Thursday, May 26, 2011

KALAU DAH NAMANYA LELAKI BIN JANTAN

berbajukan dress pink berbunga kecil, jeans karat, kasut keroks, rambut ekor-babi dan beg sandang coklat berserta nasi goreng kampung bungkus di tangan kanan, gua berjalan pergi KTM. ingin pulang ke lubuk asal, Kajang selepas berjalan di Seremban.

dalam KTM, gua baca buku. LAGEJ tajuknya. ahh, cukup mengajar gua erti hidup, suka duka kehidupan. tak sia-sia pinjam dekat kakak gua.


hari sudah malam, gua tengok luar. hujan renyai. gua nampak lelaki duduk sebelah kanan gua tengok gua melalui cermin depan. perbodohkan saja. gua pandang kiri. lelaki yang tengah duduk dengan aweks dia pun curi-curi pandang gua-takut kantoi dengan aweks dia kot. bodoh.

kenapa ada lelaki dalam coach ni?? ni kan coach wanita? bodoh lagi. sia-sia mak hantar pergi tadika dulu. dah besar pun tak reti baca.

berbalik pada point tadi, kenapa lelaki-lelaki tadi pandang gua? mungkin gua makan fish ball cicah cili tadi sisanya terlekat pada gigi gua? atau mungkin muka gua macam baru balik dari bukit mencari petai? al-maklumlah kalau muka gua berminyak, hantu kak limah pun lagi cantik.

bagi sesiapa yang tak kenal gua, muka gua tak adalah lawa, tak adalah hodoh. sedang-sedang saja. ramai yang kata macam Tiz Zaqyah (kihkih), gua iyakan saja. tapi bagi gua, luaran dan dalaman gua lebih senang gua kategorikan sebagai 'out-of-service'. 'out-of-service' di sini memberi maksud dimana kalau kaorang pergi ATM untuk keluarkan duit dan paparan skrin mesin ATM tersebut tertulis 'out-of-service', kaorang akan rasa marah dan ingin sepak terajang mesin tersebut. begitulah yang terjadi kalau kaorang jumpa gua.

tapi orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. tapi kalau dah kenal pun tak cinta cinta, itu masalah kaorang.

fikiran gua menerewang jauh tatkala menunggu keretapi itu sampai ke destinasi gua. buku LAGEJ di tangan gua sudah tidak gua pedulikan. tiba-tiba gua teringatkan satu orang lelaki. buaya darat. bodoh.

''aku tak pernah couple, min. sumpah.''

''yeke? tipulah. muka hensem, maskulin lagi takkan tak ada yang mahu''

''lillahitaala. tak pernah. tunggu lah nanti aku dah lepas degree, dapat pangkat leftenan baru aku cari orang yang sesuai. sekarang macam tak ada yang sesuai la''

''oh. tak apa lah, perempuan sekarang pun bukan semua boleh percaya''

itu poin penting gua berborak dengan lelaki tersebut. katanya tak pernah couple. pergi makan berak lu sendiri lah kawan. bila gua tanya kawan gua yang lain pasal dia ni, semua buat muka taik paling busuk dan hina. kata mereka, lelaki tersebut lah paling buaya. tengah lepak kedai makan pun boleh mintak nombor aweks belakang table. muka hensem kan, aweks pun bagi jelah.

basah gua kena kencing.

gua senyum sendirian. ka;au dah namanya lelaki kan.

gua akhiri senyuman gua dengan mata terlelap tidur sampai Kajang.

No comments: