Sunday, May 8, 2011

SIMPAN DALAM HATI, INGAT SAMPAI MATI

SHAHIRA YASMIN. 2 kali sudah aku buat titipkan pesanan buat kau. bila masanya tu? bila kau hilang kekuatan, bila kau rasa kau lemah, bila kau penat dengan semuanya. dan paling PENTING, bila tak ada siapa mahu beri telinga, dengar, dan usap rambut kau. tak apa, aku ada.


SHAHIRA YASMIN. mati itu satu yang pasti. usah kau cari, ia pasti datang. ada kau keberanian untuk hadap mati? jangan omong kosong, kau tak mengerti mati. ya, mungkin saat ini kau cuma inginkan mati. mati. mati. kau tak mahu hadap dunia, tapi ingat, kau masih ada aku.


 SHAHIRA YASMIN. teman-teman kau masih ada. tapi mereka cuma teman kala senang. mereka tak cocok dijadikan teman kala getir. tak apa, aku ada.



SHAHIRA YASMIN. ikut hati, kau mati. jangan dengar itu bisikan syaitan semuanya. kau tahu kau siapa. kau tahu kau kuat. ya, kau kuat. percaya aku, jangan percaya syaitan. kerana saat kau percaya laknatullah itulah kau bukan diri kau lagi. kau ambik itu ini, konon hilang masalah. persetan.



SHAHIRA YASMIN. pandang ke hadapan. sentiasa. aku mahu kau kuat, kerana aku sentiasa ada. di belakang kau, di tepi kiri kanan kau.



SHAHIRA YASMIN. saat kau perlukan aku, duduk, pejam mata, aku datang. percayalah. kerana aku adalah engkau. jaga diri. 

No comments: