Friday, July 9, 2010

Birth Day

semalam, bersamaan 9 JULAI 2010 merupakan hari jadi angah.
aku tak pernah mention pasal dia kan sebelum ni?
*takut family baca blog aku daaa..
aku sambut kecil-kecilan sahaja,
hanya kami berdua,
tapi dekat tempat terbuka laa..



bagi aku hari jadi adalah hari paling penting dalam hidup,
paling sedih kaw kaw kalau orang tak sambut, tak wish, tak ingat pun!
bagi aku macam tu lah,
tapi ada setengah orang prefer tak sambut.


nak dijadikan cerita, aku buat lah suprise untuk si angah ni.

plan awal (aku seorang je yang terlibat):

1. cakap dengan dia tak boleh keluar sebab kena marah pasal result mid-year.
2.lepas tu aku ikut mak aku pergi giant (kononnya, kalau tak boleh jumpa lama pun, sekejap pun jadilah)
3. sementara angah ditipu, aku sudah berada dekat pizza hut dengan pizza yang sudah tersedia.
4. si mangkuk yang jaga pintu depan pizza hut tu akan bagi birthday present untuk angah bila dia masuk.


kononnya lah, tapi tak jadi pun.
yang sebenarnya yang berlaku:

1. cakap dengan dia tak boleh keluar sebab kena marah pasal result mid-year.

2. lepas tu aku ikut mak aku pergi giant (kononnya, kalau tak boleh jumpa lama pun, sekejap pun jadilah)

3. sementara angah ditipu, aku pun pergilah usha meja dekat pizza hut. omakkkkaaauu, meja dia punya lah rapat dengan orang tepi kiri kanan depan belakang. kalau aku berbisik pun orang boleh dengar rasanya.

4. pergi pulak usha KFC, tak ada tempat duduk pulak. tapi tak apa, pilihan terakhir sebab aku dah muak makan MCD.

5. beratur. bila dah sampai turn aku, aku pergi belakang balik sebab tak ada tempat dan angah bakal datang lambat lagi. 2 kali jugak lah aku buat kerja gila ni.

6. bila dah order, aku pun pergi carik tempat. masa tu beg sandang aku dah nak terjelepok ke lantai, jadi aku tumpang meja makcik sorang ni kejap nak letak makanan aku. makcik tu pandang aku semacam.

perbualan dalam hati:

makcik: eh, budak ni nak rampas meja aku ke apa? puas aku tunggu meja ni senang-senang dia nak duduk.

aku: kerek lah kau makcik, aku nak tumpang kejap je. tak hadap aku dengan meja buruk kau ni.

makcik: *pandang atas bawah

aku: aku baling drumstick ni karang.

dan beg aku pun telah dibetulkan balik, aku pun ternampak tempat kosong.

7. aku pun tunggu angah dalam 15 minit baru sampai.

8. blah blah blah, malas nak cerita, kami pun menikmati hari jadinya dengan penuh rasa gembira di hati. kami hidup bahagia selama-lamanya di samping 3 orang anak......



THE END.


p/s: tak ada gambar, sebab takut family baca blog aku. kah kah kroooohhhhhh..

2 comments:

URRA said...

wOuhhhh..
sambut berdua nampak..
ehehe..
3 org anak?

totallyasminspies said...

errr.. tu angan-angan je. kahkahkah