Friday, June 17, 2011

AL-FATIHAH ALLAHYARHAM MUHAMMED ARIF ADLI. SEMUANYA KENANGAN.


arif. satu nama yang kalau di sebut akan buat gua tersenyum. gua keluar makan kejab tadi, maghrib balik tengok ada kawan IM, depa tanya gua, 'betul ke arep dah meninggal??' gua cakap taktau. darah gua berderau. cepat2 gua bukak page muhammed arif adli, tengok wall dia ramai ucap takziah. gua tanya emi, kawan baik dia. emi cakap betul la arep dah meninggal, excident dekat bangi. emi sedih. gua faham, emi kawan baik dia.


arif. first time gua kenal, gua jumpa lu dekat New Town, Terminal 2. masa tu lu baru lepas excident. borak punya borak macam dah lama kenal. lu bagi gua first impression yang baik, lu tak sombong. lepas tu kita selalu lepak. pasal miya nak dating dengan emi. lu teman emi, gua teman miya. lepak Old Town, JJ, City Park, studio ameer dan kita pernah lepak KL sama sekali kan? dan favourite kita main cc. haha.


arif. gua tak rapat sangat dengan lu, nak kata rapat pun tak sangat. tapi kalau jumpa mesti bergurau, bergaduh. lawan cakap mulut, lu hentam gua, gua hentam lu. semuanya kenangan.


arif. semalam lu IM gua, lu tanya bila nak balik seremban, lu nak lepak dengan gua, dah lama tak jumpa. gua cakap gua tak ada duit. kalau gua tahu lu nak pergi dah, gua korek tabung gua, korek segala lubang punca duit dalam rumah ni, balik seremban jumpa lu. tapi ajal maut kita takkan pernah jangka melainkan maut kita di tali gantung.


arif. jujur gua cakap, lu seorang kawan yang baik. gua senang berkawan dengan lu, lu tak sombong, selalu belanja gua kalau gua lapar. semuanya kenangan.


sesiapa yang mengenali arwah, sedekahkan ah Al-Fatihah untuk arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat. yang tak kenal pun, apa salahnya buat sekali, kita sesama Islam kan. kawan-kawan arwah yang lain dan keluarga diharap banyak bersabar, Allah lebih sayangkan dia. ambil iktibar dari apa yang terjadi, mungkin esok hari kita. maut itu pasti untuk setiap yang bernafas.



                            -MUHAMMED ARIF ADLI in memories. Al-Fatihah-

''and the light you left remains but its so hard to stay,
                                           when i had so much to say and you're so far away''

3 comments:

maizatulnadia said...

betul ke arif meninggal ? al-fatihah

ShyaNeya said...

innalillahhiwainalillahhirajiun . .
ope dy dberkati and d tmpat kn kat org2 beriman :)

totallyasminspies said...

maizatul, betol la tu arwah dah pergi tinggalkan kita semua. shyanenya, amin.