dia melihat tingkah laku aku.
tak faham kenapa. (???)






HAHA! aku yang bodoh lagi menawan.






-_______-"