Sunday, November 14, 2010

Breakdown Kepit

jiwa kacau, memang kacau habis,
kali ni gua boleh jadi gila.
series shit gua tak tipu.

apasal la gua punya hidup ni penuh misery?
gua ni banyak sangat dosa ke? mungkin.
gua ni bangang tak reti handle emosi ke? mungkin.
atau gua memang dilahirkan untuk jadi seorang loser? betul sekali.

gua tengok FB orang tu,
baju lawa-lawa, mahal-mahal, stylo habis,
gua? pfft takpayah cakap la,
selekeh 25jam.

gua tengok orang lain ada handphone mahal-mahal,
lengkap wi-fi, kamera 20 juta mega-pixel dan segala kejadah haramnye,
gua? handphone buruk, setakat boleh call, message.

gua tengok FB kawan gua,
asal online je, berderet orang add dia,
comment dekat wall dia bersepah-sepah,
gua? asal online, gua macam cengkerik,
dengar bunyi, tapi orangnya tak nampak.

gua tengok orang lain happy sungguh hidup mereka,
kalau nak lepak, orang yang mengajak,
kawan ramai, semua kawan sukakan mereka,
gua? kalau gua yang ajak orang pun, belum tentu orang nak.

gua tengok orang-orang yang lepak mekdi tu,
asal duduk je kelua laptop,
pergi order banyak-banyak,
makan sampai terburai,
online sampai muntah,
gua? asal datang mekdi, tercongok,
kalau atas meja orang ada cawan,
ambik, pergi re-fill.

gua tengok ada yang sebaya gua dah ada lesen,
dah ada kereta sendiri,
gua? mana mampu nak ambik lesen, mahal,
drive pun kereta orang je.

paling gua tacing habis,
tengok family orang happy,
dah gua malas nak tulis lebih pasal ni.

gua tahu, gua ni nothing,
memang orang tak pandang orang macam gua,
gua pergi mana-mana pun,
even gua sopan bertudung,
orang kata gua ni perempuan rosak.
gua buat salah apa?
gua tak pernah kacau hidup orang la.

kadang tu gua puji diri sendiri,
gua kata gua comel bagai,
gua ni princess lah kejadah haramnye,
sebab gua nak rasa dipuji,
walaupun gua sendiri yang puji.

gua pujuk diri sendiri bila gua sedih,
gua tension, banyak masalah gua,
gua jarang cerita kat orang,
kalau cerita pun sikit je,
gua memang malas nak cerita,
even kat angah,
sebab gua tahu orang pun tak boleh tolong gua.

orang kata hidup macam roda,
kejap kat atas, kejap kat bawah,
gua tak percaya.
sebab gua selalu dekat bawah.

biarlah min, terimalah seadanya diri kau.
hidup asal boleh nafas.

No comments: