Friday, July 16, 2010

Daripada-Nya Kita Datang dan Kepadanya Kita Kembali

entri kali ini aku utuskan dengan sepenuh keikhlasan hati,
dengan penuh rasa pilu,
dengan penuh rasa sunyi.



selalu kita dengar,
kawan ketawa senang di cari,
kawan menangis haram nak jumpa.



tapi, aku ada kawan baik.
yang aku anggap sahabat,
keluarga,
teman di kala ketawa dan di kala duka.



setiap pagi sebelum pergi sekolah,
perkara pertama yang aku lakukan,
mencari si dia dan berkata,
'adik, jaga diri baik-baik. jangan nakal-nakal, tunggu min balik ya'
aku usap kepala dan mencium dahinya.



dan setelah pulang dari sekolah, perkara pertama yang aku lakukan,
mencari si dia.
aku akan menceritakan segala apa yang berlaku pada hari tersebut,
dan dia seolah-olah memahami apa yang aku katakan.

kalau aku cerita masalah aku,
si dia akan mengusapkan kepalanya di tangan aku seperti menyuruh aku bersabar.
kalau aku cerita perkara yang menggembirakan,
dia akan mengiau seolah-olah dia turut gembbira.
























ya, mungkin dia hanyalah makhluk yang tidak berakal.
tapi aku cukup bahagia setiap saat bermula dari saat kelahirannya.



aku tak ada kawan nak cerita masalah sepenuhnya,
yang boleh menghulurkan bahunya untuk aku menangis,
tapi adik tetap ada dengan aku tak kira masa.
sahabat aku sehingga akhir zaman, ADIK.


























setiap gerak gerinya menceriakan hati aku,
bagi aku dialah yang teristimewa.

















tapi semuanya berbeza sekarang.
sebelum aku pergi sekolah semalam, aku cium dahinnya berkali-kali,
tidak seperti sebelum ini.
aku rasa pilu.
rasa kosong tiba-tiba.




balik dari sekolah,
aku nampak sebuah kotak depan kereta kancil kakak aku.
kakak kepada adik;lulu, keluar masuk dari kotak itu.




aku sangkakan adik tengah tidur tapi lain macam pulak kali ni,
kaku.
hati taknak terima kenyataan,
hati menolak segala kemungkinan.
aku menangis tak henti-henti.
dan menangis,
dan menangis.
kenapa adik? sedangkan dia masih kecil.
masih terlalu mentah untuk pergi dulu.
mungkin ALLAH menyanyanginya lebih dari yang lain.



mintak maaf adik,
min bukan taknak kebumikan adik.
min cuma tak boleh tengok mayat adik,
min tak kuat untuk tengok satu-satunya sahabat min di kebumikan.



























tidur lah adik, tidur dengan tenang.



















AL-FATIHAH.

Adik, 25.03.2010-16.07.2010


p/s; arwah adik disahkan meninggal lepas mak aku bawak dia pergi klinik. mungkin makan racun. dan aku lambat pos entri sebab emosi tak stabil lagi semalam.

4 comments:

anak orang in da house said...

min aku paham perasaan ko..
aku un penah rase cm uh gak..
tyme arnab aku mati..
aku nangis..sedeyhh sgt2..
tp kte kene terima kenyataan..
aku bace blog ko neyhh aku nangis..
hope ko ok dah..
sabar eyh =)

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

sedihnya.... :-( ...

fairestmaiden said...

thanks korang :'(

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih