Saturday, May 14, 2011

BERGUMBIRA

gua sudah berhenti kerja papa rich. gua memang ditakdirkan sebegini rupa agaknya. tak boleh nak bekerja di bawah orang, tak suka di arah, gua mengarah takpa. lu tunggu manager papa rich, 10 tahun lagi gua jumpa lu, gua lagi kaya dari lu, gua kentut dekat muka lu, puii~




maka dengan pemberhentian gua dari tempat kerja, gua pun baliklah somban, reban asal. 3 hari 2 malam gua bermalam di sana. semua gua tengok sebok buat medical check up kejadah haram semua nak masuk belajar punya hal. heh, gua? iya, gua tak dapat tawaran memana pun. upu apetah lagi, depa kata gua layak oxford, stamford je. gua terlalu bernilai untuk dimasukkan ke universiti tempatan, tak terajar katanya nanti, heh.




bos besar dah dapat unser beliau balik, maka kami beronggeng ke sana ke mari dengan unser kesayangan. uihh, banyak kenangan kami dengan unser tu. unser NBG 141 ada sticker 'PUTERI' dekat belakang berjalan di sekitar paroi, semua gerun. pasal mereka tau kalau di singgah, mesti kena pow singgit dua dengan kami, kuikui.




malam kami makan di rumah boncoi, makan biasa saja tapi ikhlas dari hati mak beliau. malam makan lagi, boncoi belanja nasi arab dekat damsyik, memang puas gila. esoknya, beronggeng jalan-jalan lagi. yang bestnya, boncoi ada Lancer Sportback baru, whoaa gua naik terasa macam orang-miskin-tumpang-kekayaan-orang-lain. bestt siud. bos besar pun beli motor baru, FZ 150. tapi dia punya special lagi, tak sama dengan orang lain.


malam hantar gua balik kajang, ronggeng naik FZ. pecut memang tak ingat highway, best gila. haihh, nampak sangat ke gua malas nak buat entri? arghh dem dem. k bai.

No comments: